Pages

Showing posts with label Dajjal. Show all posts
Showing posts with label Dajjal. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Fitnah Dajjal, Pelaburan Emas, Perosak Agama Sendiri

Assalamualaikum Para Pembaca Budiman,
MasyaAllah, sekarang ini menjadi-jadi umat Islam menipu saudara seugama. Ada yang mengajak saudara seugama untuk melabur dalam FOREX. Dikatakannya FOREX halal. Tak cukup dengan itu, apabila pelabur yang berminat mengatakan tak ada duit, agen-agen FOREX yang tidak mempedulikan halal haram ini sanggup mencarikan pinjaman untuk bakal-bakal pelabur. Bakal pelabur kah atau bakal kena lebur dineraka?

Tidak kurang juga dalam menjelajah memberi penerangan tentang Dinar Emas, ada juga pihak-pihak agen Public Gold mengambil kesempatan menjual dinar-dinar mereka diacara kami tanpa kebenaran. Dengan itu ramai yang keliru dengan mengatakan kami bersetuju dengan Public Gold.

Oleh itu disini kami terangkan secara jelas, PIHAK KAMI TIDAK BERSETUJU DENGAN DINAR PUBLIC GOLD ATAU SYARIKAT PUBLIC GOLD ITU SENDIRI, BERSERTA DENGAN AGEN-AGENNYA. KAMI TIDAK BERSETUJU MENJUAL-BELI EMAS UNTUK SPEKULASI DAN UNTUK KEUNTUNGAN SEMATA-MATA. Kami hanya menyokong Dinar Emas MUSLIM sahaja.

Maka benarlah kenyataan penyokong-penyokong Dajjal yakni, mereka tidak perlu merosakkan orang Islam, kerana orang Islam sendiri yang akan berusaha merosakkan kaum seugama.

Kita hidup dizaman Fitnah Dajjal. Bersedialah...

Saksikan produksi kedatangan Dajjal, The Arrivals. Keseluruhannya ada 48 episode, kami akan siarkan sikit demi sedikit. Sekiranya selepas ini anda tidak jumpa lagi dengan blog ini, anda tahulah kenapa.










Monday, August 16, 2010

Baca Segera!!!

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi,
Semoga anda aman tenteram menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan semoga segala amalan dan ibadah kita diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t.

Baru-baru ini kami berkenalan dengan seorang rakan baru yang menceritakan suatu rahsia yang patut diketahui semua umat Islam. Ceritanya terlalu panjang iaitu berkaitan, kehadiran Dajjal, Freemasonry, keluarga Rothschild, Protokol Zionis dan Wahyu Terakhir Nabi Muhammad (s.a.w). Sebenarnya cerita begini telah lama kami kaji dan banyak sumber mengatakan yang ianya wujud dan benar. Tetapi yang menariknya kali ini kami jumpa lagi satu website yang bersetuju dengan kajian kami. Walaupun ianya diceritakan dalam bentuk dialog, tetapi inti dan kandungannya sama. Oleh itu dibulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mendalami ugama kita sendiri, yakni ugama Islam dan apakah ancaman-ancaman yang dilakukan terhadap kita dan generasi Islam akan datang. Berwaspadalah kerana ancaman-ancaman ini dilakukan tanpa kita sedari. Bacalah cerita selanjutnya dalam Wahyu Terakhir Nabi Muhammad.

Dan dalam pada itu, anda juga disarankan membaca buku Membongkar Misteri Dajjal oleh Muhammad Nurani Maarif, dari Hijjaz Records Publishing untuk mengetahui rahsia sebenar kedatangan Dajjal. Yang menariknya buku ini mengupas kisah Dajjal seperti yang berlaku dizaman kita ini. Sebagai contoh, apakah kaitan cerita wayang Lord of the Ring, The Transformer dan The Legend dengan kedatangan Dajjal? Apakah yang dibayangkan dalam cerita King Kong? Kenapakah wajah superhero seperti Spiderman, Batman, Superman dan superhero-superhero lain seakan sama? Apakah persamaan identiti dalam semua watak superhero-superhero ini? Apakah kaitan dan persamaan antara semua ancient civilization seperti Great Wall of China, Pyramid, Stonehenge, Piramid Mayan dan patung-patung tentera China di daerah Xian, China? Siapakah sebenarnya Merlin dan apakah sebenarnya UFO? Adakah Dajjal separuh Jin dan separuh manusia? Siapakah Dajjal yang sebenarnya? Bagaimana Dajjal boleh hidup beribu-ribu tahun? Ketahuilah semua rahsia-rahsia ini untuk manafaat anda dan keluarga yang anda sayangi.

Kami menyarankan anda membaca buku ini kerana berbanding lain-lain buku, buku ini ditulis dengan kajian yang menyeluruh. Harga buku tersebut ialah RM37.90 dan boleh didapati di MPH. Sekiranya buku tersebut tidak ada di Kedai buku MPH berdekatan tempat anda, anda boleh minta Kedai buku MPH untuk order dari kedai MPH lain yang mempunyai stok. Diharapkan anda dapat membaca bahan-bahan ini segera dan mendapat manafaat daripadanya. Amin.

BUKU MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL OLEH MUHAMAD NURANI MAARIF
RM37.90 DI KEDAI BUKU MPH