Pages

Sunday, August 4, 2013

TEORI FIBONACCI DAN PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT)

Assalamualaikum,

Apa itu Teori Fibonacci? Bagi mereka yang tidak tahu, Teori Fibonacci adalah satu teori matematik yang mana nombornya berturutan mengikut satu kaedah yang menarik iaitu nombor yang berikut terhasil melalui pernambahan dua nombor yang sebelumnya.

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 .........

0+1=1
1+1=2
1+2=3 ....
55+34=89

Untuk penerangan di atas, siri nombor ini bermula dengan 0, di ikuti dengan nombor 1 dan seterusnya 2 yang mana nombor 2 terhasil melalui pernambahan nombor sebelumya (1+1=2). Untuk mendapatkan nombor seterusnya maka, dua nombor yg sebelumya harus di tambah lagi, maka 1+2=3. Begitulah aturan seterusnya.

Sekiranya nombor ini di susun mengikut skala Fibonacci maka akan terhasil lah satu bentuk PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT).

Mari kita layan video ini dahulu :


Apa yang menarik adalah asas bagi ciptaan alam ini sebenarnya adalah dari PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT) ataupun barat lebih mengenalinya sebagai Teori Fibonacci. Maka tidak hairanlah kenapa Allah S.W.T. menyuruh kita melakukan pusingan tawaf pada arah ini.

Seterusnya jika di kaji lagi aspek pernomboran ini, ia mampu menghasilkan satu nisbah yang menjadi titik asas penciptaan bagi banyak benda yang ada di dunia ini. Nisbah ini dikenali sebagai  NISBAH EMAS (GOLDEN RATIO) = 1.618. Nisbah ini terhasil melalui pembahagian nombor dihadapan dengan nombor yang sebelumnya, contohnya:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597..

55/34       = 1.618
89/55       = 1.618
144/89     = 1.618
1597/987 = 1.618  dan begitulah seterusnya.

Contoh paling dekat penggunaan Nisbah Emas (1.618) ini adalah penciptaan muka dan tubuh badan kita sendiri kerana mengikut kajian, setiap aspek dan struktur tubuh badan kita ini dicipta oleh Allah S.W.T sebenarnya menggunakan  Nisbah Emas atau Golden ratio (1.618). Maha Agung Allah yang telah menciptakan kita.

Jadi di manakah pula TITIK NISBAH EMAS/GOLDEN RATIO bagi bumi ini? Untuk mengetahuinya dan pemahaman lebih lanjut jom kita layan lagi video berikut: