Assalamualaikum Para Pembaca yang Dihormati, Disini kami ingin berkongsi gambar-gambar daripada siri jelajah ke Jakarta, Indonesia. Kami amat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh mereka ini kerana mereka belum berapa faham tentang Dinar Emas tetapi berusaha menjayakannya dengan mengadakan Pasar Dinar dan Dirham. Terdapat satu kaunter untuk menukar wang kertas kepada Dinar dan Dirham. Barang-barangan juga dijual dalam Dinar dan Dirham seperti gambar dibawah. Diharapkan ada pihak-pihak di Malaysia yang mahu menjayakan pasar-pasar sebegini. Sekiranya ada, kami berasa amat bersyukur dan mengalu-alukannya.
Kaunter penukaran wang kertas kepada Dinar dan Dirham
Helmet dijual dengan harga 2.5 Dirham
Beg tangan dijual dengan dinar
Barangan lain yang terdapat dipasar Dinar Dirham
Orang ramai dipasar Dinar Dirham seperti dipasar malam.
Poster dijual dengan Dirham
Perabut juga ada dijual dengan Dinar
Para penceramah sedang berkumpul sebelum memberikan ceramah
Kebelakangan ini kami kerap diuji sehingga hampir melunturkan semangat untuk berjuang ke jalan Allah. Dari kehadiran muka-muka baru yang tidak faham tentang dinar tetapi mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan membuat dinar sebagai bahan spekulasi, kepada konflik antara dinar 916 dan 999, tidak kurang juga pejuang-pejuang dinar yang tidak dapat bertahan dengan ujian-ujian yang mendatang. Kesemuanya terpaksa kami lalui dengan sabar dan redha.
Masa mula-mula memperjuangkan dinar emas, dugaannya berlainan kerana waktu itu ramai yang tidak tahu mengenai dinar emas. Malahan minting juga tidak dapat dilakukan kerana tidak cukup wang. Diwaktu itu, ramai yang bertanya, ‘Boleh ke jadi ekonomi dinar emas ni?’, ‘Boleh buat ke dinar emas ni?, ‘Kenapa kita nak kembali ke zaman kolot dahulu kala?’. Pendekkata ramai yang tidak yakin dinar mampu menjadi matawang ummah. Soalan demi soalan yang diajukan hampir melemahkan semangat kami untuk memberi penerangan tentang dinar.
Tetapi Allah tidak membiarkan kami terus berputus asa. Walaupun sedikit, ada juga muslim ummah yang ingin mengetahui tentang dinar emas ini dengan lebih lanjut. Dan kini semakin ramai yang tahu tentang dinar emas, malah sudah ramai yang menyimpannya. Tetapi kini ujian lain pula yang timbul. Sebagai insan biasa, kami juga mempunyai kelemahan dan melakukan kesalahan. Oleh itu kami memohon maaf atas segala kesilapan-kesilapan tersebut.
Kami sedar, ujian ini bukan bermakna Allah melupakan kami, malah itulah caranya Dia mengajar kami erti kesabaran. Kita kerap menyangka, apabila kita tidak diuji, Allah sayang kepada kita dan memuliakan kita, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 15;
Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
Kita kerap menyangka apabila Allah memuliakan dan memewahkan hidup kita, kita adalah mulia dan Allah redha kepada kita, sedangkan sebenarnya kita menjadi sombong dengan kemuliaan dan kemewahan tersebut. Dan apakah apabila kita diuji dengan kepayahan, maka Allah benci akan kita?
Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 16;
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”
Kita sudah terkeliru dengan menyangka apabila Allah permudahkan segala-galanya, kita adalah insan yang mulia dan apabila Allah memberi kepayahan dan kesusahan, maka kita adalah hina disisi Allah.
Sedangkan Allah sudah menjelaskan dalam ayat yg sama, ayat ke 17, yang bermaksud:
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya).
