Pages

Wednesday, May 25, 2011

Harga Naik!!! Sudahkah anda bersedia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tulisan kali ini kami ingin mengulas sedikit berkenaan dengan berita pada minggu lepas yang di keluarkan oleh The Star iaitu berita berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) supaya rakyat Malaysia bersedia dengan kenaikan harga barang makanan dan minyak akibat daripada harga pasaran global minyak yang meningkat dan kekurangan bahan mentah/makanan akibat daripada krisis bencana alam.



Bagi bacaan lanjut boleh pergi ke link berikut:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/20/nation/8719433&sec=nation

Pada tulisan ini kami tidak akan memfokuskan kepada saranan dan langkah-langkah yang kerajaan ambil berkenaan isu kenaikan harga barang ini, tapi kami akan cuba memfokuskan kepada punca sebenar kenaikan harga barang dan tidak ramai orang yang tahu kecuali mereka-mereka yang selalu hadir pada ceramah yang dianjurkan oleh kami.

Sebelum itu mari kita perbetulkan dahulu erti sebenar perkataan Inflasi agar kita lebih faham akan permasalahan sebenar. Inflasi dalam kamus Ekonomi Kapitalis bermaksud kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini bukanlah definisi yang sebenar tapi definisi untuk mengaburkan orang awam dan berselimut disebalik keburukan wang kertas (camouflage). Erti sebenar inflasi adalah peningkatan/lambakan duit kertas di pasaran (increase of money supply), seterusnya peningkatan duit kertas di pasaran menyebabkan nilai matawang itu jatuh dan disebabkan nilai matawang itu jatuhlah harga barang dan perkhidmatan meningkat. Maka pengertian dalam teori ekonomi adalah salah, itu bukanlah pengertian yang sebenar tapi lebih kepada AKIBAT/KESAN daripada INFLASI adalah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan. Contoh Negara yang mengalami kesan buruk akibat daripada peningkatan/lambakan duit kertas (hyperinflation) adalah Zimbabwe yang mana duit kertas mereka hanya layak dijual seperti suratkhabar lama.

Sekiranya anda faham akan pengertian sebenar inflasi ini maka anda akan mula faham kenapa harga minyak dan barang berterusan naik. Anda harus tahu bahawa harga minyak dan emas di pasaran global diikat dengan nilai USD dan kebanyakan Negara di dunia ini matawangnya bersadarkan kepada US dollar termasuklah Malaysia sendiri (rezab USD bagi Negara kita Malaysia lebih banyak daripada rezab emas). Apa sahaja yang dilakukan oleh Negara USA terhadap matawangnya akan memberi kesan terhadap pasaran global. Contohnya plan-plan menyelamatkan Bank-bank US (US bailout) daripada bankrupt pada 2008 atau pun peperangan terhadap Iraq yang memerlukan jumlah wang yang banyak. Hal ini, seterusnya melambakkan lagi duit kertas US sekaligus menyebabkan semakin hari harga minyak semakin mahal. Kesan daripada harga minyak yang semakin mahal ini menyebabkan barang-barang keperluan kita semakin mahal. Semua ini sebenarnya berpunca daripada penciptaan duit kertas. Permasalahan ini tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun termasuklah di dalam buku-buku ekonomi kerana ia ibarat membuka pekung di dada dan hanya menampakkan kelemahan Sistem Kapitalis ini.

Hal ini berbeza sekiranya minyak diniagakan menggunakan dinar, dirham ataupun sistem barter trade. Masalah inflasi melalui dinar dan dirham tidak mungkin akan berlaku kerana manusia sama sekali tidak akan dapat mencetak dinar dan dirham sewenang-wenangnya. Masalah seperti lambakan duit kertas di pasaran tidak terjadi. Semua ini bergantung kepada jumlah emas dan perak yang ada, sekiranya banyak jumlah emas maka banyaklah dinar yang ada dan sekiranya sedikit sumber emasnya maka sedikit lah dinarnya. Hanya Allah sahaja yang boleh mengawal banyak atau sedikit emas itu. Hal ini berbeza dengan duit kertas, sesiapa yang mengawalnya dialah yang berkuasa. Manipulasi boleh berlaku akibat daripada sifat tamak yang ada dalam lubuk hati manusia dan ini adalah antara kezaliman yang terhasil melalui percetakan duit kertas tanpa sandaran apa-apa. Ingat!! Penggunaan dinar dan dirham ini akan berjaya sekiranya dinar dan dirham ini tidak duduk sama dalam sistem ekonomi kapitalis. Sekiranya kita masih mengikat nilai emas dengan USD maka kita tidak akan berjaya kerana harga emas masih lagi dikawal oleh sesetengah pihak yang berkuasa dan yang boleh memanipulasikannya (sekutu-sekutu Rothschild). Dimanakah nilai emas itu? Anda yang arif pasti tahu dimanakah ia, bukan pada USD, bukan pada RM, bukan pada mana-mana duit kertas dan cerita-cerita P.Ramlee pun banyak memberitahu kita dimanakah nilainya sekira anda perasan. Kami serahkan pada anda untuk memikirkan dimanakah nilai emas itu.

Sebenarnya ini hanyalah sedikit yang didedahkan terhadap permasalahan duit kertas dan kami berharap ia mampu membuka sedikit cetusan di minda, kenapa kita harus kembali kepada wang Fitrah, wang Sunnah iaitu Dinar dan Dirham. Matawang emas dan perak telah digunakan sejak ribuan tahun lagi, manakala duit kertas hanya berusia 3 ratus tahun sahaja. Dalam usia duit kertas yang pendek juga telah banyak masalah yang timbul, pasti ada agenda/tipudaya oleh sesetengah pihak yang tiba-tiba memperkenalkan duit kertas kepada kita setelah begitu lama kita berdagang menggunakan emas dan perak. Bagi yang telah lama mengikuti kami pasti tahu bahawa semua perancangan ini ada dinaskahkan didalam kompilasi tulisan pengasas kereta Ford, Henry Ford bertajuk “The International Jew” dan kemunculan raja mereka semangkin hari semangkin hampir. Semoga Allah melindungi kita daripada kelalaian hidup di dunia dan daripada Fitnah akhir zaman. Amin. Wallahualam bi shawab.

No comments: