Pages

Thursday, March 25, 2010

ACARA DINAR EMAS 3 - 4 APRIL, 2010 DI MELAKA DAN JAKARTA

Assalamualaikum Pembaca Semua,


InsyaAllah pada bulan April nanti akan berlangsung 2 acara serentak di Malaysia dan Indonesia bagi mempromosi penggunaan Dinar Emas.


Bagi anda yang berada di Malaysia, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke acara kami di Melaka manakala bagi anda yang berada di Indonesia, acara tersebut akan berlangsung di Jakarta, Indonesia. Kami mengalu-alukan kedatangan anda di kedua-dua acara ini kerana anda akan dapat mengetahui kenapa pentingnya kita menyimpan dan menggunakan Dinar Emas. Disamping itu, anda akan dapat mengenali dengan lebih rapat wakil-wakil dari TheGoldDinar Blogspot, Golden Trapezium, Jentayuemas Trading, Putradinar dan Scogold.


Selain dari itu, terdapat juga pameran-pameran berkenaan emas dan Dinar Emas untuk anda lawati sambil menimba ilmu.
Anda juga berpeluang membeli Dinar Emas atau emas terus disitu. Diharapkan anda dan keluarga dapat meluangkan masa bersama kami.


Segala perincian acara adalah seperti di bawah:


MELAKA – MALAYSIA


TEMA ACARA: THE GOLDEN REVOLUTION

TARIKH: 3-4 APRIL, 2010

TEMPAT: DATARAN PAHLAWAN, BANDAR MELAKA (GROUND FLOOR)


ACARA:
3 April 2010, Sabtu

11.00 am: Acara Bermula

11.30 am: “The Golden Revolution 2010” video montage

2.30 pm: Exhibition Tour

3.00 pm: Golden Revolution – Forum 1

By:

1. Mr. Nizam Shaidon, the Managing Director of Jentayu Emas

2. Mr. Zufi Hassan, the CEO of Golden Trapezium


4.10 pm: Golden Revolution – Video

4.30 pm: Golden Revolution – Forum 2

By:

1. Mr. Syed Faizal, the President of Southern Community Gold

2. Mr. Adam Shariff, the CEO of Putradinar Sdn. Bhd.

8.00 pm: Golden Revolution – Drama


4 April 2010, Ahad

11.00 am: Opening Exhibition for all visitors

1.00 pm: Coloring Contest Registration for Children age 4 – 6 years old

1.30 pm: Coloring Contest Begin

5.00 pm: “The Golden Revolution 2010” Closing Video

Untuk acara penuh boleh lawati Blog ini: http://thegoldenrevolution.blogspot.com/


JAKARTA – INDONESIA

TEMA ACARA: KEBANGKITAN EKONOMI SYARIAH DI TENGAH KRISIS EKONOMI GLOBAL
TARIKH: 3 APRIL, 2010

TEMPAT: Auditorium ADHIYANA Wisma Antara lt. 2, Jl. Merdeka Selatan 17 Jakarta Pusat

WAKTU: 8.30 PAGI-3.30 PTG

PENDAFTARAN: 10-28 MARET (MARCH), 2010

BIAYA: Mahasiswa/Umum : Rp. 100.000,

Institusi : Rp. 250.000,

Kontribusi Makalah dalam Prosiding : Rp. 250.000,-

FASILITAS: Ruangan Representatif, Seminar Kit, Coffee Break, Makan Siang, Makalah, Sertifikat.

HUBUNGI: Nisa (085692470492)

Hudayah (081362769777)


PEMBICARA:
1. Prof. Madya Zakariya Man (Deputy Rektor INSANIAH Malaysia)
2. Dr. Syafii Antonio, MEc (Komisaris Utama Batasa Tazkia Indonesia)*
3. Abdul Halim Abdul Hamid (Praktisi Ekonomi Syariah Malaysia)

– Wakil dari TheGoldDinar Blogspot
4. Ir. Muhaimin Iqbal (Presiden Gerai Dinar)
5. Sony Abdurahman, MBA (Ketua Umum Koperasi Dinarku)
6. Drs. Yakhsyallah Mansur, M.A. (Kajur. KPI STAI Al Fatah)
7. Ir. H. Adiwarman A. Karim, SE., MBA., MAEP.*


ACARA INI DISELENGGARAKAN OLEH INTERNATIONAL SEMINAR OF ECONOMY SHARIA COMMITTEE (ISEC) JAKARTA


Diharapkan anda dan keluarga dapat meluangkan masa menimba ilmu tentang Dinar Emas bersama kami. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran anda disana.







Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidur Rasul: Kenalilah dan Cintailah Rasulullah Salallahualaihiwassalam

Dalam kita meraikan Maulidul Rasul, marilah kita hayati kenapa kita perlu mengingati dan menyayangi Rasulullah Salallahualaihiwassalam. Kelahiran beliau dalam Tahun Gajah (570 Masehi), 12 Rabiul Awal sebenarnya menyelamatkan umat manusia dari kegelapan dan kejahilan. Sejak lahir beliau memiliki sifat-sifat terpuji sehingga digelar Al-Amin (bermaksud Yang Benar) kerana kejujuran beliau. Walaupun dilahirkan dalam golongan keluarga Bani Hashim yang terhormat, beliau merupakan anak yatim sejak lahir. Bapanya Abdullah telah meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan manakala Ibunya Aminah meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan dijaga dengan baik oleh datuknya, Abdul Muttalib. Setelah datuknya wafat beliau dijaga dengan penuh kasih sayang oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Rasulullah Salallahualaihiwassalam adalah seorang yang sangat bijaksana dalam mengendalikan kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Allah mengangkat darjat beliau dari seorang pengembala kambing menjadi seorang Rasul dan kekasihNya sehingga beliau dikatakan mempunyai sebaik-baik akhlak. Maha Suci Allah yang mampu melakukan segala-galanya. Ini menunjukkan walaupun Rasulullah tidak mempunyai kasih sayang ibu-bapa, hidup dalam keadaan serba sederhana beliau tetap boleh menjadi insan yang mulia dan berwawasan. Malahan sebelum diangkat menjadi Rasul, beliau dikatakan sangat suka berfikir.

Paras wajahnya manis dan indah. Wataknya berwibawa, tegas dan berwawasan tetapi sangat berlemah lembut dengan wanita dan kanak-kanak. Sifat beliau yang rendah diri, baik hati dan pemurah amat disenangi mereka disekeliling sehingga mereka pernah mengatakan sekiranya duduk bersebelahan dengan Rasululullah Salallahualaihiwassalam seperti mahu duduk selama-lamanya, dan apabila beliau bangun membawa diri, mereka sudah mulai merinduinya. Dengan sifatnya yang sedemikian itu, tidak hairanlah wanita terhormat seperti Siti Khadijah amat mencintai dan patuh kepada beliau.

Amat jarang kita mengambil Rasululullah Salallahualaihiwassalam sebagai contoh kerana kita sebenarnya tidak begitu mengenali personaliti beliau. Hakikatnya beliau merupakan seorang manusia yang sangat hebat. Menyebarkan ajaran Islam disaat umat manusia telah lama berada dalam kesesatan bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Bagi anda yang kini sedang berusaha menyebarkan kebenaran disaat ini mungkin memahami kepayahan tersebut. Tetapi kepayahan yang kita rasai sekarang tidak langsung dapat menandingi kesusahan Rasulullah Salallahualaihiwassalam dalam membawa umat manusia kejalan kebenaran diwaktu itu.

Yang hebatnya, beliau tidak pernah mengeluh apatah lagi terasa hati. Sebaliknya beliau sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang memarahi, memaki hamun dan melakukan perkara yang tidak baik kepada beliau. Sehingga ke akhir hayatnya, semasa beliau tidak sihat, beliau pergi ke Masjid Nabawi dan bertanyakan adakah sesiapa yang beliau pernah kasari sebelum ini? Di ketika itu tidak ada sesiapa berani berkata apa-apa. Beliau ulangi lagi, adakah sesiapa yang beliau pernah kasari? Lagi sekali sahabat-sahabat sekelian diam. Kali ketiga beliau bertanya lagi perkara yang sama, beliau mengatakan:
“Wahai manusia, barangsiapa belakangnya pernah ku pukul, ini belakangku, balaslah! Barangsiapa kehormatannya pernah kucela, ini kehormatanku, balaslah! Dan barangsiapa hartanya pernah kuambil, ini hartaku, ambillah! Jangan takut akan jadi permusuhan, kerana itu bukan bawaanku”.

Akhirnya bangun seorang sahabat, mengatakan "Ya' Rasulullah, anda pernah mengasari saya". "Tongkat anda pernah terkena bahu saya semasa perang", jawabnya lagi. Rasululullah memberi tongkatnya kepada sahabat tersebut dan mengatakan kepada sahabat tersebut "Ambillah tongkatku ini dan ketuklah dibelakangku". Sahabat tersebut mengambil tongkat itu dengan serba salah, sambil yang lain-lain terdiam dan gundah melihat kejadian tersebut. Disaat Rasulullah memberikan bahunya untuk dipukul sahabatnya, terjatuh tongkat dari tangan sahabatnya , lalu beliau memeluk Rasulullah dan menangis. Sahabat-sahabat lain disitu juga turut menitiskan air mata melihatkan keagungan akhlak Rasululullah Salallahualaihiwassalam. Ada juga dikatakan seseorang pernah menuntut 3 Dirham, maka diberikannya Rasulullah Salallahualaihiwassalam 3 Dirham kepada orang tersebut.

Ini bermakna beliau adalah seseorang yang sangat adil dan kalau boleh beliau tidak mahu bermusuh dengan sesiapa apatah lagi menyakiti sesiapa.

