Pages

Friday, November 18, 2011

Bagaimana untuk elakkan RIBA?



Saya tak mampu untuk membeli Kereta atau Rumah tanpa berhutang dengan bank, bagaimana untuk saya elak dari RIBA?



FAQ oleh Sheikh Imran N. Hosein

“Kamu boleh lakukan jika kamu mahu, ikut cara dunia sekarang. Biar saya beritahu kamu cara saya:

Saya telah pergi ke 5 buah Universiti.


Saya adalah Diplomat kementerian luar bagi negara saya (Trinidad).


Saya berhenti dari kerja itu.


Kebanyakan orang Pakistan mengatakan saya bodoh, kerana orang yang bodoh sahaja akan berhenti kerja sebagai Diplomat kerana ingin menjadi seorang Mullah (Pendakwah).

Sekiranya saya tidak berhenti kerja, saya tidak akan bersama dengan kamu sekarang ini (berdakwah).

Oleh itu ada sesetengah perkara di dalam hidup yang duit tidak mampu beli. Umur saya sekarang hampir 70 tahun.

Saya tidak pernah ada rumah. Pada tahun 2005 saya buat tapak rumah saya dengan hanya satu bilik. Kemudian sebelum saya meninggalkan Trinidad (awal 2011) untuk datang sini memberi ceramah, saya hanya mampu membina tingkat atas rumah saya dengan dua bilik.

Begitulah cara rumah dibina sejak zaman dahulu lagi. Saya tidak pergi meminjam duit untuk membina rumah ini, tidak sama sekali.


Saya tinggal di apartment yang saya sewa. Saya tinggal di New York selama 10 tahun…di sebuah apartment yang kecil. Saya tak mampu untuk yang lebih baik. Semuanya saya lakukan semata-mata kerana ingin setia kepada Islam.

Saya tinggalkan New York pada 2001 selepas menetap di Amerika Syarikat selama 12 tahun. Kereta yang saya pandu hanya bernilai USD 500 (RM1500-RM1600).


Oleh itu, inilah caranya tinggal di dunia sekarang; kamu mahu kerja berjawatan besar, kamu mahu rumah besar, kamu mahu kereta besar, teruskan dan pinjamlah duit dengan bunga/interest. Dan bila kamu di dalam api neraka, jangan panggil saya. Jangan panggil saya dengan telefon, jangan hantar email dari Jahannam.


Atau kamu boleh lakukan dengan cara lain. Cara lain itu ialah, sekiranya saya perlu untuk tidak memiliki rumah, tidak memiliki kereta dan tidak memiliki kerja, meninggalkan kampung halaman dan bandar saya, dan lari menuju ke gua di pergunungan, itu lah yang akan saya lakukan. Tetapi saya tidak akan tinggalkan Deen saya (Islam)."



Sumber: http://www.imranhosein.org/faq/54-islam-and-money/324-i-can-not-afford-to-buy-a-car-or-house-without-asking-the-bank-how-do-i-escape-riba.html

1 comment:

al-hakkawi said...

Cara meninggalkan atau memerangi riba yang paling efektif adalah berhijrah dari pemilikan dan penggunaan wang kertas, kredit, hutang dan akaun bank beriba kepada wang koin emas dan perak iaitu dinar dan dirham yang sudah 1900 tahun dipakai umat manusia ! Dalam hukum shariat dan kitab fiqah tidak ada istilah 'wang fiat/kertas' hingga zaman moden dipaksa pakai oleh penjajah kuffar. Lepas itu, umat islam terus lalai dan dicandui hingga tiada kenal halal dan haram dalam muamalat dan ekonomi semasa.