Pages

Saturday, September 26, 2009

Adakah Perjuangan Dinar Perjuangan Bukan Muslim?

Founder of Modern Days Gold Dinar: Brother Umar Vadillo

Orang Lama Perjuangan Dinar Emas: Brother Abdul Halim

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kami ucapkan kepada pembaca-pembaca setia blog ini, sekaligus memohon maaf kerana tidak dapat menghasilkan bahan bacaan ilmiah sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.


Setelah menghadiri Seminar SEDINAR 2009 yang berlansung di ILIM dibulan Ramadhan yang lepas, kami berasa agak terkeliru dengan perkembangan semasa Dinar. Antara isu yang menjadi persoalan besar kini, adalah seperti tajuk diatas “Adakah Perjuangan Dinar, Perjuangan Bukan Muslim?”. Terdapat berbagai reaksi hasil dari SEDINAR 2009, dan yang paling ketara ialah dimana salah satu pembentang kertas kerjanya seorang yang bukan Islam. Tidak dapat disangkal ada sesetengah bukan Islam (non-Muslim) yang lebih arif dengan permasaalahan dalam Islam, seperti contoh, bangsa Yahudi sendiri pun lebih arif tentang Al-Quran dari orang Islam sendiri. Malahan mereka sanggup berbelanja berjuta Ringgit untuk mengkaji Al-Quran.


Tetapi patutkah kita yang memanggil diri kita Islam membiarkan bukan Islam lebih mahir tentang ugama kita? Dimanakah letaknya maruah kita? Tidakkah kita malu, seorang yang bukan Islam menyuruh kita memperbetulkan muamalat kita sedangkan yang bercakap itu sendiri tidak faham muamalat Islam? Seperti contoh, dia memberitahu kita supaya menggunakan Dinar, tetapi dalam masa yang sama membenarkan beli balik Dinar (buyback Dinar). Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini. Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual. Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan "betting” atau "speculate" yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan 'speculating' menyamai perjudian? Perlu diingatkan terdapat satu gari halus yang membezakan pelaburan dan perjudian. Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram. Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar? Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.


Bangunlah sahabat-sahabat sekelian, kita tidak perlu non-Muslim memberitahu kita apa yang benar dan apa yang patut dibuat. Dalam Al-Quran sudah mencatatkan segala-gala yang kita hendak tahu. Bacalah dan minta petunjuk Allah, bukan petunjuk non-Muslim. Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?


Janganlah kerana RM, kita lalai dan terlupa tanggungjawab kita sesama Islam, kerana sesungguhnya, seorang Islam itu dengan seorang Islam yang lain adalah bersaudara, seperti sabda Rasulullullah (salallahualaihiwassalam) dalam khutbahnya yang terakhir. Mahukah kita mengambil seorang non-Muslim sebagai saudara kita? Bolehkah kita percaya ketulusan dan keikhlasan mereka dalam membantu Umat Islam? Rasulullah (salallahualaihiwassalam) pernah cuba membuat perjanjian dengan non-Muslim tetapi dikecewakan oleh mereka. Bacalah kisah perperangan Uhud dimana Umat Islam dikalahkan oleh salah satu sebabnya, bangsa Yahudi yang membuat perjanjian dengan Rasulullah (salallahualaihiwassalam) berpaling tadah dengan beliau dan membantu bangsanya sendiri. Sejarah menunjukkan Umat Islam hancur dan kalah kerana bersekongkol dengan non-Muslim dan hipokrisi Umat Islam itu sendiri. Di penghujung hari, sekiranya diminta mereka memilih antara kita atau saudara mereka, mereka tentunya akan memilih saudara mereka.


Kita selalu mendengar ramai Muslim menolak barangan atau servis dari Muslim kerana kononnya tidak berkualiti, lambat, tidak menguntungkan dan bermacam-macam kekurangan. Tetapi ketahuilah, kekurangan ini semua hanya dimata kita. Tetapi tidak bagi Allah. Cuba kita fikirkan sejenak, adakah Allah dan Rasulullah (salallahualaihiwassalam ) lebih suka kita membantu non-Muslim atau sesama Muslim? Tidak kira apa masalah atau kekurangan semasa berurusan dengan Muslim, kita akan mendapat ganjaran pahala. Tentunya Allah akan lebih gembira dengan kita kerana kita membantu hambaNya, yang percaya akanNya dan yang menyembahNya, bukan yang lain. Kesabaran kita berurusan dengan Muslim juga akan mendapat ganjaran pahala kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.