Semasa sakitnya beliau berada dirumah isteri kesayangannya Sayidatina Aisyah. Dalam keadaan kesakitan pun beliau masih dapat bergurau senda bersama isteri kesayangannya itu. Disaat kakinya telah mulai menyejuk, mulut beliau masih lagi menyebut "Umati...Umati", iaitu bermakna Umatku...umatku. Begitulah kasihnya beliau terhadap umatnya. Walau apapun yang beliau lakukan adalah untuk kebaikan Umat Islam, tidak kira dari kehidupan sehari-hari, undang-undang Islam atau dalam bidang ekonomi, kesemua yang dilakukan adalah untuk kesejahteraan Umat Islam. Larangan terhadap Riba’, minuman keras, berzina, memakan makanan haram, melakukan maksiat dan saranannya untuk menjaga ahli keluarga, kaum wanita, kanak-kanak dan anak-anak yatim adalah bertujuan untuk manusia dapat hidup dengan aman damai dan sejahtera didunia yang hanya sementara ini. Adakah wajar kita abaikan kasih-sayangnya yang hebat terhadap kita? Itulah renungan buat kita semua dalam mengingati seorang yang bergelar Nabi Muhammad, Rasulullah Salallahualaihiwassalam ini. Sekiranya benarlah kita kasih akan beliau, belajarlah mengenal beliau dan contohilah beliau. Itu lebih bermakna dari mengadakan majlis-majlis keraian yang cuma menghiburkan.

P/S:
Ikuti kisah Rasulullah Salallahualaihiwassalam dalam Siri Qamar Bani Hashim di Astro Oasis hari Isnin-Jumaat dari pukul 11.00-12.00 malam atau Rabu-Ahad pukul 2 petang.

Tuesday, February 16, 2010

Rangkaian Dinar Emas 999 Logam Mulia dan Dirham






Assalamualaikum Sahabat-sahabat Dinar,
Syukur Alhamdulillah tahun ini bermula dengan agak memberansangkan kerana kami dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat lain yang memperjuangkan Dinar Emas 999. Dan kini kami juga sudah mula dapat menyediakan stok Dinar Emas 999 iaitu 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar. Oleh itu bagi anda yang berminat untuk memiliki Dinar, bolehlah menghubungi kami , Putra Dinar, Scogold, Jentayu Emas atau Golden Trapezium.

Harga Dinar Emas Terkini:
1 Dinar = RM 620
1/2 Dinar = RM 330
1/4 Dinar = RM 190

Anda juga boleh lawati blogspot mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan mereka yang lain selain dari Dinar.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Dirham pula, anda boleh menghubungi brother Nizam dan rakan-rakannya di Jentayu Emas. Anda juga boleh merujuk di Chat Box untuk nombor handphone beliau.

Selain dari itu, kami juga mempunyai satu berita baik bagi para pembaca blog ini. Salah seorang sahabat kami telah menyiapkan The Gold Dinar TV bagi anda yang ingin menyaksikan penceramah-penceramah kami membincangkan tentang Dinar dan kewangan dalam program-program TV. Diharapkan dengan adanya blog baru ini, anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang Dinar Emas dan mengenali kami dengan lebih dekat. Terimakasih kami tidak terhingga atas usaha brother Faizal @ Yomida atas usaha tersebut. Semoga ada lagi pihak-pihak yang dapat tampil membantu kami memperkenalkan Dinar Emas kepada Ummah.

Harapan kami kepada para pembaca sekelian, sekiranya anda dapat memiliki Dinar Emas, simpanlah ia untuk tabungan, samada untuk mengerjakan Haji atau Umrah, untuk Mas Kahwin, untuk pelajaran anak-anak, untuk membiayai pembelian rumah atau kereta atau hanya untuk simpanan biasa. InsyaAllah anda tidak akan rugi.

Jumpa lagi dilain waktu, Wassalamualaikum w.b.k.

Monday, January 11, 2010

Program Terbaru 2010

Assalamualaikum Pembaca yang Dihormati,
InsyaAllah pada 17hb Januari, 2010 (Ahad) akan diadakan ceramah Dinar yang bertajuk Dinar dan Dirham - Amalan Sunnah yang Ditinggalkan di Masjid Saidina Umar Al -Khattab, Bukit Damansara selepas solat Asar. Penceramah jemputan adalah saudara Abdul Halim bin Abdul Hamid.

Anda semua dijemput hadir dan boleh datang bersama rakan-rakan atau keluarga. InsyaAllah terdapat juga penjualan buku-buku yang berkaitan dengan Dinar dan Dajjal. Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan ilmu tentang Dinar sebanyak yang boleh. Jumpa anda disana :-)

Sunday, November 8, 2009

Henry Ford, Protokol Zionis, Emas dan Umat Islam Masakini

Dalam seminar-seminar yang terdahulu, kisah Henry Ford dan Protokol Zionis ini pernah disebut oleh penceramah tentang Dinar, seperti saudara Abdul Halim. Kali ini kami ingin mengupas semula kisah ini untuk tatapan pembaca blog ini yang tidak berkesempatan menghadiri seminar-seminar ini supaya anda lebih mengetahui kisah tersirat disebalik kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita.


Siapa yang tidak kenal Henry Ford? Insan terkemuka yang namanya menjadi jenama kereta dan kenderaan berkualiti ini merupakan indusrialis terkenal dunia kerana berjaya memperkenalkan pengeluaran kereta secara besar-besaran di dunia. Beliau lahir di Michigan, USA pada 30 Julai, 1863 dan menjadi kebanggaan rakyat Amerika Syarikat atas usaha beliau memartabatkan industri kereta dan kenderaan. Sehingga kini, kita masih dapat melihat kereta berjenama Ford di jalanan-jalanan tidak kira di negara mana sekalipun. Tetapi kenapa dengan beliau yang layak diperkatakan di blog ini?


Didalam buku beliau yang bertajuk “The International Jew” beliau mendiskusi satu isu penting yang banyak tidak diketahui ramai, terutamanya umat Islam. Buku yang diterjemah dalam 16 bahasa ini diedarkan dibanyak negara termasuk di Eropah, Amerika Selatan dan Timur Tengah. Pada suatu ketika, buku ini hilang dipasaran, tetapi kini, buku ini mula dicetak dengan rancak di banyak negara. Sebagai contoh, dalam kunjungan kami ke kedai-kedai buku di Malaysia, buku ini mula terjual dengan meluasnya, contohnya di Kunikuniya, KLCC. Malahan buku ini telah diberi nafas baru dengan diletakkan ucapan Ariel Sharon di kulit depannya.


Tadi Henry Ford, sekarang “The International Jew”, apa kaitannya di sini? Didalam buku ini sebenarnya Henry Ford menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak-pihak yang cuba mengawal negaranya, iaitu Amerika Syarikat di awal 1900. Beliau mengupas satu gerakan rahsia yang dilakukan pihak Zionis untuk mengawal Amerika Syarikat pada waktu itu dan seterusnya menakluk dunia. Beliau mendedahkan gerakan Zionis yang tercatat dalam “The Protocols of the Learned Elders of Zion” atau dikenali sebagai Protokol Zionis. Terdapat banyak perbincangan yang mengatakan Protokol ini tidak wujud atau satu konspirasi untuk menjatuhkan Yahudi, tetapi menurut Henry Ford, segala perancangan yang disebut dalam Protokol ini seperti benar-benar berlaku dan perkara yang berlaku disekeliling kita bertepatan dengan rancangan mereka. Takkanlah ini satu kebetulan?


Walaupun Henry Ford seorang yang bukan Muslim, tetapi pendedahannya tentang rancangan jahat Zionis, tidak harus dipandang sebelah mata oleh umat Islam. Ini adalah kerana rancangan tersebut juga mempunyai kesan dan impak yang sangat hebat terhadap kemusnahan pemikiran dan moral muda-mudi Islam masakini. Oleh itu kami mengambil peluang ini untuk mengkaji kesan-kesan dalam rancangan jahat yang terkandung dalam Protokol Zionis ini terhadap umat Islam.


Apa yang terkandung dalam Protokol Zionis ini?


Protokol ini mengandungi 24 perancangan untuk menakluk dunia. Tetapi kami cuma akan membincangkan sebahagian dari protokol-protokol tersebut. Jika ada peluang kami akan cuba membincangkan protokol yang lain di masa hadapan.


Menurut Henry Ford dalam koleksi artikelnya yang dibukukan menjadi buku yang bertajuk “The International Jew”, ada 24 Protokol untuk Zionis menakluk dunia, sebahagiannya adalah:


• Protocol IV - Destroy God (Memusnahkan Tuhan)

• Protocol VI – Wages and Inflation (Gaji dan Inflasi)

• Protocol VII - World Wide Wars (Perperangan seluruh dunia)

• Protocol IX - Re-Education (Mengubah dasar pendidikan)

• Protocol XII - Control of Press (Mengawal media)

• Protocol XIII – Distractions (Memesongkan perhatian/akidah)

• Protocol XIV – Assault on Religion (Asakan terhadap ugama)

• Protocol XX - Financial Program (RIBA) (Merubah dasar kewangan)

• Protocol XXII - Power of Gold (Kuasa Emas)


Jika kita lihat tajuknya sahaja sudah menggerunkan bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Jika kita amati perancangan ini, kita akan dapati, ianya benar-benar berlaku dimasakini. Kami akan cuba membincangkan Protokol-protokol diatas sebaik mungkin berdasarkan terjemahan dari buku tersebut. Sekiranya tersalah, harap maafkan kami kerana bahasa Protokol ini tidak mudah untuk difahami.


Protokol Ke-4 : Destroy God (Memusnahkan Tuhan)


Tidak perlu kita sangkal lagi, umat Islam masakini lebih bertuhankan manusia, harta kekayaan dan kuasa. Kita boleh lihat sendiri, tatkala adanya rancangan AF, M. Idol, I. Kecil, Gang*** dan banyak lagi rancangan yang mengangung-agungkan manusia, umat Islam lah yang paling banyak mengundi dan menghabiskan duit untuk program-program ini. Amat sayang sekali harta yang dimiliki dihabiskan kejalan ini. Tidak cukup dengan remaja Islam, kanak-kanak Islam pun disogokkan dengan rancangan berupa Idola ini. Ada satu artikel yang menarik perhatian kami yang disiarkan dalam majalah Milenia Februari 2009, bertajuk ‘Kanak-kanak dan Berhala Hiburan’. Disini, majalah tersebut mengatakan perkataan Idola lahir dari perkataan Idol yang bermakna berhala. Dan sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliyah menyembah berhala-berhala sebagai Tuhan mereka. Kami berpendapat, dimasakini, Idol atau berhala bukan lagi dalam bentuk patung-patung, tetapi dalam bentuk manusia lain atau lain-lain medium seperti permainan, kartun, teknologi maklumat dan sebagainya, cumanya kita tidak sedar ianya berlaku. Umat Islam mungkin sudah tidak sedar atau tidak perasan yang kita lebih mengagung-agungkan perkara lain selain Allah. Oleh itu, kita secara suka-rela memuja-muja artis itu ini, walaupun bakatnya bukan tahap mana pun. Kita beri alasan, alah suka-suka sahaja. Tetapi itulah yang dikehendaki oleh Zionis. Zionis memang mahukan kita memusnahkan Tuhan kita sendiri. Dengan cara memalingkan muka dan perhatian kita kearah lain, kearah yang lebih menarik, kacak, cantik, seksi, manja dan sebagainya. Sedangkan yang menarik, kacak, cantik, seksi, manja itu hanyalah luarannya sahaja. Malahan ianya tidak kekal, ianya boleh ditarik sekelip mata oleh Allah. Jadi umat Islam masakini cuma mengamalkan budaya Islam tetapi imannya kosong. Bayangkan sekiranya ini sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam, akhirnya mungkin kita tidak terjebak dengan syirik besar, tetapi kita bergelumang dengan syirik kecil yang kita sendiri tidak perasan atau tidak sedar membuatnya.


Protokol Ke-6 : Wages and Inflation (Gaji dan Inflasi)


Protokol ini amat menarik kerana semua orang mengalaminya tetapi tidak tahu kenapa. Pernah tidak kita lihat dalam TV, orang ramai di temuduga tentang harga barangan yang naik tetapi gaji tidak naik-naik. Itulah perancangan Zionis sebenarnya. Tetapi rancangan asal Zionis ini sebenarnya berbunyi begini setelah diterjemah “Kita akan menaikkan gaji, tetapi ia tidak akan membawa kebaikan kepada pekerja kerana dalam masa yang sama kita akan menaikkan harga barangan keperluan, dan kita berpura-pura memberi alasan itu adalah kerana kekurangan dalam pertanian dan kenaikan dalam pemeliharaan lembu”. Jadi sekarang anda tahulah kenapa gaji kita tidak pernah cukup? Puncanya, dalam Protokol ke-6, Zionis akan melaksanakan sistem pekerjaan yang mana gajinya akan naik setiap tahun, tetapi tak bererti apa-apa kepada kita, kerana harga barangan melambung-lambung naik, dan seperti biasa mereka akan beri alasan supply and demand (penawaran dan permintaan). Kalau benarlah harga barang naik disebabkan kerana supply and demand, kenapa apabila supply terlebih atau demand terkurang, harga barang terus juga naik tidak turun-turun? Malahan situasi sekarang lebih buruk kerana harga barang naik, gaji tidak pula naik. Kalau naik pun terlalu minimal, tidak setimpal dengan kenaikan harga barang. Dan tidak dapat disangkal sistem pekerjaan sebegini berlaku dimana-mana didunia ini. Berjayalah juga nampaknya Zionis dalam mengawal sistem pekerjaan didunia ini.


Protokol Ke-7: World Wide Wars (Perperangan diseluruh dunia)


Sesiapa yang pernah menonton video atau dokumentari “Confronting The Evidence: A Call to Reopen The Sept.11 Investigation” akan mengetahui sesetengah kejadian direka untuk menghalalkan perperangan. Serangan ke atas WTC, Amerika Syarikat digunakan untuk menghalalkan perperangan keatas Afghanistan kerana kononnya Osama Ben Laden yang memulakan serangan keatas Amerika Syarikat bersembunyi dinegara tersebut. Tetapi mengapa setelah Osama Ben Laden meninggalkan negara tersebut, tentera Amerika Syarikat tidak meninggalkan negara tersebut? Malahan baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat bercadang untuk menghantar lebih banyak tentera ke sana (http://news.yahoo.com/s/mcclatchy/3351521).


Seterusnya serangan ke-atas Iraq dilakukan atas alasan mereka memiliki senjata pemusnah yang merbahaya. Yang akhirnya membawa kepada penangkapan Saddam Hussein dan pembunuhannya. Sehingga kini, tidak terjumpa senjata tersebut di Iraq tetapi ketuanya dan rakyatnya telah dihukum tanpa sebab. Jika anda menghadiri Peace Conference anjuran Perdana Leadership Foundation naungan Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada bulan Oktober yang lepas di PWTC, anda akan kagum bagaimana mereka boleh memerangi sebuah negara, ketuanya dengan rakyatnya sekali, tetapi tidak dikenakan apa-apa hukuman. Apa yang membuatkan Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara lain yang bersekongkol memerangi negara Islam ini ‘above the law’? Ini adalah kerana Protokol Ke-7 menghalalkan perperangan diseluruh dunia.


Yang menjadi mangsa adalah wanita-wanita dan kanak-kanak Islam. Kami pernah terbaca dalam sebuah majalah wanita, wanita Iraq terpaksa melacurkan diri kerana tiada suami, tiada punca mata-pencarian, tiada bantuan dan mempunyai anak-anak yang ramai. Cuba anda bayangkan wanita yang menutup aurat ini terpaksa menjual diri untuk meneruskan kehidupannya dan anak-anaknya. Adakah anda tahu mereka terpaksa menjual diri kepada siapa? Mereka terpaksa menjual diri kepada tentera-tentera Amerika yang sedang bertugas disana.


Protokol ke-9: Re-education (Mengubah dasar pendidikan)


Kita juga sedia maklum, dasar pendidikan kita dari dahulu memisahkan sekolah dan ugama. Ada sesetengah akan berkata, subjek Ugama dan Bahasa Arab ada diajar disekolah-sekolah. Benar, tetapi adakah subjek-subjek lain diterapkan unsur ugama? Cuba kita lihat, matapelajaran Sains atau Matematik. Adakah terdapat unsur agama dalam matapelajaran-matapelajaran ini? Dalam semua subjek yang diajar disekolah, tidak disertakan dengan sokongan ayat-ayat Quran atau hadis atau paling kurang cerita Rasul atau Nabi. Jika subjek Sains, semuanya disokong dengan ujikaji. Sebagai contoh, kejadian sel dan tubuh manusia (juga dikatakan berkaitan dengan Teori Big Bang). Menurut Dr. Nordin Darus dalam bukunya Water for Life, 70 % tubuh manusia adalah air. Bagi bayi yang baru lahir 97% komponen tubuhnya adalah air, manakala dewasa 75% air. Otak manusia mempunyai 74.5% kandungannya yang terdiri dari air, manakala darah 83% adalah air, buah pinggang 82.7 % air, otot 75.6% air. Malahan bahagian tubuh manusia yang pejal seperti tulang mengandungi 22% air dan gigi 2% air. Ujikaji Sains telah membuktikan dan mengesahkan ini, tetapi setakat itu sahaja. Ianya tidak dikembangkan dengan ayat Quran, seperti Surah Anbiyaa’, Ayat 30:


Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu dan padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?


Alangkah bagusnya kalau kita dapat menerapkan unsur agama dalam subjek, kerana ini akan memantapkan iman anak-anak kepada kebesaran Allah. Anak-anak akan faham walau bagaimanapun dunia ini beroperasi semuanya adalah atas kehendak Allah dan semuanya di dunia ini adalah ciptaan Allah s.w.t semata-mata.


Itu belum lagi diperingkat Universiti yang mana semakin jauh terpesong subjek yang diajar dengan ugama. Apakan tidak, hampir kesemua buku-buku teks baik tentang perbankan dan kewangan, pemasaran, ekonomi, pengurusan, perakaunan, perubatan dan banyak lagi adalah datang dari negara-negara Barat. Adakalanya penulisnya pun berbangsa Yahudi. Tidak ada langsung cerita keugamaan dalam buku-buku teks ini. Yang ada hanyalah bagaimana hendak memaksimakan keuntungan, meningkatkan penjualan (tidak kiralah kalau terpaksa menipu pelanggan sekalipun), memanipulasi keinginan manusia sehingga ketahap maksima. Sebab itulah lahirnya pekerja-pekerja dan majikan-majikan masakini yang membuat keputusan langsung tidak menitikberatkan keperimanusiaan. Majikan akan buat keputusan sehabis boleh memerah pekerja sehingga tidak ada masa untuk beribadat, keluarga dan istirehat. Pekerja pula tidak jujur dalam pekerjaan atau melepaskan stress kepada keluarga dan perkara-perkara haram. Jika kita amati, kebanyakan subjek-subjek ini mengajar kita untuk lebih membuat kerosakan di dunia. Contohnya tentang faedah berganda atau compounding interest (dalam subjek time value of money dan inflation), tentang hutang (debt financing, loan dan accounting), tentang ketamakan dan untung (maximizing Shareholders wealth, bukannya people’s wealth), tentang riak (branding), tentang manipulasi dan eksploitasi (adverstisements), tentang ekonomi kapitalis (economy), tentang pengurusan barat yang tidak berTuhan (KPI, 360 dan 720 degree, Balancescorecard) dan banyak lagi yang tidak tertulis disini. Sedangkan Allah sudah memberi amaran kepada kita dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 60:


Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Makan dan minumlah rezeki yang diberikan Allah dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.


Tetapi lihatlah masakini, tidak henti-henti manusia melakukan kerosakan, tidak kira terhadap diri sendiri, orang disekeliling dan juga kepada persekitaran hasil dari sistem pendidikan yang tidak berteraskan ugama. Kerana, ugama apa sekalipun akan mengajar umatnya tentang kesejahteraan hidup untuk diri sendiri dan manusia lain. Apabila tidak ada unsur ini, manusia melakukan sesuatu atas kehendak diri semata-mata.


Maka berjayalah Protokol ke-9 ini untuk mengubah dasar pendidikan umat Islam dan juga umat-umat ugama lain.


(Bersambung)



Buku penuh Henry Ford: 941 muka surat (termasuk indeks)

Ringkasan buku penuh Henry Ford: 262 muka surat (termasuk indeks)

Saturday, September 26, 2009

Adakah Perjuangan Dinar Perjuangan Bukan Muslim?

Founder of Modern Days Gold Dinar: Brother Umar Vadillo

Orang Lama Perjuangan Dinar Emas: Brother Abdul Halim

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kami ucapkan kepada pembaca-pembaca setia blog ini, sekaligus memohon maaf kerana tidak dapat menghasilkan bahan bacaan ilmiah sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.


Setelah menghadiri Seminar SEDINAR 2009 yang berlansung di ILIM dibulan Ramadhan yang lepas, kami berasa agak terkeliru dengan perkembangan semasa Dinar. Antara isu yang menjadi persoalan besar kini, adalah seperti tajuk diatas “Adakah Perjuangan Dinar, Perjuangan Bukan Muslim?”. Terdapat berbagai reaksi hasil dari SEDINAR 2009, dan yang paling ketara ialah dimana salah satu pembentang kertas kerjanya seorang yang bukan Islam. Tidak dapat disangkal ada sesetengah bukan Islam (non-Muslim) yang lebih arif dengan permasaalahan dalam Islam, seperti contoh, bangsa Yahudi sendiri pun lebih arif tentang Al-Quran dari orang Islam sendiri. Malahan mereka sanggup berbelanja berjuta Ringgit untuk mengkaji Al-Quran.


Tetapi patutkah kita yang memanggil diri kita Islam membiarkan bukan Islam lebih mahir tentang ugama kita? Dimanakah letaknya maruah kita? Tidakkah kita malu, seorang yang bukan Islam menyuruh kita memperbetulkan muamalat kita sedangkan yang bercakap itu sendiri tidak faham muamalat Islam? Seperti contoh, dia memberitahu kita supaya menggunakan Dinar, tetapi dalam masa yang sama membenarkan beli balik Dinar (buyback Dinar). Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini. Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual. Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan "betting” atau "speculate" yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan 'speculating' menyamai perjudian? Perlu diingatkan terdapat satu gari halus yang membezakan pelaburan dan perjudian. Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram. Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar? Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.


Bangunlah sahabat-sahabat sekelian, kita tidak perlu non-Muslim memberitahu kita apa yang benar dan apa yang patut dibuat. Dalam Al-Quran sudah mencatatkan segala-gala yang kita hendak tahu. Bacalah dan minta petunjuk Allah, bukan petunjuk non-Muslim. Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?


Janganlah kerana RM, kita lalai dan terlupa tanggungjawab kita sesama Islam, kerana sesungguhnya, seorang Islam itu dengan seorang Islam yang lain adalah bersaudara, seperti sabda Rasulullullah (salallahualaihiwassalam) dalam khutbahnya yang terakhir. Mahukah kita mengambil seorang non-Muslim sebagai saudara kita? Bolehkah kita percaya ketulusan dan keikhlasan mereka dalam membantu Umat Islam? Rasulullah (salallahualaihiwassalam) pernah cuba membuat perjanjian dengan non-Muslim tetapi dikecewakan oleh mereka. Bacalah kisah perperangan Uhud dimana Umat Islam dikalahkan oleh salah satu sebabnya, bangsa Yahudi yang membuat perjanjian dengan Rasulullah (salallahualaihiwassalam) berpaling tadah dengan beliau dan membantu bangsanya sendiri. Sejarah menunjukkan Umat Islam hancur dan kalah kerana bersekongkol dengan non-Muslim dan hipokrisi Umat Islam itu sendiri. Di penghujung hari, sekiranya diminta mereka memilih antara kita atau saudara mereka, mereka tentunya akan memilih saudara mereka.


Kita selalu mendengar ramai Muslim menolak barangan atau servis dari Muslim kerana kononnya tidak berkualiti, lambat, tidak menguntungkan dan bermacam-macam kekurangan. Tetapi ketahuilah, kekurangan ini semua hanya dimata kita. Tetapi tidak bagi Allah. Cuba kita fikirkan sejenak, adakah Allah dan Rasulullah (salallahualaihiwassalam ) lebih suka kita membantu non-Muslim atau sesama Muslim? Tidak kira apa masalah atau kekurangan semasa berurusan dengan Muslim, kita akan mendapat ganjaran pahala. Tentunya Allah akan lebih gembira dengan kita kerana kita membantu hambaNya, yang percaya akanNya dan yang menyembahNya, bukan yang lain. Kesabaran kita berurusan dengan Muslim juga akan mendapat ganjaran pahala kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.


