Pages

Tuesday, February 16, 2010

Rangkaian Dinar Emas 999 Logam Mulia dan Dirham






Assalamualaikum Sahabat-sahabat Dinar,
Syukur Alhamdulillah tahun ini bermula dengan agak memberansangkan kerana kami dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat lain yang memperjuangkan Dinar Emas 999. Dan kini kami juga sudah mula dapat menyediakan stok Dinar Emas 999 iaitu 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar. Oleh itu bagi anda yang berminat untuk memiliki Dinar, bolehlah menghubungi kami , Putra Dinar, Scogold, Jentayu Emas atau Golden Trapezium.

Harga Dinar Emas Terkini:
1 Dinar = RM 620
1/2 Dinar = RM 330
1/4 Dinar = RM 190

Anda juga boleh lawati blogspot mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan mereka yang lain selain dari Dinar.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Dirham pula, anda boleh menghubungi brother Nizam dan rakan-rakannya di Jentayu Emas. Anda juga boleh merujuk di Chat Box untuk nombor handphone beliau.

Selain dari itu, kami juga mempunyai satu berita baik bagi para pembaca blog ini. Salah seorang sahabat kami telah menyiapkan The Gold Dinar TV bagi anda yang ingin menyaksikan penceramah-penceramah kami membincangkan tentang Dinar dan kewangan dalam program-program TV. Diharapkan dengan adanya blog baru ini, anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang Dinar Emas dan mengenali kami dengan lebih dekat. Terimakasih kami tidak terhingga atas usaha brother Faizal @ Yomida atas usaha tersebut. Semoga ada lagi pihak-pihak yang dapat tampil membantu kami memperkenalkan Dinar Emas kepada Ummah.

Harapan kami kepada para pembaca sekelian, sekiranya anda dapat memiliki Dinar Emas, simpanlah ia untuk tabungan, samada untuk mengerjakan Haji atau Umrah, untuk Mas Kahwin, untuk pelajaran anak-anak, untuk membiayai pembelian rumah atau kereta atau hanya untuk simpanan biasa. InsyaAllah anda tidak akan rugi.

Jumpa lagi dilain waktu, Wassalamualaikum w.b.k.

8 comments:

eye said...

harga sekali ngan kotak ke?ke gamba hanya perhiasan semata2?

Penggerak Dinar Emas said...

Assalamualaikum, gambar tu hanya idea perhiasan:-) Harga kotak lain, tapi buat masa ni, kotak dah habis stok. Boleh order untuk bulan depan kalau nak.

Ummuzulfa said...

selain dari purity emas,apa kah beza dinar 999 dengan dinar emas 916.

TQ

Penggerak Dinar Emas said...

Ummuzulfa, Dinar Emas 999 Logam Mulia ada certification dari London Bullion Market Association. Oleh itu kualiti dan ketulenannya terjamin. Dinar ini siap dengan serial number yang juga tercatit di cert. Jadi sesiapa yang ingin membeli atau memilikinya boleh check dengan Logam Mulia samada mereka ada produce tak Dinar tersebut. Pernah dulu kami come across gold bar yang ada serial number, tapi bila check dengan syarikat pengeluar, mereka kata mereka tak ada mint gold bar tersebut dan serial number tu tak wujud. Jadi kita terus tahu samada gold bar itu tulen atau tidak. Ia menyelamatkan anda dari terjebak dengan penipuan penjualan emas dari orang yang tidak bertanggungjawab. Harap penjelasan ini dapat membantu.

syamie said...

salam,berapa harge kotak tu?

Penggerak Dinar Emas said...

Salam Muhd,
Dalam range RM80-RM400, mengikut saiz dan muatan kuantiti dinar. Nanti kami minta Putradinar tolong bagi detail atau you boleh check kat Blog Putradinar untuk more info.

PutraDinar said...

salam muhd...
stok kotak dinar LM ade beberapa design.... gambar akan kami uplaod nnt di blog putradinar...
harga kotak untuk simpan 1 & 3 keping Rm100, untuk simpan 2 & % keping Rm200 dan untuk simpa 10 keping terus Rm400.

ps: kotak dr kayu berkualiti & memang khas untuk menyimpan emas.TQ

Aizat HLF said...

Salam..sy berminatvdgn kotak dinar yg ada tulis 'kupersembahkan utk isteri...." mcm mne sy nk order ye ? Ada tak ?