Kami akur, sesusah mana pun perjuangan dinar dan menegakkan agama Allah ini kami harus teruskan juga kerana Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud;
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Oleh itu kami menyerahkan segala urusan kepada Allah. Pada pendapat kami Allah jualah yang menentukan siapa pejuang-penjuang dinar emas yang ikhlas dan dinar mana yang akan digunapakai ummat Islam. Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Mudah sahaja bagi Allah untuk membuatkan masyarakat jahiliyah untuk terus mengikut ajaran Rasulullah salallahualaihiwassalam, tetapi Dia tidak memudahkannya. Adakah Dia tidak kasih pada RasulNya? Tidak bukan, kerana kasihNya pada Rasulnya dia berikan berbagai bentuk ujian. Dan mudah sahaja bagi Allah untuk mengangkat darjat seorang gembala kambing menjadi seorang Rasul yang ajarannya diikuti sehingga kehari ini diseluruh dunia. Apakah kita tidak yakin dengan kekuasaan Allah?
Mudah-mudahan pengalaman yang kami lalui menjadikan kami lebih tabah, sabar dan redha dengan ujian dimasa akan datang. Semasa Rasulullah (salallahualaihiwassalam) mengutuskan Zayd bin Haritha menjadi ketua perperangan menentang Kerajaan Rom pada bulan Jamadilawal tahun ke-8 Hijrah, di medan perperangan cuma ada 3,000 tentera Islam, manakala 200,000 tentera Rom. Tetapi adakah mereka berundur dan mengaku kalah? Tidak! Mereka teruskan sehingga 3 sahabat yang Rasulullah (salallahualaihiwassalam) kasihi iaitu Zayd sendiri, Jaafar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawaha terkorban. Rasulullah (salallahualaihiwassalam) sendiri mengalirkan air mata mendengar berita kewafatan ketiga-tiga sahabat yang dikasihinya. Mereka juga kalah dalam perperangan tersebut.
Tetapi adakah mereka berhenti ketika itu. Jawapannya tidak, mereka terus berusaha sehingga Islam mendapat kemenangan besar. Oleh itu pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang dinar emas yang sejati, teruskan perjuangan kita. Kita bukan dinilai dengan harta, pangkat dan kedudukan kita didunia. Tidak kisah jika kita tidak dipuji dengan apa yang kita lakukan, kerana bukan itu niat dan kemahuan kita. Kita cuma mahukan keredhaan Allah.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:
"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
Dalam Surah Al-Imran ayat 200 pula, firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan."
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.
(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.)"
(Surah Al-Baqarah ayat 156)
SENARAI SYARIKAT YANG TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN DARI BANK NEGARA MALAYSIA (Klik Di Bawah)
- senarai syarikat ini dikeluarkan oleh BNM sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja sebelum membuat pelaburan ke atas syarikat terbabit dan anda diminta untuk merujuk kepada BNM untuk sebarang pertanyaan.
Email kpd kami: 1) Nama penuh; 2) Handphone no.; 3) Lokasi & 4) Tajuk email: Stok Dinar
Untuk mendapatkan Fine Gold Dinar Logam Mulia hubungi:
Faizal Yomida (017 779 9677) - Johor
Adam (012 699 6111 / 013 651 6156) - Kuala Lumpur
Iza (013 630 1430) - Melaka
Pengenalan
Blog ini diwujudkan sebagai saluran menyampaikan maklumat dan panduan berkaitan dinar emas.
Kenapa perlu simpan dinar?
- Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Gaddafi Gold Dinar Story
-
Some believe it is about protecting civilians, others say it is about oil,
but some are convinced intervention in Libya is all about Gaddafi’s plan to
int...
The Gold Dinar Montage (2011)
-
Video montage ini merupakan sinopsis ceramah dinar & dirham yang
disampaikan oleh Sdr. Abd. Halim. Untuk penerangan lanjut, sila hubungi
www,thegolddinar...