Assalamualaikum, Orang ramai dijemput hadir ke Wacana Ilmu bertajuk: Malapetaka Ekonomi Global 2012 pada hari Ahad, 8hb Mei, 2011, bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka dari pukul 8.30 pagi -1.00 tengahari. Seminar akan disampaikan oleh Saudara Abdul Halim bin Abdul Hamid dari MMU Melaka. Diharap semua dapat hadir bersama keluarga dan rakan-rakan.
Alhamdulillah acara 'The Golden Revolution 2010' pada 3-4 April, 2010 berjalan dengan lancar. Melalui acara sebegini, kami dapat menyebarkan maklumat mengenai penggunaan Dinar dan Dirham. InsyaAllah, semakin ramai orang mulai memahami kenapa kita perlu kembali kepada wang berbentuk Dinar dan Dirham. Dan pada hari itu juga, ramai pengunjung-pengunjung mengambil kesempatan membeli Dinar.
Terimakasih tidak terhingga kami ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang memberikan sokongan dan juga kepada pelajar-pelajar Islamic Banking and Finance dari Multimedia University atas usaha murni ini. Tidak ketinggalan jutaan terimakasih kepada wakil-wakil dari Golden Trapezium, Jentayu Emas, Putradinar dan Scogold yang telah sama-sama menjayakan acara ini. Semoga Allah memberkati usaha kita ini.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar acara 'The Golden Revolution 2010'.
The Golden Revolution 2010 3-4 April 2010 Dataran Pahlawan Melaka Malaysia
Saudari Aida dari Jentayu Emas di booth Jentayu Emas
Saudara Nizam, Ahmad Rifaie dan Saudari Aida dari Team Jentayu Emas
Peminat-peminat Dinar Emas
Saudara Zufi dan Team Golden Trapezium
Saudara Hafiz dan Team Golden Trapezium
Direktor Program 'The Golden Revolution 2010', Abdalla Mohamed Abdi dan Puan Iza
Pameran-pameran mengenai Dinar, Dirham dan Keadaan Ekonomi Semasa
Rangkaian Dinar Emas 999 Logam Mulia
Wakil-wakil dari Putradinar, Golden Trapezium, Scogold dan Jentayu Emas memberi penerangan tentang Dinar Emas, Dirham dan Perniagaan Emas
Penerangan dari Saudara Zufi, Golden Trapezium
Penerangan dari Saudara Nizam, Jentayu Emas
Penerangan dari Saudara Faizal, Southern Community Gold
InsyaAllah pada bulan April nanti akan berlangsung 2 acara serentak di Malaysia dan Indonesia bagi mempromosi penggunaan Dinar Emas.
Bagi anda yang berada di Malaysia, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke acara kami di Melaka manakala bagi anda yang berada di Indonesia, acara tersebut akan berlangsung di Jakarta, Indonesia. Kami mengalu-alukan kedatangan anda di kedua-dua acara ini kerana anda akan dapat mengetahui kenapa pentingnya kita menyimpan dan menggunakan Dinar Emas. Disamping itu, anda akan dapat mengenali dengan lebih rapat wakil-wakil dari TheGoldDinar Blogspot, Golden Trapezium, Jentayuemas Trading, Putradinar dan Scogold.
Selain dari itu, terdapat juga pameran-pameran berkenaan emas dan Dinar Emas untuk anda lawati sambil menimba ilmu. Anda juga berpeluang membeli Dinar Emas atau emas terus disitu. Diharapkan anda dan keluarga dapat meluangkan masa bersama kami.
Segala perincian acara adalah seperti di bawah:
MELAKA – MALAYSIA
TEMA ACARA: THE GOLDEN REVOLUTION
TARIKH: 3-4 APRIL, 2010
TEMPAT: DATARAN PAHLAWAN, BANDAR MELAKA (GROUND FLOOR)
ACARA:
3 April 2010, Sabtu
11.00 am: Acara Bermula
11.30 am: “The Golden Revolution 2010” video montage
2.30 pm: Exhibition Tour
3.00 pm: Golden Revolution – Forum 1
By:
1. Mr. Nizam Shaidon, the Managing Director of Jentayu Emas
2. Mr. Zufi Hassan, the CEO of Golden Trapezium
4.10 pm: Golden Revolution – Video
4.30 pm: Golden Revolution – Forum 2
By:
