Pages

Sunday, November 23, 2008

Syarikat Penempa Dinar Emas 999

Terdapat dua penempa dinar emas 999 yang dikenalpasti, iaitu Logam Mulia di Jakarta Indonesia dan Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. di Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Logam Mulia, salah sebuah syarikat milik PT. Antam Tbk, mula terlibat di dalam perniagaan emas dan perak (gold and silver) semenjak tahun 1937. Keterangan lanjut mengenai Logam Mulia boleh didapati di laman web ini: http://www.logammulia.com/

Sebelum November 2005, Logam Mulia hanya menempa dinar emas 916 (kandungan emas 91.6%, dan selebihnya logam lain) dengan mempunyai berat 4.25 gram. Mereka juga ada menempa emas 999 dalam bentuk 1 gram, 3 gram, 5 gram dan 10 gram. Perbezaan di antara 916 dan 999 ialah kandungan emas di dalam dinar emas 916 ialah 91.6% dan dinar emas 999 mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9%. Selain dari Malaysia, Logam Mulia juga menerima banyak pesanan dinar emas 999 dari pelanggan-pelanggan mereka di Indonesia sendiri. Pada bulan Oktober 2008, kami menerima berita iaitu Logam Mulia kehabisan stok emas disebabkan permintaan yang tinggi di ambang kegawatan ekonomi ini.

Syarikat penempa yang kedua adalah Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 522, Kuala Kangsar Industrial Estate, Malaysia. Mariwasa mula beroperasi pada tahun 1975. Mariwasa Kraftangan adalah pengilang dan pembekal pingat, cenderahati eksklusif, barangan emas, perak dan pewter. Selain dari itu mereka juga terlibat di dalam perusahaan peralatan membuat barang-barang kemas. Mariwasa yang sudah beroperasi selama 33 tahun ini sangat mementingkan kualiti dan teliti dalam pembuatannya. Keterangan lanjut mengenai Mariwasa boleh di dapati di: http://www.mariwasakraftangan.com/.

Penglibatan Mariwasa Kraftangan dalam pembuatan dinar emas 999 bermula pada tahun 2007. Sehingga kini Mariwasa masih aktif di dalam pembuatan dinar emas 999. Dan kami diberitahu bahawa Mariwasa menerima pesanan yang tinggi bagi dinar emas 999 pada bulan Oktober 2008. Mariwasa dijangka menerima tempahan lagi di awal bulan Disember 2008 dan sedang dalam perancangan untuk menempa Dirham. Ikuti perkembangan lanjut tentang penempaan dinar emas dan dirham di blog ini dalam masa yang terdekat.

Sunday, November 9, 2008

The future of banking in a gold dinar economy - A Prescription to Uplift the Ummah Economy


The future of modern-day banking is so uncertain. The sub-prime issues, escalating deterioration of world’s fiat money, the uprising of consumer good prices are a major cause of concern in today’s economic zone. In current turbulence scenarios, looking for a new economic model such as the gold dinar would be justified. Evidence showing that the usage of the gold dinar can curb inflation and loss of fiat money value over time has been proven. However, the gold dinar economy is new in today’s conventional banking system. In fact, it cannot be implemented under the present banking scenario. Banks that exist today are based entirely on the concept of interest-bearing instruments and also the money multiplier principle or money creation. Meanwhile the gold dinar economy is based on ‘real money’ and promotes ‘real economy’. This is because each gold dinar must be represented with actual money that contains a certain weight of gold. In this case the gold dinar will have 4.25 grams of pure fine gold.

Real economy is where factory workers toil, doctors tend the sick, and where teachers teach and where roads, bridges, harbors, airports and railway systems are built. The other economy, the ‘financial economy’, is not the economy of trade but of speculation. Its commerce is in financial instruments. Mostly, it is concerned with the exchange of equities, such as stocks and securities, such as bonds and other forms of debt including currencies. Under the gold dinar system, for every transaction, trades and investments, real physical money do change hands. Therefore, it’s crucial that today’s banking begin to gradually change and become an “Entrepreneur Bank”.

How does an entrepreneur banking system work in this gold dinar based economy? First, banks should change its role from becoming a debt provider to a partnership (Musyarakah). Debt should be highly discouraged and should be avoided whenever possible. As mentioned in a hadith narrated by ‘Aisha, the wife of the Prophet: Allah Apostle used to invoke Allah in the prayer saying “.... O Allah, I seek refuge with You from the sins and from being in debt.” Somebody said to him, “Why do you so frequently seek refuge with Allah from being in debt?” The Prophet replied, “A person in debt tells lies whenever he speaks, and break promises whenever he makes them”. Therefore, banks should become a trustee and a partner in business, instead of just being a debt provider. Secondly, debt should be discouraged especially in doing business. If a customer approaches the bank for a business loan, an entrepreneur bank should treat it as a partnership, in which the bank shall take part in running the business. An entrepreneur bank shall not merely observe from afar and reaps the profit when the business succeeds and left the business in despair when it fails. Banks should provide advice and assistance to entrepreneurs on how to improve the performance of their business. This is the most crucial element in an entrepreneur bank because this may become its major source of income replacing the interest income. Thirdly, an entrepreneur bank should encourage spending on savings instead of spending on credit, which means an entrepreneur bank should encourage the use of debit card instead of credit card. Finally, an entrepreneur bank should encourage its customers to do business which will give its customers an equal opportunity to prosper and to discourage monopoly business. The entrepreneur banking is truly a holistic effort that can uplift the Muslim ummah (community) economy to a much higher respected level, Insya’Allah (God Willing).

Abdul Halim & Iza Azmin

Isu Membasmi Kemiskinan – Antara Sahih Dan Munkar (Apakah Masalah Haqiqatnya)

Bahagian 2

Sistem Ekonomi Kufar

Sistem ekonomi yang kita amalkan sekarang ini adalah merupakan sistem kapitalis; mahu tidak mahu sebagai seorang muslim kita harus mengakui bahawa ini adalah sistem kafir yang semestinya tidak menepati acuan Deen-ul-Islam. Sekiranya kita muhasabah diri dan menginsafi serta mengakui hakikat ini, maka sudah pastinya kita harus menolak sistem yang digunapakai sekarang ini. Kerana, setuju ataupun tidak, disebabkan sistem yang kita amalkan inilah maka segala masaalah yang kian mencengkam masyarakat berlaku. Sebagai contoh, masalah graduan menganggur, harga barangan naik saban tahun, kadar kemiskinan bertambah, masalah sosial samada di kalangan remaja maupun tua kian meningkat, keruntuhan institusi keluarga yang membahayakan, kegiatan maksiat dan jenayah yang berleluasa, isu najis dadah yang tidak pernah selesai, bangsa homoseksual yang makin bertambah ramai, penindasan, penganiayan dan peperangan di sana-sini, dan bermacam-macam lagi.

Apakah sistem ekonomi yang kita amalkan sekarang ini? Ianya adalah merupakan sistem yang berteraskan kapitalis (modal), di mana modal adalah bersumberkan matawang fiat (matawang kertas yang tidak bersandarkan kepada apa-apa nilai di belakangnya), dengan lain perkataan, duit yang kita gunakan sekarang ini adalah duit yang tidak ada nilai di belakangnya, ianya tidak ada emas sebagai sandaran, sebagaimana yang ramai di antara kita ingatkan bahawa matawang ini nilainya adalah daripada sandaran emas di belakangnya, sebenarnya tidak lagi.

Duit sekarang sudah tidak ada sandaran emas sejak dari tahun 1971 lagi. Nilainya diapungkan berdasarkan kepada penawaran dan permintaan. Jika banyak permintaan kepada duit itu maka tinggilah nilainya, tetapi jika kurang permintaannya maka turunlah nilainya. Namun semenjak tahun 1971, duit kita tidak pernah lagi meningkat nilainya, malah asyik sahaja menurun nilainya, sebab itu sekeping roti canai yang dahulunya berharga 10 sen pada tahun 1970’an sudah menjadi 70 sen sekarang ini. Ianya disebabkan oleh matawang kita turun nilainya. Inilah yang dimaksudkan dengan duit RIBA. Duit sekarang ini berunsurkan penindasan. Roti canai pada tahun 1970’an sama rupa, bentuknya dengan roti canai tahun 2006, malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dari segi kualiti, roti canai tahun 1970’an adalah lebih baik kualitinya daripada roti canai tahun 2006, tetapi kenapa harga yang berbeza? Persoalan inilah sekiranya diajukan kepada kononya pakar ekonomi masa kini akan mengatakan “oh...ini adalah faktor inflasi dan faktor masa yang telah berubah”. Jelas sekali ini adalah jawapan daripada mereka yang jahil ilmu hakiki.

Ramai yang kononnya ahli ekonomi dunia kini membuat kajian dan analisa tanpa aqal yang sempurna malah lebih kepada memenuhi nafsu perut yang bermaharajalela. Maka matanya yang dikurniakan Allah SWT tidak digunakan untuk melihat, telinga tidak digunakan untuk mendengar, hati menjadi mati. Isu sebenarnya adalah DUIT. Matawang yang kita gunakan sekarang ini yang kita kenali sebagai ringgit, rupiah, yen, baht, usd, euro adalah matawang RIBA. Nilainya berubah-ubah, tidak menentu, penambahan bilangannya dapat dibuat dengan hanya mencetak. Apakah sukar bagi sesebuah negara untuk menambahkan duit mereka? Tentu sekali dengan sistem ini, ianya tidak sukar, senang saja, cuma cetak dan edarkan. Inikah bentuk matawang yang seharusnya kita gunakan sebagai alat pembayaran?

Duit masa kini BUKAN wang. Duit seharusnya:

(1) memiliki nilai tersendiri seperti emas, perak, kurma, gandum, barli, garam dan lain-lain barangan komoditi yang memiliki nilai,

(2) nilainya tidak berubah berdasarkan masa, sebagai contoh, nilai 1 gram emas tetap sama daripada zaman dahulu sehingga sekarang sebab 1 gram emas dahulu dengan 1 gram emas sekarang adalah sama. Sebagai contoh, 1 keping dirham wang perak murni seberat 3.00 gram dapat membeli 1 ekor ayam di zaman RasulAllah SAW, sekarang ini setelah lebih dari 1400 tahun kemudian 1 ekor ayam masih boleh dibeli dengan 1 keping wang dirham perak murni seberat 3.00 gram. Logiknya adalah kerana ayam dan wang perak itu tidak pernah berbeza di zaman 1400 tahun dahulu maupun sekarang. Cuba bandingkan fenomena ini dengan harga ayam 10 tahun dahulu dengan sekarang. Jauh sekali bezanya. Ini adalah disebabkan duit yang kita gunakan sekarang ini adalah duit Riba sedangkan dahulu manusia mengunakan matawang sebenar.

(3) diterima oleh segenap lapisan manusia. Cuba kita ambil sekeping wang RM100 dan kita koyakkan kepada 10 cebisan kecil dan kemudian kita campakkan di udara di kota London, agaknya akan adakah manusia yang berebut-rebut mengejar cebisan wang itu untuk dicantumkan supaya mereka miliki wang RM100 tadi? Berbanding dengan jika kita pecahkan sekeping wang dinar emas murni kepada 10 keping dan kita lakukan aksi yang sama seperti yang kita lakukan kepada wang RM100 tadi. Dengan yakin, Insya’Allah ramai yang akan berebut untuk mengambil sekeping dari pecahan wang dinar emas murni tadi kerana biarpun sekeping kecil dari 1 keping wang dinar emas murni tetapi sekeping kecil ini adalah emas, dan semua manusia menilai emas sebagai berharga.

Allah SWT telah nyatakan hal ini di dalam Al-Quran tanpa ragu lagi. Cuba kita bawa wang ringgit untuk digunakan di negara China, sudah tentu wang itu tidak dapat digunakan di sana sebaliknya kita perlu menukarkan wang tersebut kepada matawang Yuan dan barulah kita dapat membeli apa-apa di negara China. Tetapi sekiranya kita bawa wang emas ke negara China ataupun ke mana negara di dunia ini sekali pun, Insya’Allah kita tidak akan ditolak, pembelian kita dengan mengunakan pembayaran wang emas akan diterima oleh penjual dengan rasa riang dan gembira.

Dengan berlandaskan matawang Riba inilah sistem ekonomi sekarang ini berjalan. Bagi menjayakan sistem ini, ekonomi secara kredit (hutang) perlu diperhebatkan. Maka diwujudkan sistem perbankan bagi melaksanakan hasrat dajal mereka ini. Namun yang menyedihkan timbullah pulak pihak yang kononnya sebagai pakar fiqh Islam yang membenarkan pengwujudan “sistem perbankan Islam”, di mana yang asalnya haram dihalalkan. RasulAllah SAW ada bersabda di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa “akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba.” Lalu ada yang bertanya, “Apakah semua manusia wahai Rasulullah?” Sabdanya, “Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya.” Zaman yang RasulAllah SAW maksudkan ini adalah di zaman kita sekarang ini, walaupun kita cuba untuk tidak menggunakan sistem perbankan sekarang ini tetapi kita masih menggunakan matawang riba yang cukup menindas ini. Firman Allah SWt di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang di antara maksudnya “jika kamu terus mengamalkan riba, maka tunggulah bahawa Allah dan para Rasulnya akan datang memerangi kamu.”

Masalah riba ini masih dipandang ringan oleh masyarakat kerana rata-rata masyarakat Islam jahil akan pengertiannya, sedangkan, Abdullah ibn Handullah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali.” Dan manakala Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275, yang di antara maksudnya, “Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantang penyakit jiwa”. Maka tidak hairanlah kenapa di zaman ini kita lihat terlalu banyak sangat penyakit sosial dan keruntuhan akhlak berlaku. Mungkin juga ini adalah faktur yang membuatkan doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT kerana kehidupan harian kita bergelumang dengan dosa hanya dengan amalan ekonomi yang kita gunakan hari ini. Inilah juga yang menjadi jawapan kepada kenapa umat Islam boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa zionis di masa kini. Kita terlalu jahil sehinggakan amalan ibadah kita yang kita sangkakan suci telah dicemari dengan amalan riba. Kita tunaikan zakat dengan nawaitu untuk mensucikan harta kita dan juga menunaikan tanggungjawab di dalam rukum Islam, dan dengan harapan zakat tadi dapat memakmurkan ekonomi ummah Islam tetapi digelakkan sahaja oleh pihak zionis kerana mereka telah dapat mencemarkan ibadah kita apabila kita menggunakan matawang ciptaan mereka ini.

Sistem eknomi yang kita amalkan sekarang ini adalah merupakan agenda Dajal untuk menakluki dunia, ianya dilakukan dengan cara terperinci serta senyap dan licin, dan sudah berjalan selama lebih dari 200 tahun. Sebagai muslim kita tidak boleh lari dari mengakui bahawa sebelum Dajal dibunuh oleh Nabi Isa A.S, Dajjal akan memerintah dunia ini, inilah zaman Dajjal, janganlah kita hanya menanti kehadiran Nabi Isa A.S tanpa kita melakukan apa-apa dan hidup dengan bergelumang dosa. Marilah kita bersatu sebagai suatu ummah dan menolak sistem ekonomi kufar ini dan mengantikan dengan sistem ekonomi Islam yang hakiki. Selagi kita terus mengunakan matawang sekarang ini dan mendokong sistem perbankan sekarang ini (tidak kira samada perbankan Islam ataupun konvensional), kitalah yang bertangugnjawab kepada pembunuhan, penindasan dan kekejaman pihak musuh kita kaum kafir musrikin ini keatas saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Isu membasmi kemiskinan ini tidak akan selesai selagi kita menggunakan matawang kufar ini. Matlamat pemimpin untuk membasmi kemiskinan akan tinggal sebagai angan-angan kosong semata. Islam telah menunjukkan kepada dunia bagaimana sesuatu ekonomi itu harus dilaksanakan sehinggakan di satu ketika tidak ada seorang miskin pun yang ada untuk menerima wang zakat. Matawang dinar emas murni dan dirham perak telah digunakan sebagai alat penukaran barangan dan perkhidmatan di masa itu. Wang dinar emas murni adalah matawang sunnah RasulAllah SAW. Tidak ada siapa pun yang harus mempertikaikan soal sunnah RasulAllah SAW. Oleh yang demikian menjadi satu jihad bagi setiap individu Muslim memartabatkan kembali sistem ekonomi Islam bersandarkan wang dinar emas murni dan menolak matawang Riba yang serba serbi menindas ini.

Hukum memakan babi itu haram, oleh itu walau macamana sekali pun kita cuba mencantikkan babi itu dengan memakaikannya jubah hijau, memakaikan celak Mekah, memakaikan janggut, memakaikan minyak wangi kepada babi tersebut dan kemudian kita sembelih mengikut prosedur syariah, babi itu tetap haram untuk dimakan kecuali darurah. Maka begitulah juga kepada matawang sekarang ini, duit RM ini duit Riba, maka haram hukumnya, biarlah berpuluh-puluh fatwa dikeluarkan untuk cuba menghalalkannya ianya tetap haram. Dunia sekarang ini telah dicemari dengan benih yang kotor, maka walau macamana cantik sekali pun kita lihat dunia ini ianya tetap dari benih yang kotor. Kita harus bersedia menerima hakikat ini biarpun pahit mana sekali pun.
Pohon rendang yang kita sedang berehat dibawahnya ini sambil menikmati buah-buahnya yang masak ranum adalah daripada benih yang haram, kita terpaksa menebang pokok yang menjadi tempat teduhan kita selama ini dan berjihad mencari dan menegakkan kebenaran. Insya’Allah apabila kebenaran ditegakkan, yang batil itu akan musnah dengan sendirinya, Insya’Allah, Ameen Ya-Rabbal-Alameen.

(Insya’Allah akan bersambung di siri berikutnya)

Mohamed Hussain
26 Ramadhan 1427 Hijrah (5.20 p.m)

Isu Membasmi Kemiskinan – Antara Sahih Dan Munkar (Apakah Masalah Haqiqatnya)

Bahagian 1

Cetusan isi hati setiap pemimpin yang silih berganti tidak dapat tidak akan membangkitkan isu pembasmian kemiskinan. Namun setiap ide yang dikeluarkan hanya mampu mengatasi masalah kemiskinan ini untuk satu jangka masa yang pendek sahaja, dan kemudian masalah yang lain pula timbul hasil dari pelaksanaan ide yang pada mulanya disangkakan bernas tadi, di mana akhirnya isu utama yang cuba diselesaikan makin menjadi rumit dan terus-terusan menjadi phobia di kalangan mereka yang bergelar pemimpin. Selagi masalah ini masih di takuk lama, selagi itulah ia akan terus menghantui pemikiran pemimpin untuk mencari jalan penyelesaian.

Mengikut carta statistik menunjukkan rata-rata kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu yang pada zaman 70’an dulu melebihi kadar 50% telah dapat diturunkan sehingga ke paras bawah 5% sekarang. Sekiranya benar ukuran yang digunakan dan sekiranya cuma sekadar 5% kenapa masalah kemiskinan ini masih menjadi agenda utama pucuk kepimpinan? Nyatalah sebenarnya ukuran statistik yang dipamerkan tidak menunjukkan fakta yang sebenar.

Kayu pengukur kadar kemiskinan yang digunakan sudah tidak sesuai lagi untuk digunapakai bagi mengukur kadar kemiskinan zaman ini. Kalau dahulu kita sering mengkaitkan kemiskinan dengan masyarakat luar bandar, tapi sekarang isu kemiskinan ini lebih berat kepada masyarakat bandar. Masyarakat luar bandar yang dirundung kemiskinan masih boleh mengalas perut dengan makan ubi rebus, tetapi masyarakat bandar yang dirundung kemiskinan perlu mendapatkan hasil belas insan lain atau tidak maka terpaksa berlapar ditengah-tengah kota yang mana makanan boleh dikatakan melimpah ruah diseluruh pelusuk tempat. Apa maknanya semua ini? Oleh yang demikian maka sudah pasti ada yang tidak kena dengan cara kita mengatasi masalah kemiskinan ini.

Kalau di satu masa dahulu di zaman keagungan empayar Islam yang dipimpin oleh Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz, tidak terdapat seorang pun yang memerlukan wang zakat, kenapa contoh yang sama tidak dapat kita lakukan di zaman ini? Tentunya masih ada lagi yang kita tidak faham sehinggakan setiap langkah penyelesaian kita adalah merupakan masalah baru yang kita cetuskan kemudian. Ada tak kita terfikir jika cara kita melaksanakan urusan harian kita ini sahih semestinya hasilnya juga sahih; tetapi kenapa sebaliknya yang berlaku; “hasil yang disangkakan sahih sebaliknya menghasilkan lebih banyak kemungkaran”. Hakikat yang harus kita terima ialah jangan cuba menegakkan benang yang basah, biar pahit mana sekali pun.

Kalau di zaman dahulu mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin adalah mereka yang kurang upaya, janda maupun ibu tunggal yang mempunyai anak kecil yang perlu dijaga dan orang tua yang uzur yang tidak mampu untuk bekerja, selain dari golongan ini seharusnya tidak miskin kerana mereka boleh bekerja untuk menampung diri dan juga tanggungan mereka. Apa sahaja kerja yang mereka lakukan pasti memberikan mereka pulangan yang boleh untuk mereka menanggung diri dan tanggungan mereka, sebagai contoh mencari kayu api di hutan ataupun mengail ikan di sungai dan lain-lain. Mereka yang malas bekerja sahaja yang akan menjadi “miskin” kerana tabiat buruk (malas) mereka sendiri. Namun di zaman yang kononnya digembar-gemburkan sebagai zaman serba moden ini, mereka yang miskin ini bukanlah di kalangan mereka yang malas bekerja, malah mereka ini adalah di kalangan yang ter-rajin sekali, sebagai contoh penoreh getah, pemandu teksi, nelayan, pekerja kilang, pekebun dan petani, buruh kasar membina rumah dan banyak lagi. Cuba bilang masa yang mereka habiskan dalam sehari untuk bekerja, tetapi pulangan yang mereka dapat mengkategorikan mereka di kalangan orang miskin.

Lebih teruk lagi bila di zaman ini ada satu klasifikasi ekonomi yang dipanggil kadar pengangguran. Di mana kadar pengangguran ini bermakna terdapat sebilangan masyarakat yang sedang mencari pekerjaan tetapi tiada pekerjaan yang dapat diuntukkan kepada mereka. Di mana logiknya kadar pengangguran ini? Apakah mereka yang sedang mencari pekerjaan dan tidak mendapat pekerjaan ini yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai mereka yang menganggur ini tidak boleh bekerja? Sudah tentu mereka ini boleh bekerja, tetapi kenapa sistem ini menghalang mereka dari bekerja?

Apakah menjadi tangungjawab masyarakat ataupun kerajaan samada awam maupun swasta memberikan pekerjaan, maka bilamana pekerjaan tidak ada maka kerajaan harus dipersalahkan? Bukankah setiap kita ini seharusnya diberikan kebebasan untuk bekerja bagi menyara hidup kita dan tanggungan kita, dan bukannya tertakluk kepada jumlah pekerjaan yang disediakan oleh pihak pemerintah. Seharusnya tidak ada istilah pengangguran kerana rakyat sepatutnya bebas untuk melakukan apa sahaja yang berlandaskan undang-undang untuk mencari rezeki.

Bayangkan jika tidak ada petani yang sanggup menanam pisang kerana hasil jualannya yang tidak setimpal itu, maka dapatkah seorang pegawai yang bekerja di institusi kewangan dapat menikmati kesedapan sebiji pisang. Bagaimanakah untuk seorang nelayan tidak mengeluh dengan usahanya; hasil usahanya yang bertarung dengan nyawa di lautan bergelora, asyik sahaja menurun nilainya. Tahun demi tahun walaupun hasil tangkapannya di lipat kali gandakan tetapi imbuhan yang diterima masih juga tidak setimpal dengan usahanya. Sebagai contoh yang mudah, katakan pada hari ini seorang nelayan menangkap seekor ikan siakap dan dijualnya dipasar dan dia dapat 10 ringgit untuknya, maka dibelinya 5 tin susu untuk kegunaan isi rumahnya, namun pada tahun hadapan nelayan ini telah pergi mengail dan mendapat ikan siakap yang lebih besar daripada tangkapan yang lalu, maka bila dijualnya di pasar dia mendapat 11 ringgit, tetapi apabila dia ingin mendapatkan 5 tin susu, pekedai menyatakan duitnya hanya cukup untuk membeli 4 tin susu. Maka tersentak si nelayan mengenangkan nasibnya, lantas tercetus dimindanya - dimana adilnya?

Mungkin ada di kalangan kita yang mengatakan, inilah yang dinamakan inflasi. Tetapi, yang sebenarnya faktor inflasi adalah cuma satu jawapan kepada mereka yang malas untuk berfikir. Apakah dengan meletakkan alasan ketidakadilan tadi adalah kerana faktor inflasi maka ketidak adilan yang berlaku dapat dihalalkan? Bukankah dengan mendefinisikan inflasi seperti itu membenarkan kita menyatakan bahawa inflasi itu adalah suatu yang mungkar. Kenapa tidak dikaji apakah sebenarnya yang dikatakan inflasi itu dan adakah ianya wujud sejak dari dahulu kala lagi, dan apakah sebenarnya yang menyebabkan inflasi?

