Pages

Monday, January 26, 2009

Proses Penempaan dan Penukaran Dinar Emas

Assalamualaikum Semua,

Hari ini kami akan menceritakan bagaimana anda boleh menempa Dinar Emas dan menukarkannya kepada RM sekiranya perlu. Sebenarnya kami tidak menggalakkan anda menjual balik Dinar kecuali terpaksa. Kerana, di antara wang kertas dan emas, emas sangat-sangatlah bernilai terutama bagi jangkamasa panjang. Oleh itu, sekiranya anda ada menyimpan Dinar, anggaplah ianya aset kekal seperti membeli rumah. Seboleh-bolehnya, tukarkan RM anda kepada Dinar Emas dari masa ke semasa untuk mengurangkan pergantungan ke atas wang kertas yang semakin hilang nilainya.

Penempaan Dinar Emas

Di pihak kami, penempaan Dinar Emas tidak dilakukan secara berkala (samada seminggu sekali atau sebulan sekali). Kami cuma akan menempa Dinar Emas apabila kami dapati harganya murah berbanding masa-masa lain. Selalunya apabila harga emas dunia jatuh ke paras USD750 kebawah untuk 1 Troy Ounce (bersamaan dengan 31.1gram), kami akan mula memantau harga emas. Ini adalah kerana dengan jumlah wang yang sama, kita dapat menempa lebih banyak Dinar Emas.

Apabila tiba masa yang sesuai untuk menempa, kami akan menghubungi Mariwasa atau Logam Mulia untuk mengetahui kos sebenar menempa 4, 2, 1, 1/2 dan 1/4 Dinar Emas. Kos ini kemudiannya akan ditambah dengan kos pengangkutan, sekuriti dan upah menyimpan.

Selepas mengira kos keseluruhan, kami akan memberitahu kenalan-kenalan tentang harga 4, 2, 1, 1/2 dan 1/4 Dinar Emas, samada secara sms, call atau email di sebelah pagi. Kami akan memberi anda 1/2 hari untuk membuat keputusan samada untuk membeli atau tidak. Ini adalah kerana harga emas berubah setiap hari. Oleh itu harga yang ditetapkan oleh Mariwasa dan Logam Mulia adalah sah untuk hari itu sahaja, iaitu sehingga pukul 5 petang. Di sebabkan itu anda perlu membuat keputusan samada hendak membeli atau tidak sebelum pukul 3 petang pada hari tersebut. Dengan kata lain, anda mendapat harga di sebelah pagi dan harus membuat keputusan sebelum pukul 3 petang pada hari yang sama. Oleh itu, kami cadangkan, apabila anda melihat harga emas jatuh keparas USD750 kebawah, anda sudah bersedia dengan wang simpanan anda dan membuat keputusan berapa Dinar Emas yang anda hendak tempa.

Sekiranya anda tidak berminat untuk menempa, anda tidak perlu membalas sms atau email, kerana kami berpendapat, diam bermakna anda tidak berminat. Tetapi sekiranya anda berminat untuk menempa Dinar Emas, balas sms atau email kami dan nyatakan:

1) Nama Penuh

2) Nombor MyKad

3) Alamat

4) Jenis Dinar Emas (samada 4, 2, 1, ½ atau ¼ Dinar) dan kuantiti bagi setiapnya. Seperti contoh:

1 x 4 Dinar (Bermakna anda mahu menempa 4 Dinar dalam 1 kuantiti sahaja).

5 x 1 Dinar (Bermakna anda mahu menempa 1 Dinar dalam 5 kuantiti).


Selepas membuat pesanan, anda diberi 2 hari untuk membuat pembayaran. Anda boleh bank-in ke dalam akaun kami (CIMB atau Maybank) dan pada hari kedua, kami akan menghantar semua bayaran ke Mariwasa atau Logam Mulia. Seterusnya, kami akan mengeluarkan resit bagi pembayaran yang telah anda buat kepada kami.

Selepas membuat bayaran, anda perlu menunggu selama 6 minggu untuk menerima Dinar Emas anda. Selepas 6 minggu atau apabila kami menerima Dinar Emas tersebut, kami akan menghubungi anda untuk urusan penghantaran atau pengambilan. Anda akan diberi resit penerimaan semasa mengambil Dinar Emas anda.