1. Mr. Syed Faizal, the President of Southern Community Gold
2. Mr. Adam Shariff, the CEO of Putradinar Sdn. Bhd.
8.00 pm: Golden Revolution – Drama
4 April 2010, Ahad
11.00 am: Opening Exhibition for all visitors
1.00 pm: Coloring Contest Registration for Children age 4 – 6 years old
1.30 pm: Coloring Contest Begin
5.00 pm: “The Golden Revolution 2010” Closing Video
PEMBICARA:
1. Prof. Madya Zakariya Man (Deputy Rektor INSANIAH Malaysia)
2. Dr. Syafii Antonio, MEc (Komisaris Utama Batasa Tazkia Indonesia)*
3. Abdul Halim Abdul Hamid (Praktisi Ekonomi Syariah Malaysia)
– Wakil dari TheGoldDinar Blogspot 4. Ir. Muhaimin Iqbal (Presiden Gerai Dinar)
5. Sony Abdurahman, MBA (Ketua Umum Koperasi Dinarku)
6. Drs. Yakhsyallah Mansur, M.A. (Kajur. KPI STAI Al Fatah)
7. Ir. H. Adiwarman A. Karim, SE., MBA., MAEP.*
ACARA INI DISELENGGARAKAN OLEH INTERNATIONAL SEMINAR OF ECONOMY SHARIA COMMITTEE (ISEC) JAKARTA
Diharapkan anda dan keluarga dapat meluangkan masa menimba ilmu tentang Dinar Emas bersama kami. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran anda disana.
Founder of Modern Days Gold Dinar: Brother Umar Vadillo
Orang Lama Perjuangan Dinar Emas: Brother Abdul Halim
Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kami ucapkan kepada pembaca-pembaca setia blog ini, sekaligus memohon maaf kerana tidak dapat menghasilkan bahan bacaan ilmiah sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.
Setelah menghadiri Seminar SEDINAR 2009 yang berlansung di ILIM dibulan Ramadhan yang lepas, kami berasa agak terkeliru dengan perkembangan semasa Dinar. Antara isu yang menjadi persoalan besar kini, adalah seperti tajuk diatas “Adakah Perjuangan Dinar, Perjuangan Bukan Muslim?”. Terdapat berbagai reaksi hasil dari SEDINAR 2009, dan yang paling ketara ialah dimana salah satu pembentang kertas kerjanya seorang yang bukan Islam. Tidak dapat disangkal ada sesetengah bukan Islam (non-Muslim) yang lebih arif dengan permasaalahan dalam Islam, seperti contoh, bangsa Yahudi sendiri pun lebih arif tentang Al-Quran dari orang Islam sendiri. Malahan mereka sanggup berbelanja berjuta Ringgit untuk mengkaji Al-Quran.
Tetapi patutkah kita yang memanggil diri kita Islam membiarkan bukan Islam lebih mahir tentang ugama kita? Dimanakah letaknya maruah kita? Tidakkah kita malu, seorang yang bukan Islam menyuruh kita memperbetulkan muamalat kita sedangkan yang bercakap itu sendiri tidak faham muamalat Islam? Seperti contoh, dia memberitahu kita supaya menggunakan Dinar, tetapi dalam masa yang sama membenarkan beli balik Dinar (buyback Dinar). Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini. Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual. Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan "betting” atau "speculate" yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan 'speculating' menyamai perjudian? Perlu diingatkan terdapat satu gari halus yang membezakan pelaburan dan perjudian. Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram. Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar? Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.
Bangunlah sahabat-sahabat sekelian, kita tidak perlu non-Muslim memberitahu kita apa yang benar dan apa yang patut dibuat. Dalam Al-Quran sudah mencatatkan segala-gala yang kita hendak tahu. Bacalah dan minta petunjuk Allah, bukan petunjuk non-Muslim. Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?
Janganlah kerana RM, kita lalai dan terlupa tanggungjawab kita sesama Islam, kerana sesungguhnya, seorang Islam itu dengan seorang Islam yang lain adalah bersaudara, seperti sabda Rasulullullah (salallahualaihiwassalam) dalam khutbahnya yang terakhir. Mahukah kita mengambil seorang non-Muslim sebagai saudara kita? Bolehkah kita percaya ketulusan dan keikhlasan mereka dalam membantu Umat Islam? Rasulullah (salallahualaihiwassalam) pernah cuba membuat perjanjian dengan non-Muslim tetapi dikecewakan oleh mereka. Bacalah kisah perperangan Uhud dimana Umat Islam dikalahkan oleh salah satu sebabnya, bangsa Yahudi yang membuat perjanjian dengan Rasulullah (salallahualaihiwassalam) berpaling tadah dengan beliau dan membantu bangsanya sendiri. Sejarah menunjukkan Umat Islam hancur dan kalah kerana bersekongkol dengan non-Muslim dan hipokrisi Umat Islam itu sendiri. Di penghujung hari, sekiranya diminta mereka memilih antara kita atau saudara mereka, mereka tentunya akan memilih saudara mereka.
