Cetusan isi hati setiap pemimpin yang silih berganti tidak dapat tidak akan membangkitkan isu pembasmian kemiskinan. Namun setiap ide yang dikeluarkan hanya mampu mengatasi masalah kemiskinan ini untuk satu jangka masa yang pendek sahaja, dan kemudian masalah yang lain pula timbul hasil dari pelaksanaan ide yang pada mulanya disangkakan bernas tadi, di mana akhirnya isu utama yang cuba diselesaikan makin menjadi rumit dan terus-terusan menjadi phobia di kalangan mereka yang bergelar pemimpin. Selagi masalah ini masih di takuk lama, selagi itulah ia akan terus menghantui pemikiran pemimpin untuk mencari jalan penyelesaian.
Mengikut carta statistik menunjukkan rata-rata kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu yang pada zaman 70’an dulu melebihi kadar 50% telah dapat diturunkan sehingga ke paras bawah 5% sekarang. Sekiranya benar ukuran yang digunakan dan sekiranya cuma sekadar 5% kenapa masalah kemiskinan ini masih menjadi agenda utama pucuk kepimpinan? Nyatalah sebenarnya ukuran statistik yang dipamerkan tidak menunjukkan fakta yang sebenar.
Kayu pengukur kadar kemiskinan yang digunakan sudah tidak sesuai lagi untuk digunapakai bagi mengukur kadar kemiskinan zaman ini. Kalau dahulu kita sering mengkaitkan kemiskinan dengan masyarakat luar bandar, tapi sekarang isu kemiskinan ini lebih berat kepada masyarakat bandar. Masyarakat luar bandar yang dirundung kemiskinan masih boleh mengalas perut dengan makan ubi rebus, tetapi masyarakat bandar yang dirundung kemiskinan perlu mendapatkan hasil belas insan lain atau tidak maka terpaksa berlapar ditengah-tengah kota yang mana makanan boleh dikatakan melimpah ruah diseluruh pelusuk tempat. Apa maknanya semua ini? Oleh yang demikian maka sudah pasti ada yang tidak kena dengan cara kita mengatasi masalah kemiskinan ini.
Kalau di satu masa dahulu di zaman keagungan empayar Islam yang dipimpin oleh Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz, tidak terdapat seorang pun yang memerlukan wang zakat, kenapa contoh yang sama tidak dapat kita lakukan di zaman ini? Tentunya masih ada lagi yang kita tidak faham sehinggakan setiap langkah penyelesaian kita adalah merupakan masalah baru yang kita cetuskan kemudian. Ada tak kita terfikir jika cara kita melaksanakan urusan harian kita ini sahih semestinya hasilnya juga sahih; tetapi kenapa sebaliknya yang berlaku; “hasil yang disangkakan sahih sebaliknya menghasilkan lebih banyak kemungkaran”. Hakikat yang harus kita terima ialah jangan cuba menegakkan benang yang basah, biar pahit mana sekali pun.
Kalau di zaman dahulu mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin adalah mereka yang kurang upaya, janda maupun ibu tunggal yang mempunyai anak kecil yang perlu dijaga dan orang tua yang uzur yang tidak mampu untuk bekerja, selain dari golongan ini seharusnya tidak miskin kerana mereka boleh bekerja untuk menampung diri dan juga tanggungan mereka. Apa sahaja kerja yang mereka lakukan pasti memberikan mereka pulangan yang boleh untuk mereka menanggung diri dan tanggungan mereka, sebagai contoh mencari kayu api di hutan ataupun mengail ikan di sungai dan lain-lain. Mereka yang malas bekerja sahaja yang akan menjadi “miskin” kerana tabiat buruk (malas) mereka sendiri. Namun di zaman yang kononnya digembar-gemburkan sebagai zaman serba moden ini, mereka yang miskin ini bukanlah di kalangan mereka yang malas bekerja, malah mereka ini adalah di kalangan yang ter-rajin sekali, sebagai contoh penoreh getah, pemandu teksi, nelayan, pekerja kilang, pekebun dan petani, buruh kasar membina rumah dan banyak lagi. Cuba bilang masa yang mereka habiskan dalam sehari untuk bekerja, tetapi pulangan yang mereka dapat mengkategorikan mereka di kalangan orang miskin.

Lebih teruk lagi bila di zaman ini ada satu klasifikasi ekonomi yang dipanggil kadar pengangguran. Di mana kadar pengangguran ini bermakna terdapat sebilangan masyarakat yang sedang mencari pekerjaan tetapi tiada pekerjaan yang dapat diuntukkan kepada mereka. Di mana logiknya kadar pengangguran ini? Apakah mereka yang sedang mencari pekerjaan dan tidak mendapat pekerjaan ini yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai mereka yang menganggur ini tidak boleh bekerja? Sudah tentu mereka ini boleh bekerja, tetapi kenapa sistem ini menghalang mereka dari bekerja?
Apakah menjadi tangungjawab masyarakat ataupun kerajaan samada awam maupun swasta memberikan pekerjaan, maka bilamana pekerjaan tidak ada maka kerajaan harus dipersalahkan? Bukankah setiap kita ini seharusnya diberikan kebebasan untuk bekerja bagi menyara hidup kita dan tanggungan kita, dan bukannya tertakluk kepada jumlah pekerjaan yang disediakan oleh pihak pemerintah. Seharusnya tidak ada istilah pengangguran kerana rakyat sepatutnya bebas untuk melakukan apa sahaja yang berlandaskan undang-undang untuk mencari rezeki.
Bayangkan jika tidak ada petani yang sanggup menanam pisang kerana hasil jualannya yang tidak setimpal itu, maka dapatkah seorang pegawai yang bekerja di institusi kewangan dapat menikmati kesedapan sebiji pisang. Bagaimanakah untuk seorang nelayan tidak mengeluh dengan usahanya; hasil usahanya yang bertarung dengan nyawa di lautan bergelora, asyik sahaja menurun nilainya. Tahun demi tahun walaupun hasil tangkapannya di lipat kali gandakan tetapi imbuhan yang diterima masih juga tidak setimpal dengan usahanya. Sebagai contoh yang mudah, katakan pada hari ini seorang nelayan menangkap seekor ikan siakap dan dijualnya dipasar dan dia dapat 10 ringgit untuknya, maka dibelinya 5 tin susu untuk kegunaan isi rumahnya, namun pada tahun hadapan nelayan ini telah pergi mengail dan mendapat ikan siakap yang lebih besar daripada tangkapan yang lalu, maka bila dijualnya di pasar dia mendapat 11 ringgit, tetapi apabila dia ingin mendapatkan 5 tin susu, pekedai menyatakan duitnya hanya cukup untuk membeli 4 tin susu. Maka tersentak si nelayan mengenangkan nasibnya, lantas tercetus dimindanya - dimana adilnya?
Mungkin ada di kalangan kita yang mengatakan, inilah yang dinamakan inflasi. Tetapi, yang sebenarnya faktor inflasi adalah cuma satu jawapan kepada mereka yang malas untuk berfikir. Apakah dengan meletakkan alasan ketidakadilan tadi adalah kerana faktor inflasi maka ketidak adilan yang berlaku dapat dihalalkan? Bukankah dengan mendefinisikan inflasi seperti itu membenarkan kita menyatakan bahawa inflasi itu adalah suatu yang mungkar. Kenapa tidak dikaji apakah sebenarnya yang dikatakan inflasi itu dan adakah ianya wujud sejak dari dahulu kala lagi, dan apakah sebenarnya yang menyebabkan inflasi?
Nampaknya isu membasmi kemiskinan ini bukanlah hanya sekadar membantu mereka yang miskin itu untuk keluar dari kategori miskin malah ianya adalah lebih rumit daripada itu. Setakat ini kita dapat merumuskan bahawa terdapat kepincangan di dalam sistem pembayaran yang kita amalkan yang menyebabkan berlaku ketidakadilan tadi. Isu pembayaran inilah yang harus kita tumpukan buat masa ini bagi menyelesaikan sebahagian daripada masalah membasmi kemiskinan. Harus diingat dalam usaha mencari jalan penyelesaian, kebenaran biarpun pahit untuk ditelan tetap perlu dibongkar dan dilaksanakan. Mintalah pedoman Allah SWT supaya dicelikkan yang mana sahih dan yang mana mungkar, Insya’Allah barulah isu membasmi kemiskinan ini dapat diselesaikan buat sekian kalinya.
Mohamed Hussain
26 Ramadhan 1427 Hijrah (5.20 p.m)
No comments:
Post a Comment