Pages

Saturday, November 13, 2010

Muqaddimah

Topik Dinar Emas mula diperbualkan selepas Krisis Kewangan yang melanda Malaysia pada tahun 1998. Selepas itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mencadangkan negara-negara OIC untuk melakukan perdagangan dengan menggunakan Dinar Emas.


Kemudian, kewujudan Dinar Emas telah diperkenalkan secara rasminya dan diperdebatkan di Malaysia pada 19 Ogos, 2002 di satu persidangan antarabangsa bertajuk 2002 International Conference on Stable and Just Monetary System: The Viability of the Islamic Dinar yang dianjurkan Universiti Islam Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur.


Hasil dari persidangan tersebut, kajian menyeluruh mengenai Dinar Emas telah dibentangkan oleh ramai ahli akademik dan profesional dari jurusan kewangan, ekonomi, syariah dan undang-undang. Kesemua kajian-kajian tersebut telah dikompilasikan dalam satu prosiding bertajuk Proceedings 2002 International Conference on Stable and Just Monetary System: The Viability of the Islamic Dinar.


Pada awal pengenalan Dinar Emas, ramai ahli kewangan dan ekonomi skeptikal tentang kewujudan Dinar Emas dan keupayaannya untuk menggantikan sistem kewangan yang sedia ada, yakni yang berasaskan wang kertas (paper currency). Walaupun demikian, sekumpulan kecil penggiat Dinar tetap meneruskan usaha mereka meyakinkan orang ramai tentang kebaikan Dinar. Alhamdulillah, berkat usaha mereka ini, Dinar semakin diterima dan diyakini terutama apabila tanda-tanda kehancuran ekonomi Amerika Syarikat semakin jelas kelihatan. Kini, apabila keyakinan terhadap matawang Dollar Amerika semakin rapuh, seluruh dunia semakin yakin terhadap Emas. Di sesetengah negara seperti Indonesia, stok emas kehabisan disebabkan para pelabur berpusu-pusu membeli emas (gold rush). Secara tidak langsung, semakin ramai yang berminat menyimpan Dinar Emas disebabkan denominasinya yang kecil berbanding bullion.


Walaupun sudah 6 tahun berlalu dari persidangan pertama Dinar di Malaysia, masih ramai yang tidak jelas tentang kewujudannya. Maka disebabkan itu, banyak kekeliruan timbul dari segi spesifikasinya, mengapa Dinar Emas diperlukan dan bagaimana melaksanakannya. Soalan-soalan lazim seperti tidakkah berat membawanya, keselamatan menyimpannya, bagaimana untuk mendapatkannya dan bagaimana hendak menggunakannya akan cuba kami jawab. Oleh itu pihak kami mengambil inisiatif ini untuk menjelaskan dan menyampaikan maklumat mengenai Dinar Emas, perkembangannya dan perlaksanaannya kepada anda.


Kami akan menyiarkan kajian-kajian dan artikel-artikel yang ditulis oleh para penggiat Dinar Emas untuk dikongsi bersama anda. Selain dari itu, kami akan memaparkan program-program Dinar Emas yang terdahulu sama ada dari segi audio, video atau penulisan dan program-program terkini untuk anda yang berminat menghadirinya dan mengetahui lebih lanjut mengenai Dinar Emas.


Terimakasih kerana melawat blog ini. Sila kembali dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.

Admin

Baca Entri Baru : Skrol ke Bawah

14 comments:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Semoga usaha terus diberkati.

Penggerak Dinar Emas said...

Terimakasih Nadzri diatas doa anda. Selamat datang ke blog kami dan selalu-selalulah singgah ye?

Hasbullah Pit said...

Dr Abdul Halim dan rakan2...

Berikut adalah teori bagaimana satu kampung sebenarnya boleh terselamat dari Hiperinflasi.

Jemput klik.

Kampung Sempang Mungkin Boleh Terselamat daripada Hiperinflasi

mungkin cara deployment yg mudah ialah menggunakan bruc tudung perempuan perak yang yg beratnya lebihkurang spesifikasi dirham.