Sebenarnya ramai juga yang khuatir tentang waktu menunggu yang lama. Itu tidak dapat kami elakkan kerana kami tidak mempunyai modal untuk menempa dahulu sebelum menjualnya. Oleh itu kami cadangkan anda menghadiri seminar kami dan berkenalan dengan kami sebelum mengambil keputusan menempa Dinar Emas. Kerana urusan ini hanya berdasarkan kepercayaan dan keikhlasan sahaja. Keikhlasan kami menempanya untuk anda dan kepercayaan anda kepada usaha kami.

Sekiranya anda tidak mahu menunggu, anda boleh mendapatkannya melalui penyimpan lain yang ingin menukarkan Dinar Emas mereka kepada RM. Tetapi ini amat sukar kerana penyimpan selalunya sayang hendak menjual Dinar Emas mereka walaupun harga emas meningkat. Baca tajuk seterusnya untuk membeli dari penyimpan lain.

Penjualan Balik

Selalunya penyimpan-penyimpan Dinar Emas tidak mahu menjualnya kecuali terpaksa iaitu kerana kecemasan, untuk perbelanjaan anak-anak melanjutkan pelajaran, atau menunaikan Haji. Jadi, amat jarang kami berjumpa dengan penyimpan yang ingin menjualkan Dinar Emas miliknya. Adakalanya juga, ada individu yang menempa lebih untuk dijual, tetapi menukar fikiran selepas menerima Dinar Emas mereka, kerana sayang hendak menjualnya. Di sebabkan itu kami tidak ada menyimpan stok. Sekiranya penyimpan berminat nak menukar Dinar Emas mereka kepada RM, mereka akan memberitahu kami dan kami akan hubungi kenalan-kenalan mengenai informasi ini. Kami akan memberi nama dan nombor handphone penjual tersebut kepada kenalan untuk mereka uruskan sendiri penukaran tersebut. Di sini, penjual akan tentukan harga Dinar Emas mereka dan pembeli boleh berunding harga tersebut dengan penjual. Sebelum kewujudan blog ini, iklan mengenai penjualan balik cuma terhad kepada beberapa orang kenalan sahaja. Adakalanya kenalan ini akan forwardkan sms atau email tersebut kepada orang lain. Sesiapa yang berminat boleh cuba menghubungi penjual untuk urusan selanjutnya.

Selepas kewujudan Blog ini, mungkin proses ini akan jadi lebih mudah kerana kami boleh mengiklankannya di sini. Oleh itu sesiapa yang hendak menukarkan Dinar Emas mereka, boleh menghubungi kami untuk kami hebahkan kepada orang ramai. Adalah lebih baik kita menukarkannya sesama kita walaupun kedai emas sudah mula menerima Dinar Emas sekiranya anda hendak menjualnya disitu. Di Melaka, kedai emas mengambil Dinar Emas kurang 15% dari harga emas yang disiarkan. Ada setengah tempat lain, mereka cuma membayar 50% dari harga emas. Jadi anda harus berhati-hati dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menjualnya ke kedai emas. Untuk selamat, hubungi kami dan kami boleh menasihatkan anda apa yang boleh anda lakukan.

Kami harap, anda jelas dengan penerangan diatas. Sekiranya anda berminat untuk menerima sms/ email berkenaan penempaan Dinar Emas, emailkan kepada kami:

Nama Penuh

Handphone no.

Alamat / Lokasi

Nyatakan tajuk email: Mint Dinar

Sekian Wassalam.

Tuesday, January 20, 2009

Seminar Dinar Emas 2009: Ke Arah Ekonomi Yang Adil

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Johor akan menganjurkan "Seminar Dinar Emas 2009: Ke arah ekonomi yang adil". Berikut adalah maklumat seminar:

Tarikh: 21 Januari 2009
Tempat: LT1 (Lecture Theater 1), UiTM Johor
Masa: 8.45 malam - 11.30 malam

Penceramah:
Mr. Abdul Halim Abdul Hamid
Chairperson
Centre for Islamisation of Business Research
Multimedia University
Detail tentang penceramah di sini: http://fbl.mmu.edu.my/staff_AbdHalim.html