Oleh itu sahabat-sahabat sekelian, cubalah renungkan muhasabah diri kami di sepanjang bulan Ramadhan dan kini Syawal seperti yang diatas. Dan bantulah kami membantu Muslim.


Berikut adalah keluhan hati rakan seperjuangan kami yang ‘struggling’ dalam bidang perniagaan yang kami mahu kongsi bersama anda. Sekali lagi, tidak kira apa bangsa dan warna kulit sekalipun, selagi kita seorang Muslim, kita adalah bersaudara. Hayatilah penulisan saudara kita ini:


The Rights wrote:

Assalammualaikum WBKT,

Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua Ahli-Ahli Usahawan The RIGHTS diseluruh negara. Mungkin agak terlambat untuk mengucapkan salam RAMADHAN namun saya percaya bahawa kita semua sedang berusaha memenuhi tuntutan Allah ini.


Dan tidak lama lagi kita akan pula menyambut Syawal, menyambut kemenangan melawan nafsu selama sebulan dan diharap selepas itu, kita akan terus melawan nafsu nafsi kita bagi bulan-bulan seterusnya.


Banyak perkara telah dilalui The RIGHTS di sepanjang beberapa bulan ini, kekadang membuat saya hampir HILANG KEYAKINAN dan PATAH SEMANGAT terhadap apa yang sedang saya lakukan ini. Pelbagai masalah bukan sahaja dengan The RIGHTS tetapi dengan sebahagian kecil daripada kita yang telah mencemarkan The RIGHTS dengan pelbagai isu sehingga saya terpaksa melakukan beberapa rombakan terhadap organisasi The RIGHTS.


Namun tidak kurang juga kejayaan yang dapat diraih oleh The RIGHTS, terutama The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad, RightShoppe International Berhad (Johor), RightShoppe (Putrajaya) Berhad dan beberapa lagi.


Pun begitu beberapa peluang perniagaan lain juga diperolehi seperti mengedar pakaian seragam sekolah, lesen memborong gula, penghasilan produk halal, pembangunan The RIGHTS Mall di Kelantan dan Selangor dan lain-lain.


The RIGHTS juga telah dikunjungi oleh beberapa organisasi swasta dan kerajaan untuk melihat projek dan model perniagaan yang sedang dilakukan oleh The RIGHTS untuk kepentingan ahli-ahlinya.


Berbalik HILANG KEYAKINAN dan PATAH SEMANGAT, saya telah dihadiahkan sebuah buku Motivasi Ummah bertajuk "BERANI" yang ditulis oleh Sheikh Paiman Salleh. Buku yang ditulis beliau sangat bersahaja dan mudah difahami namun kata-kata beliau sungguh memberikan semangat kembali kepada saya untuk terus berjuang dengan lebih gigih dan bersemangat, antara yang di tulis "OIC yang ditubuhkan sebagai badan dunia Islam untuk membantu; pun tidak melakukan apa-apa. Malahan mereka telah menjadi 'Badan Antarabangsa Paling Dayus' abad ini dan terus bercakaran sesama sendiri.


Sengatnya telah pupus dan taringnya telah patah. Mereka telah menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan menunggu untuk disembelih. Pemimpin masing-masing nak jadi ayam jaguh dunia Islam. Tetapi apabila musang menghampiri, semua cabut lari dan tidak berani berkokok lagi.


Ada juga pemimpin dikalangan mereka yang bersungguh untuk melakukan sesuatu, tetapi ada pula yang lain menekan dan memulas. Saya mengesyorkan OIC, iaitu Organisation of Islamic Community ditukar sahaja namanya kepada 'Organisation of I Community'. Ini kerana nampaknya masing-masing mementingkan I (saya) daripada semangat kekitaan Islam.