Dziauddin said...

Ada scholar yang menentang Dinar.Antaranya adalah Prof Zubair Hassan. Boleh download full papernya disini (http://dziauddin.blogspot.com/2008/12/zubair-hassan-vs-ahamed-kamel-mydin.html). Apa respon En. Halim dan En. Nazri?

Unknown said...

Salam Saudara Hasbullah,

Satu cadangan yang sangat baik untuk diketengahkan sebagai intro kepada matawang dirham. Teruskan hajat ini, jangan dibiarkan begitu sahaja, jadikan ia realiti. Saya percaya Insya'Allah ramai yang akan menyokong usaha tuan itu, Ameen.

Halim

Unknown said...

Salam Ustaz Din,

About Prof. Zubair Hassan article tu kalau you baca dengan teliti you akan dapati argument nya kepada teori yang lama dan mengamalkan konsep ekonomi sekular Adam Smith dengan mengunakan banyak andaian (ceteris paribus). This type of argument is purely academic dan tidak dapat dipraktik kan secara sebenar kerana berandaikan teori.

Memanglah kalau dia argue based on the gold standard system the dinar economy will not work. Its already proven by the collapsed of the Bretton Woods system. Tak payah dia nak emphasize on that issue at all anymore. He is actually making the dinar case become stronger to be implement without realizing it. Yang jelas mereka ini semuanya tension dengan pengenalan matawang dinar because mereka support the present conventional system. Meaning they are backed by the higher authority in our monetary system (you know who). Sebab itu dia berani kata the dinar advocate are all in their dream and they should all put the dinar subject to a stop. Cuba buka website INCEIF. Most of them yang anti dinar will be from our central banker so called scholars. These guys has been trying to halt the dinar movement ever since Tun Mahathir mention about it in 2002 lagi. Bermacam-macam cara yang mereka buat supaya rancangan dinar ini gagal. Nak tahu detail, kena closed door meeting dengan saya. I'm the living proof (for now) to testify on this matter because I'm in it. Alhamdulillah I'm still survive to be able to tell you all this.

Saya selalunya ignore their work pasal tak ada merit dan lagi tak pernah pulak bagi solution on what should be done with the present economic turmoil. Nanti bila ada seminar on the dinar subject, Insya'Allah saya akan cuba jawab semua yang Prof ni tulis in the article.

Prof ni cuba nak faham bagaimana sistem dinar boleh dilaksanakan didalam sistem ekonomi konvensional sekarang. Memang tak boleh sebab sistem ekonomi sekarang berdasarkan RIBA (dia langsung tak mention pasal RIBA pulak tu). Sistem dinar itu bersih manakala sistem ekonomi sekarang adalah RIBA, jelas nya jelek. Minyak mana boleh bercampur dengan air, ianya berlawanan. Sistem dinar must be based on the Islamic muamalat yang diperkenalkan oleh Baginda Rasul Allah SAW di Madinah Al-Munawwarah about 1430 years ago. That's it.

Another criticism he make is on the gold supply which he says would not be able to match the supply of today's fiat money. Memanglah, what is he thinking. But as I said whenever this kind of soalan lazim was thrown to me during my seminar lecture, my answer is "the gold dinar is not for anyone to eat, it is just a medium of exchange, Saydatina Aisya' RA survive with 7 dinars gave to her by the beloved Prophet SAW and she survived with it for more than 40 years and can even have a troop of army to fight for her believes. 7 dinar is not even a quarter handful. I'm saying all these not because I just want to proof that I'm right but just sad to see our own so called Muslim brother's attacking the sunnah money and then say that they are learned and we are naive.

The Prof even claim that the gold dinar is not a requirement under the syariah.

Of course......, pakai jubah, serban, janggut, wangi-wangian, sisir rambut, jilat jari lepas makan, tutup mulut bila menguap, dinar, dirham, dan bermacam-macam lagi memang bukan tuntutan syariah, TETAPI merupakan sunnah. Bukan kah kita dituntut untuk mengamalkan sunnah.