Tajuk kertas kerja: "Armageddon of the USD and the Worlds fiat money"

Kandungan kertas kerja:
-What is fiat money (
Apa itu duit fiat/kertas),
-The USD hegemoney (
Dominasi Dolar Amerika)
-Agenda behind the introduction of fiat money (
Agenda di sebalik pengenalan duit fiat)
-The constitution of Fed. Reserve Banking System (
Penubuhan Sistem Perbankan Simpanan Pusat)
-The fallacy of SRR (Statutory Reserved Requirement) and Money Multiplier (
Kesalahan dalam SRR dan Pengganda Wang)
-The misleading economic terms such as inflation (
Penyelewengan istilah ekonomi seperti inflasi)
-Who's behind the corrupted plan (
Siapa dalang di belakang pelan rosak ini)
- and how the dinar and dirham can help to solve the current doomed economy of the world (
dan bagaimana Dinar dan Dirham boleh membantu di dalam menyelesaikan ekonomi dunia yang meleset)

Siapa patut hadir:
-Pensyarah
-Pelajar
-Peminat dinar dan dirham

Kami mengalu-alukan kehadiran Prof Madya/Dr/Tuan/Puan ke seminar seperti tertera.

Jawatankuasa seminar

Saturday, January 10, 2009

Please Help Them.

Our brothers and sisters at Gaza Palestine are being attacked continuously by the Israelis army. Please do whatever you can to help them. You can contribute in terms of materials or prayers to them. Please contact the following for your contributions:

Zarina Abu Bakar Al Wadiah
Aman Palestine
012- 378 2785

or

Thegolddinar.blogspot
013-332 3770

We will extend your contributions to Aman Palestine or NISCVT.

You can also send your contributions straight to:

The National Institution of Social Care and Vocational Training (NISCVT)
P.O Box 13/ 5621 Chouran
Beirut 1102-2060
Lebanon

Bank: First National Bank
Account No. : 0001 10684 5002
Bank add: Immobilita Building, Hamra Street, P.O Box 113-5453, Beirut, Lebanon.

NISCVT is an organization that helps the Palestinian orphans and widows. They are located in Beirut, Lebanon and have been managing several refugees camps for the Palestinian. Your help to them is greatly appreciated and may Allah blessed your good deeds.

These are all the photos of tragedies that happened in the Gaza City, Palestine in the beginning of Hijrah 1430 /Masihi 2009











Disini kami ingin membuat rayuan kepada anda supaya membantu saudara-saudara kita di Gaza Palestine yang sedang diserang secara berterusan oleh tentera Israel. Kesusahan, kesedihan dan kemalangan yang mereka alami tidak dapat dibayangkan oleh kita disini. Yang menjadi mangsa-mangsa adalah kanak-kanak mereka.

Pada 5 January 2009, 3 keluarga terbunuh, iaitu keluarga Samuni, Abu Eisha dan Al-Hilou. 7 ahli keluarga Abu Eisha terbunuh dalam serangan tersebut, iaitu ibu bapa dan 5 anak-anak mereka. Dalam keluarga Samuni, tujuh orang juga terbunuh termasuk 4 orang kanak-kanak. Dan dalam keluarga Al-Hilou, seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun dan datuknya terbunuh.

Sehingga kini, serangan tentera Israel masih lagi berterusan. Sebagai saudara seIslam, adalah wajar kita membantu mereka. Anda boleh menghulurkan bantuan ke:

Zarina Abu Bakar Al Wadiah
Aman Palestine
012- 378 2785

Atau:

TheGolddinar.blogspot

013-332 3770

Kami akan salurkan bantuan anda kepada Aman Palestine dan NISCVT.


Atau anda boleh menghantar bantuan terus kepada NISCVT di:

The National Institution of Social Care and Vocational Training (NISCVT)
P.O Box 13/ 5621 Chouran
Beirut 1102-2060
Lebanon

Nama Bank: First National Bank
No. Akaun: 0001 10684 5002
Alamat bank: Immobilita Building, Hamra Street, P.O Box 113-5453, Beirut, Lebanon.

Tidak kira sekecil mana bantuan anda, ianya akan amat dihargai oleh rakyat Palestine. Sambil menghulurkan bantuan, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Semoga Allah memberkati kebaikan anda.