Oleh kerana mementingkan diri sendiri semata-mata mereka sanggup berkomplot dengan musuh untuk membunuh saudara sendiri. Ini jelas terbukti tatkala berlakunya Peperangan Teluk beberapa tahun yang lalu.


Begitu juga PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu wajar ditukar kepada 'Pertubuhan Berbalah dan Bagi! Pertubuhan si luncai ini akan bersatu di kalangan yang sama fahaman untuk mencetuskan penjajahan atau berpura berbalah sesama mereka, menjajah dan membahagi-bahagikan apa yang dapat dirampas di antara mereka. Ini jelas terbukti sepanjang ia ditubuhkan.


Tak perlulah saya perpanjangkan permasalahan ini; nanti ada yang termuntah kerana jelak mendengar cerita yang sama setiap hari.


Lagipun saya ini bukanlah pandai sangat tentang dunia politik. Apa lagi persoalan antarabangsa. Saya sekadar ingan melepaskan secebis apa yang terbuku di dalam hati untuk renungan kita bersama sekali lagi. Semoga kita tidak akan terus menerus menjadi mangsa penipuan percaturan dunia di rumah putih atau rumah merah yang boleh memesongkan kita dan anak cucu kita.


Saya merasa sangat yakin bahawa, telah sampai masanya kita mengkaji semula dasar dalam dan luar negeri kita. Sama ada akan terus menyertai gabungan-gabungan antarabangsa yang sudah menjadi 'gila' atau 'gila-gila' dan telah hilang pedoman kemanusiaan. Kita wajar mengkaji semula sistem kehidupan kita sendiri dan tidak terus mengikut sistem barat atau timur yang telah jelas membuktikan kepincangan yang merugikan.


Kita telah ada sistem yang TERBAIK yang wajib kita imani dan amalkan. Biarlah kita dibenci, tetapi berindentiti. Biarlah kita dicaci, asalkan berjiwa murni. Biarkan kita dimarah, asalkan kita bermaruah. Walaupun kita dicap sebagai kuasa kecil, tetapi kecil-kecilan cili api dan kecil sebagai sang kancil yang cerdik bukan lembu gemuk yang tongong.


Biar mereka kata, mereka kuasa besar, tetapi Allah Maha Besar adalah KUASA PALING BESAR; bukan mereka yang besar. Biar kalah bertarung tetapi tidak mengalah dikalung. Itulah umat dan bangsa yang gagah. Ingat pada pesanan junjungan BESAR Nabi Muhamad SAW, bahawa jika Allah mahu tolong kita, tidak ada kuasa yang boleh mengekang, walaupun semua manusia dan jin diseluruh dunia ini bergabung tenaga.


Semua ini hanya akan kita capai sekiranya kita menjadikan diri sebagai umat Islam yang BERANI. Kita tidak takut pada kehilangan harta atau nyawa bagi mempertahankan maruah Islam yang sedang dicemar di seluruh pelusuk dunia. Ada yang mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku adalah Islam sedang diuji. Saya berkata dengan tegas, jelas dan keyakinan yang padat lagi bulat tanpa merasa ragu atau was-was, bahawa bukan Islam yang sedang diuji. Islam yang tetap suci sepanjang zaman tak perlu diuji lagi. Yang sedang diuji bukanlah Islam, tetapi UMAT ISLAM itu sendiri. Ujiannya ialah adakah umat yang memanggil diri mereka itu sebagai Islam, benar-benar mengamalkan Islam? Adakah mereka beriman sepenuhnya kepada Islam? Adakah mereka patuh kepada perintah Allah yang menurunkan Islam? Adakah mereka mengikut ajaran Rasul yang membawa Islam? Adakah mereka mengamalkan ajaran Kitab Suci Islam?


Jika kita benar - benar mengaku Islam dan beriman kepada agama suci ini, kita tidak akan takut kepada kuasa selain Allah, walau sebesar mana sekalipun.


Jika kita benar - benar mengaku Islam kita tidak akan mengamalkan sistem hidup selain sistem Islam.


