![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXSRBfi8icke7XgKWA_YiXDpFMdDh9B9qsVI4KLhqR_ahY5V2dlJoBDkTinJTXsICCA4Jcqr42ieefjeGpRH6jTxLaaaXzaUVzwZ4z1FKUaiFtonX_2FmC0eGH-9oxQHfz4AAKMWsPfWI/s320/J1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWVM_zK0xZ_RDWNcP2YfDUyPIhb6PEahSbWTYcbKaa57whXIuJpDKVuKQiWofqPCrY4MInk-K6PAkWI25_dt2OFNvfvd6dB5evSkBrEWQ-Knzkj8RBYhOA0EuX1wTVRWjh_Dd2BznP90o/s320/J5.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMm0Np2xu3XtciqjX2MLAUmBkZyycDEAKQ2wu7BuN8db6vjsIr1fMVQ7egVmOHxIot6U-HXv-cpTiCKEKzubqthzeqmcVTfp8YPqLuXWbqZcY0zj4PXUShtZ86XmDAybZdNogV0ryHoi8/s320/J7.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVIXKV4vTCwpvlqAGaPtzlgAVoHlpPyIzODXagSw2sg1PxeIWgkbVkvYqwWKD2UchcAXRIIH2DscQlMdRz3pqrJ_HDAM2RRznCVrUvjG73AafqiXjSPCQcD76aj8Xq8aE7ttgzK6iRy-0/s320/J10.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqEing8h5s0dnIDmtUMaIDQL_xv07FMofjTTaUF_uJcB6-psAbcbNVk6OdkLw98vfMHmcNjoxjr9MMGogTxiXNHvZX0QRYzSz1lVS5DlDLZ1rNeZOym7gtlgxuGC6FjSJ0c11DzBBSr3M/s320/J11.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW9dhcDS3_Y4A0j6DWHZdVfH_ycI1kW-l2cVM5Ya9exTFk3-4kqTSQRBdLOe1QGpw7J_tYxdWyOy0dVyiUvh2mr9qnHBoHsPsjCcaXAljSiLNMbKuAjm2KRT0QyWNFOO1f2sZ1hGrsUbA/s320/J12.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-OBlwLM3LaL9K7j-9eveIstpNT8ztSf0hDFW4Ffh0Uqtnya7WFvRja47OLtD0J1wF7gQXW6tEZovxFQyqKzxxzJ3UXWQWkgk5pkf3B_9t14giMBY8eihvzLAORIeFIy4rIDcpkmmeWNA/s320/J14.jpg)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ok, sebenarnya bukan topik ini yang hendak di bincangkan. Apa yang hendak dikongsikan hanyalah siri jelajah dinar yang sudah dijalankan beberapa minggu lepas. Pada 3 dan 4 April majlis “The Golden Revolution 2010” telah selamat dijalankan dengan lancar. Majlis yang dianjurkan oleh pelajar Islamic Banking & Finance MMU adalah bertujuan untuk berkongsi pandangan dan mendidik masyarakat kita berkenaan dinar dan dirham sekaligus menyemai benih-benih ekonomi yang sebenar secara tidak langsung.
Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar sepanjang perjalanan majlis “The Golden Revolution 2010”.
Berikutan daripada majlis “The Golden Revolution 2010”, team The Gold Dinar telah dijemput untuk memberikan ceramah bagi muslimat pas di Markas Al-Munawarah, Alor Gajah, Melaka berkenaan dinar dan dirham serta peranannya dalam ekonomi Islam. Mereka ini ingin mendengar sendiri face to face daripada orang yang telah memperjuangkan ekonomi Islam selama 20 tahun dan juga pengasas kepada The Gold Dinar iaitu En. Abdul Halim Abdul Hamid, pensyarah Faculty Business And Law, MMU.
Sepanjang ceramah ini peserta telah didedahkan dengan sistem matawang sepanjang zaman, bagaimana sistem wang kertas sekarang (Fiat Money) dicipta, Kesan Riba (usury) kepada masyarakat, Sejarah Dinar dan Dirham, kepentingan menyimpan dinar dan dirham serta peranannya dalam ekonomi Islam. Selesai sahaja sesi ceramah pelbagai soalan ditujukan dan kebanyakan mereka mula sedar bertapa bahayanya wang kertas yang kita gunakan pada hari ini. Pandangan mula bertukar daripada membeli emas sebagai alat perhiasan dan pelaburan sahaja kepada menyimpan untuk digunakan pada hari susah dan bilamana matawang yang digunakan adalah dinar dan dirham.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat d ambil di majlis "Rise Of The Golden Arch" anjuran student International & Trade Policy.
Sesi ceramah yang berlangsung selama sejam lebih ini lebih kepada sesi Mukadimah dan isu-isu yang disentuh hanya di takat permukaan sahaja. Banyak lagi isu-isu lain yang belum di kupas oleh empunya The Gold Dinar blogspot ini memandangkan mereka kali pertama mendengar ceramah berkaitan dinar dan dirham. Apa yang penulis nampak ramai di kalangan mereka agak terkejut apabila penceramah menerangkan penciptaan wang kertas dan kaitannya dengan Riba. Selepas sesi ceramah, pelbagai soalan diajukan kepada Nizam Jentayu Emas, berpeluh jugak kawan tu nak jawab, nasib baik kawan-kawan ada di sisi membantu..hehe.. Apa yang penting mereka memahami perjuangan dinar dan dirham bukanlah perjuangan golongan Fanatik Agama yang ramai orang luar salah faham, bukanlah perjuangan menentang Bank Negara dan bukanlah perjuangan menumbangkanmana-mana parti kerajaan tetapi perjuangan ini lebih kepada perjuangan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Manhaj Salafussoleh (cara hidup generasi awal Islam). Insya’Allah.