Nampaknya isu membasmi kemiskinan ini bukanlah hanya sekadar membantu mereka yang miskin itu untuk keluar dari kategori miskin malah ianya adalah lebih rumit daripada itu. Setakat ini kita dapat merumuskan bahawa terdapat kepincangan di dalam sistem pembayaran yang kita amalkan yang menyebabkan berlaku ketidakadilan tadi. Isu pembayaran inilah yang harus kita tumpukan buat masa ini bagi menyelesaikan sebahagian daripada masalah membasmi kemiskinan. Harus diingat dalam usaha mencari jalan penyelesaian, kebenaran biarpun pahit untuk ditelan tetap perlu dibongkar dan dilaksanakan. Mintalah pedoman Allah SWT supaya dicelikkan yang mana sahih dan yang mana mungkar, Insya’Allah barulah isu membasmi kemiskinan ini dapat diselesaikan buat sekian kalinya.

Mohamed Hussain
26 Ramadhan 1427 Hijrah (5.20 p.m)

Dinar dan Dirham: Matawang Penyelamat Ummah

Pengenalan

Atas kejahilan manusia, rata-rata tidak menyedari bahawa akar umbi masalah yang dihadapi dunia kini adalah berpunca dari sistem ekonomi konvensional dan matawang fiat yang digunapakai setiap orang di dunia. Hutang yang kian bertambah, inflasi, pengangguran, kadar faedah yang tinggi, harga yang berterusan meningkat, jurang antara yang kaya dan miskin yang kian luas, keruntuhan moral di kalangan masyarakat samada muda maupun tua adalah disumbangkan secara langsung oleh sistem ekonomi yang diamalkan dunia kini yang berasaskan RIBA.

Matawang yang kita pakai kini adalah matawang yang tidak bersandarkan kepada apa-apa. Itu sebabnya kenapa kita kian hari memerlukan lebih banyak wang untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh kita cuma memerlukan sekeping duit syiling 10 sen untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak pada tahun 70’an tetapi memerlukan sepuluh keping duit syiling 10 sen untuk mendapatkan nasi lemak yang sama kini. Ini adalah satu bentuk penindasan. Nilai wang jatuh mengikut masa. Kenapa? Semua matawang dunia bersandarkan kapada matawang Amerika yang semakin hari semakin jatuh nilainya kerana ia tidak disandarkan kepada apa-apa. Sejauh mana Amerika dapat menampung kedudukan ini sedangkan hutang negara mereka yang bernilai lebih dari USD8 Trillion dan meningkat setiap saat dapat bertahan? Selama mana kita dapat memberikan hutang kepada sipiutang kalau dia tidak pernah tahu hendak membayarnya?

Dalam masa yang begitu singkat kita dapat melihat kenaikan harga minyak dan emas yang begitu mendadak. Apakah sebenarnya yang meningkat? Harga emas dan minyak naik ataupun nilai matawang kita yang jatuh? Bila perkara begini terjadi, ianya akan menyebabkan kenaikan barangan dan perkhidmatan yang lain. Kenapa ianya demikian? Apakah sebab sebenarnya? Inilah apa yang masyarakat awam perlu tahu atau cari. Penyelesaian untuk semua masalah dunia ini adalah mudah, iaitu simpanlah dinar.

Introduction (English version)

A lot of people do not realize that the root caused of many of today’s problems is due to the existing economic and monetary system. The mounting debt, the inflation, the unemployment, the interest, the division between the rich and the poor and the social problems are all contributed by one main factor, i.e. the economic system. The present economic system is a system based on RIBA.

The paper money that we used is the type of money that does not have its own intrinsic value. At present all countries in the world are using and depending on this paper @ fiat money, particularly on US dollar. The question is how long can US dollar sustain itself due to the country's escalating debt by the day?

In a very short period of time, we have seen the prices of oil and gold escalates tremendously. Is it because the price of oil and gold has increased or is it due to the value of the currency that has decreased? When this situation happens, it will translate into an increment of prices of other products. Why is this happening? What are the reasons behind it? This is what the public should know or should find out. The solution for the entire problem is simple, i.e. keep or save Dinar.