Saya sebenarnya dah beberapa kali bertemu dengan mereka yang seperti Prof ni, dan selalunya mereka yang dah berusia dan memiliki title tetapi saya akan cuba jelaskan kedudukan yang sebenar dan kemudian saya biarkan dia termenung sehingga ego mereka sanggup menerima hakikat yang Haq tetap yang Haq. Kalau mereka tewas dengan ego mereka saya akan berdoa semoga satu hari nanti Allah SWT akan memberikan hidayah kepada mereka, Insya'Allah.

Anyway, yang Ustaz Din sebut dimana dinar ni kalau nak faham bukan setakat ilmu didada sahaja tetapi hendaklah berserta dengan iman, yang ini memang saya setuju 100 persen.

WALLAH-HU'ALAM

Halim.

p.s. Mungkin Ustaz Din boleh anjurkan melalui CITU UiTM Johor debat antara Prof Zubair dengan Prof. Kameel, amacam.

Dziauddin said...

1. Well explained.
2. Saya juga pernah terfikir about this type of people. Who are they actually..? But unfortunately, people nowadays just looking those who have title..
3. Ttg debat, we'll try to do about it. Takut depa pun tak mau debat. FYI, Prof Mansur H. Ibrahim (former UIA, now UPM) is also a part of them. Even though he had published one topic that support dinar (his paper titled "Monetary Dynamic and Gold Dinar"), he's seem not so confident enough.Perhaps as what you said, the adaption into conventional system can't be succeded.
4. By the way,UiTM City Campus in Larkin also interested about this topic. Do you willing to go there?

Unknown said...

Ustaz Din,

No problem, orang kata selagi ada kederat dan di izinkan Allah SWT, dekat manapun saya pergi. Asal dijemput, Insya'Allah saya tunaikan.

JazakAllah Khairan Khatheera.

Halim

Hasbullah Pit said...

2 artikel saya berkait dengan ketulenan atau berat Dinar

1. 22 karat Dinar Emas , merujuk kepada Berat atau Ketulenan?

2. Qirat, Carat, Karat, Sokong Hujah sokong PPSMI?
(lari topik sedikit)

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya mendoakan usaha Tuan Halim dan angkatannya diberkati Allah.

Kita mencari keredhaanNYA dan kita memasang niat yang membawa keredhaanNYA, itupun sudah sesuatu yang cukup baik, walau hasilnya ada yang cepat ada yang lambat.

Saya sudah letak 'link' blog ini ke dalam senarai blog saya, moga ramai lagi yang akan terdedah dengan kandungan bergunanya :)

Penggerak Dinar Emas said...

Assalamualaikum Fendy, terimakasih diatas doa dan sokongan anda. Jasa anda tidak akan kami lupakan. :-)

D'Rimba said...

SEGERA KEMBANGKAN INDUSTRI DINAR EMAS SEHABIS BAIK MULAI SAAT INI KERANA DI DALAMNYA PUNYAI ROH ISLAM ITU SENDIRI.............SAYA BERSEDIA MEMBANTU DAN SUKARELA MENGHULURKAN APA BANTUAN YANG SAYA MAMPU....SUDAH TIBA MASANYA KITA BENAR BEBAS DARI CENGKAMAN BARAT DALAM ERTI KATA SEBENAR BAIK PEMIKIRAN, BUDAYA, MAHUPUN EKONOMI. KITA PERLU KEMBALI SEPENUHNYA KEPADA ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI...

Anonymous said...

salam ziarah...hehhe naper posting 13nov 2010...

Abdul Halim Abdul Hamid said...

Salam Saudara Rizzmerr,

Tujuan tarikh tu diletakkan forward supaya tajuk "MUQADDIMAH" ini sentiasa dibaca dahulu sebelum membaca artikel-artikel yang lain, supaya orang di Malaysia ni tahu dimana bermulanya kebangkitan jihad dinar & dirham.

WALLAH-HU-ALAM.