Kita selalu mendengar ramai Muslim menolak barangan atau servis dari Muslim kerana kononnya tidak berkualiti, lambat, tidak menguntungkan dan bermacam-macam kekurangan. Tetapi ketahuilah, kekurangan ini semua hanya dimata kita. Tetapi tidak bagi Allah. Cuba kita fikirkan sejenak, adakah Allah dan Rasulullah (salallahualaihiwassalam ) lebihsuka kita membantu non-Muslim atau sesama Muslim? Tidak kira apa masalah atau kekurangan semasa berurusan dengan Muslim, kita akan mendapat ganjaran pahala. Tentunya Allah akan lebih gembira dengan kita kerana kita membantu hambaNya, yang percaya akanNya dan yang menyembahNya, bukan yang lain. Kesabaran kita berurusan dengan Muslim juga akan mendapat ganjaran pahala kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Oleh itu sahabat-sahabat sekelian, cubalah renungkan muhasabah diri kami di sepanjang bulan Ramadhan dan kini Syawal seperti yang diatas. Dan bantulah kami membantu Muslim.
Berikut adalah keluhan hati rakan seperjuangan kami yang ‘struggling’ dalam bidang perniagaan yang kami mahu kongsi bersama anda. Sekali lagi, tidak kira apa bangsa dan warna kulit sekalipun, selagi kita seorang Muslim, kita adalah bersaudara. Hayatilah penulisan saudara kita ini:
The Rights wrote:
Assalammualaikum WBKT,
Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua Ahli-Ahli Usahawan The RIGHTS diseluruh negara.Mungkin agak terlambat untuk mengucapkan salam RAMADHAN namun saya percaya bahawa kita semua sedang berusaha memenuhi tuntutan Allah ini.
Dan tidak lama lagi kita akan pula menyambut Syawal, menyambut kemenangan melawan nafsu selama sebulan dan diharap selepas itu, kita akan terus melawan nafsu nafsi kita bagi bulan-bulan seterusnya.
Banyak perkara telah dilalui The RIGHTS di sepanjang beberapa bulan ini, kekadang membuat saya hampir HILANG KEYAKINAN dan PATAH SEMANGAT terhadap apa yang sedang saya lakukan ini.Pelbagai masalah bukan sahaja dengan The RIGHTS tetapi dengan sebahagian kecil daripada kita yang telah mencemarkan The RIGHTS dengan pelbagai isu sehingga saya terpaksa melakukan beberapa rombakan terhadap organisasi The RIGHTS.
Namun tidak kurang juga kejayaan yang dapat diraih oleh The RIGHTS, terutama The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad, RightShoppe International Berhad (Johor), RightShoppe (Putrajaya) Berhad dan beberapa lagi.
Pun begitu beberapa peluang perniagaan lain juga diperolehi seperti mengedar pakaian seragam sekolah, lesen memborong gula, penghasilan produk halal, pembangunan The RIGHTS Mall di Kelantan dan Selangor dan lain-lain.
The RIGHTS juga telah dikunjungi oleh beberapa organisasi swasta dan kerajaan untuk melihat projek dan model perniagaan yang sedang dilakukan oleh The RIGHTS untuk kepentingan ahli-ahlinya.
Berbalik HILANG KEYAKINAN dan PATAH SEMANGAT, saya telah dihadiahkan sebuah buku Motivasi Ummah bertajuk "BERANI" yang ditulis oleh Sheikh Paiman Salleh.Buku yang ditulis beliau sangat bersahaja dan mudah difahami namun kata-kata beliau sungguh memberikan semangat kembali kepada saya untuk terus berjuang dengan lebih gigih dan bersemangat, antara yang di tulis "OIC yang ditubuhkan sebagai badan dunia Islam untuk membantu; pun tidak melakukan apa-apa.Malahan mereka telah menjadi 'Badan Antarabangsa Paling Dayus' abad ini dan terus bercakaran sesama sendiri.
Sengatnya telah pupus dan taringnya telah patah.Mereka telah menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan menunggu untuk disembelih.Pemimpin masing-masing nak jadi ayam jaguh dunia Islam.Tetapi apabila musang menghampiri, semua cabut lari dan tidak berani berkokok lagi.
Ada juga pemimpin dikalangan mereka yang bersungguh untuk melakukan sesuatu, tetapi ada pula yang lain menekan dan memulas.Saya mengesyorkan OIC, iaitu Organisation of Islamic Community ditukar sahaja namanya kepada 'Organisation of I Community'.Ini kerana nampaknya masing-masing mementingkan I (saya) daripada semangat kekitaan Islam.
Oleh kerana mementingkan diri sendiri semata-mata mereka sanggup berkomplot dengan musuh untuk membunuh saudara sendiri. Ini jelas terbukti tatkala berlakunya Peperangan Teluk beberapa tahun yang lalu.
Begitu juga PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu wajar ditukar kepada 'Pertubuhan Berbalah dan Bagi! Pertubuhan si luncai ini akan bersatu di kalangan yang sama fahaman untuk mencetuskan penjajahan atau berpura berbalah sesama mereka, menjajah dan membahagi-bahagikan apa yang dapat dirampas di antara mereka.Ini jelas terbukti sepanjang ia ditubuhkan.
Tak perlulah saya perpanjangkan permasalahan ini; nanti ada yang termuntah kerana jelak mendengar cerita yang sama setiap hari.
Lagipun saya ini bukanlah pandai sangat tentang dunia politik.Apa lagi persoalan antarabangsa.Saya sekadar ingan melepaskan secebis apa yang terbuku di dalam hati untuk renungan kita bersama sekali lagi.Semoga kita tidak akan terus menerus menjadi mangsa penipuan percaturan dunia di rumah putih atau rumah merah yang boleh memesongkan kita dan anak cucu kita.
Saya merasa sangat yakin bahawa, telah sampai masanya kita mengkaji semula dasar dalam dan luar negeri kita.Sama ada akan terus menyertai gabungan-gabungan antarabangsa yang sudah menjadi 'gila' atau 'gila-gila' dan telah hilang pedoman kemanusiaan.Kita wajar mengkaji semula sistem kehidupan kita sendiri dan tidak terus mengikut sistem barat atau timur yang telah jelas membuktikan kepincangan yang merugikan.
Kita telah ada sistem yang TERBAIK yang wajib kita imani dan amalkan.Biarlah kita dibenci, tetapi berindentiti. Biarlah kita dicaci, asalkan berjiwa murni.Biarkan kita dimarah, asalkan kita bermaruah.Walaupun kita dicap sebagai kuasa kecil, tetapi kecil-kecilan cili api dan kecil sebagai sang kancil yang cerdik bukan lembu gemuk yang tongong.
Biar mereka kata, mereka kuasa besar, tetapi Allah Maha Besar adalah KUASA PALING BESAR; bukan mereka yang besar. Biar kalah bertarung tetapi tidak mengalah dikalung.Itulah umat dan bangsa yang gagah.Ingat pada pesanan junjungan BESAR Nabi Muhamad SAW, bahawa jika Allah mahu tolong kita, tidak ada kuasa yang boleh mengekang, walaupun semua manusia dan jin diseluruh dunia ini bergabung tenaga.
Semua ini hanya akan kita capai sekiranya kita menjadikan diri sebagai umat Islam yang BERANI.Kita tidak takut pada kehilangan harta atau nyawa bagi mempertahankan maruah Islam yang sedang dicemar di seluruh pelusuk dunia.Ada yang mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku adalah Islam sedang diuji.Saya berkata dengan tegas, jelas dan keyakinan yang padat lagi bulat tanpa merasa ragu atau was-was, bahawa bukan Islam yang sedang diuji.Islam yang tetap suci sepanjang zaman tak perlu diuji lagi.Yang sedang diuji bukanlah Islam, tetapi UMAT ISLAM itu sendiri.Ujiannya ialah adakah umat yang memanggil diri mereka itu sebagai Islam, benar-benar mengamalkan Islam?Adakah mereka beriman sepenuhnya kepada Islam?Adakah mereka patuh kepada perintah Allah yang menurunkan Islam?Adakah mereka mengikut ajaran Rasul yang membawa Islam?Adakah mereka mengamalkan ajaran Kitab Suci Islam?