Jika kita benar - benar mengaku Islam kita tidak akan membiarkan Islam dicaci dan dihina sewenang-wenangnya.


Jika kita benar - benar mengaku Islam, kita tidak akan berbunuhan sesama Islam. Malahan kita akan bersatu padu dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk membantu saudara Islam kita dimanapun mereka berada. Tidak kira warna kulit, dalam atau luar negeri. Kita juga tidak akan berdengki sesama kita. Malahan kita akan bergembira jika saudara sendiri yang berjaya.


Dan jika kita benar-benar mengaku Islam, kita tidak akan takut kepada sesiapa atau apapun melainkan Allah. Kita akan menjadi umat paling BERANI di muka bumi ini, kita akan dihormati, disanjungi dan digeruni atau ditakuti jika perlu".


The Rights Privilege Berhad

www.rights.com.my


P/S:

Kami agak terkilan gambar-gambar dari blog ini yang disiarkan dalam Montaj SEDINAR 2009 tidak diberi kredit dengan sewajarnya. Tetapi disebabkan semangat setiakawan, kami menutup sebelah mata diatas kesilapan tersebut.

6 comments:

JENTAYU EMAS TRADING said...

Assalamualaikum
Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

Saya amat tertarik dengan posting kali ini.

Saya juga telah hadir dalam Seminar SEDINAR 2009.Saya cukup tertarik dengan kupasan dari En Abdul Halim, pensyarah dari Multimedia University Melaka.Beliau menceritakan tentang sistem ekonomi sekarang yang berasaskan riba. Beliau tetap mempertahankan bahawa sistem perbankan Islam adalah haram kerana ia tetap mengamalkan riba. Apa yang berlaku sekarang adalah kita cuba untuk 'mengislamkan' sistem perbankan.

Apapun, dalam Al-Quran telah secara jelas menyatakan riba itu haram.Apa yang perlu dilakukan bukanlah untuk mengislamkan sistem perbankan. Kita perlu mewujudkan sistem ekonomi Islam yang bersih daripada riba sepertimana yang diamalkan oleh nabi, para sahabat, dan yang ada pada zaman khalifah. Sistem riba yang ada sekarang menjadikan kita semua hamba pada zaman moden.

Penggunaan dinar emas bukan sekadar emas sebagai matawang semata-mata. Perjuangannya adalah untuk menghapuskan sistem riba dan menyatupadukan umat Islam agar dapat mewujudkan sistem ekonomi sendiri yang bersih daripada riba.

Krisis kewangan Asia 1997 telah memberitahu kita tentang keburukan matawang kertas yang terdedah kepada spekulasi dan manipulasi penyangak matawang. Matawang negara boleh dipermainkan untuk dinaikkan atau diturunkan nilainya secara mendadak untuk keuntungan segelintir pihak. Ia berbeza daripada dinar emas & dirham perak yang nilainya adalah stabil dan praktikal dan tidak memerlukan sistem pertukaran matawang yang terdedah kepada serangan penyangak matawang.

Sistem matawang kertas itu sendiri banyak lagi kelemahannya. Ini termasuk apabila kita perlu menukarkan kepada duit matawang negara lain apabila berbelanja. Kelemahan lain ialah nilainya adalah tidak stabil, bergantung kepada sistem pasaran matawang asing yang kerap berubah.

lwtc247 said...

Salam. Was any video taken?
(is is possle for an English summary?)

Sukran for your efforts.

JENTAYU EMAS TRADING said...

Salam,

Dear lwct247.

I'try to get it from someone at UKM. If I managed to get it, I will inform u and the Gold Dinar Moderator.

rNd said...

dinar ialah matawang..penyimpan nilai..bukan pelaburan buy low sell high...itu yg sedih......bagaimana meletakkan institusi ini sebagai dinar exchange

Penggerak Dinar Emas said...

rNd, betul tu. Dinar sepatutnya di jadikan medium of exchange dan bukannya barangan dagangan atau komoditi. Apabila wang dijadikan komoditi, maka mudahlah spekulasi untuk berlaku.

mohdfitriidris said...

salam aidil adha.

sy mohon copy artikel ni...