Jika kita benar -benar mengaku Islam dan beriman kepada agama suci ini, kita tidak akan takut kepada kuasa selain Allah, walau sebesar mana sekalipun.
Jika kita benar - benar mengaku Islam kita tidak akan mengamalkan sistem hidup selain sistem Islam.
Jika kita benar- benar mengaku Islam kita tidak akan membiarkan Islam dicaci dan dihina sewenang-wenangnya.
Jika kita benar- benar mengaku Islam, kita tidak akan berbunuhan sesama Islam.Malahan kita akan bersatu padu dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk membantu saudara Islam kita dimanapun mereka berada.Tidak kira warna kulit, dalam atau luar negeri.Kita juga tidak akan berdengki sesama kita.Malahan kita akan bergembira jika saudara sendiri yang berjaya.
Dan jika kita benar-benar mengaku Islam, kita tidak akan takut kepada sesiapa atau apapun melainkan Allah.Kita akan menjadi umat paling BERANI di muka bumi ini, kita akan dihormati, disanjungi dan digeruni atau ditakuti jika perlu".
The Rights Privilege Berhad
www.rights.com.my
P/S:
Kami agak terkilan gambar-gambar dari blog ini yang disiarkan dalam Montaj SEDINAR 2009 tidak diberi kredit dengan sewajarnya. Tetapi disebabkan semangat setiakawan, kami menutup sebelah mata diatas kesilapan tersebut.
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Johor akan menganjurkan "Seminar Dinar Emas 2009: Ke arah ekonomi yang adil". Berikut adalah maklumat seminar:
Tarikh: 21 Januari 2009 Tempat: LT1 (Lecture Theater 1), UiTM Johor Masa: 8.45 malam - 11.30 malam
Penceramah: Mr. Abdul Halim Abdul Hamid Chairperson Centre for Islamisation of Business Research Multimedia University Detail tentang penceramah di sini: http://fbl.mmu.edu.my/staff_AbdHalim.html
Tajuk kertas kerja: "Armageddon of the USD and the Worlds fiat money"
Kandungan kertas kerja: -What is fiat money (Apa itu duit fiat/kertas), -The USD hegemoney (Dominasi Dolar Amerika) -Agenda behind the introduction of fiat money (Agenda di sebalik pengenalan duit fiat) -The constitution of Fed. Reserve Banking System (Penubuhan Sistem Perbankan Simpanan Pusat) -The fallacy of SRR (Statutory Reserved Requirement) and Money Multiplier (Kesalahan dalam SRR dan Pengganda Wang) -The misleading economic terms such as inflation (Penyelewengan istilah ekonomi seperti inflasi) -Who's behind the corrupted plan (Siapa dalang di belakang pelan rosak ini) - and how the dinar and dirham can help to solve the current doomed economy of the world (dan bagaimana Dinar dan Dirham boleh membantu di dalam menyelesaikan ekonomi dunia yang meleset)
Siapa patut hadir: -Pensyarah -Pelajar -Peminat dinar dan dirham
Kami mengalu-alukan kehadiran Prof Madya/Dr/Tuan/Puan ke seminar seperti tertera.
SENARAI SYARIKAT YANG TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN DARI BANK NEGARA MALAYSIA (Klik Di Bawah)
- senarai syarikat ini dikeluarkan oleh BNM sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja sebelum membuat pelaburan ke atas syarikat terbabit dan anda diminta untuk merujuk kepada BNM untuk sebarang pertanyaan.
Email kpd kami: 1) Nama penuh; 2) Handphone no.; 3) Lokasi & 4) Tajuk email: Stok Dinar
Untuk mendapatkan Fine Gold Dinar Logam Mulia hubungi:
Faizal Yomida (017 779 9677) - Johor
Adam (012 699 6111 / 013 651 6156) - Kuala Lumpur
Iza (013 630 1430) - Melaka
Pengenalan
Blog ini diwujudkan sebagai saluran menyampaikan maklumat dan panduan berkaitan dinar emas.
Kenapa perlu simpan dinar?
- Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Gaddafi Gold Dinar Story
-
Some believe it is about protecting civilians, others say it is about oil,
but some are convinced intervention in Libya is all about Gaddafi’s plan to
int...
The Gold Dinar Montage (2011)
-
Video montage ini merupakan sinopsis ceramah dinar & dirham yang
disampaikan oleh Sdr. Abd. Halim. Untuk penerangan lanjut, sila hubungi
www,thegolddinar...