Oleh itu sahabat-sahabat sekelian, cubalah renungkan muhasabah diri kami di sepanjang bulan Ramadhan dan kini Syawal seperti yang diatas. Dan bantulah kami membantu Muslim.


Berikut adalah keluhan hati rakan seperjuangan kami yang ‘struggling’ dalam bidang perniagaan yang kami mahu kongsi bersama anda. Sekali lagi, tidak kira apa bangsa dan warna kulit sekalipun, selagi kita seorang Muslim, kita adalah bersaudara. Hayatilah penulisan saudara kita ini:


The Rights wrote:

Assalammualaikum WBKT,

Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua Ahli-Ahli Usahawan The RIGHTS diseluruh negara. Mungkin agak terlambat untuk mengucapkan salam RAMADHAN namun saya percaya bahawa kita semua sedang berusaha memenuhi tuntutan Allah ini.


Dan tidak lama lagi kita akan pula menyambut Syawal, menyambut kemenangan melawan nafsu selama sebulan dan diharap selepas itu, kita akan terus melawan nafsu nafsi kita bagi bulan-bulan seterusnya.


Banyak perkara telah dilalui The RIGHTS di sepanjang beberapa bulan ini, kekadang membuat saya hampir HILANG KEYAKINAN dan PATAH SEMANGAT terhadap apa yang sedang saya lakukan ini. Pelbagai masalah bukan sahaja dengan The RIGHTS tetapi dengan sebahagian kecil daripada kita yang telah mencemarkan The RIGHTS dengan pelbagai isu sehingga saya terpaksa melakukan beberapa rombakan terhadap organisasi The RIGHTS.


Namun tidak kurang juga kejayaan yang dapat diraih oleh The RIGHTS, terutama The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad, RightShoppe International Berhad (Johor), RightShoppe (Putrajaya) Berhad dan beberapa lagi.


Pun begitu beberapa peluang perniagaan lain juga diperolehi seperti mengedar pakaian seragam sekolah, lesen memborong gula, penghasilan produk halal, pembangunan The RIGHTS Mall di Kelantan dan Selangor dan lain-lain.


The RIGHTS juga telah dikunjungi oleh beberapa organisasi swasta dan kerajaan untuk melihat projek dan model perniagaan yang sedang dilakukan oleh The RIGHTS untuk kepentingan ahli-ahlinya.


Berbalik HILANG KEYAKINAN dan PATAH SEMANGAT, saya telah dihadiahkan sebuah buku Motivasi Ummah bertajuk "BERANI" yang ditulis oleh Sheikh Paiman Salleh. Buku yang ditulis beliau sangat bersahaja dan mudah difahami namun kata-kata beliau sungguh memberikan semangat kembali kepada saya untuk terus berjuang dengan lebih gigih dan bersemangat, antara yang di tulis "OIC yang ditubuhkan sebagai badan dunia Islam untuk membantu; pun tidak melakukan apa-apa. Malahan mereka telah menjadi 'Badan Antarabangsa Paling Dayus' abad ini dan terus bercakaran sesama sendiri.


Sengatnya telah pupus dan taringnya telah patah. Mereka telah menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan menunggu untuk disembelih. Pemimpin masing-masing nak jadi ayam jaguh dunia Islam. Tetapi apabila musang menghampiri, semua cabut lari dan tidak berani berkokok lagi.


Ada juga pemimpin dikalangan mereka yang bersungguh untuk melakukan sesuatu, tetapi ada pula yang lain menekan dan memulas. Saya mengesyorkan OIC, iaitu Organisation of Islamic Community ditukar sahaja namanya kepada 'Organisation of I Community'. Ini kerana nampaknya masing-masing mementingkan I (saya) daripada semangat kekitaan Islam.


Oleh kerana mementingkan diri sendiri semata-mata mereka sanggup berkomplot dengan musuh untuk membunuh saudara sendiri. Ini jelas terbukti tatkala berlakunya Peperangan Teluk beberapa tahun yang lalu.


Begitu juga PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu wajar ditukar kepada 'Pertubuhan Berbalah dan Bagi! Pertubuhan si luncai ini akan bersatu di kalangan yang sama fahaman untuk mencetuskan penjajahan atau berpura berbalah sesama mereka, menjajah dan membahagi-bahagikan apa yang dapat dirampas di antara mereka. Ini jelas terbukti sepanjang ia ditubuhkan.


Tak perlulah saya perpanjangkan permasalahan ini; nanti ada yang termuntah kerana jelak mendengar cerita yang sama setiap hari.


Lagipun saya ini bukanlah pandai sangat tentang dunia politik. Apa lagi persoalan antarabangsa. Saya sekadar ingan melepaskan secebis apa yang terbuku di dalam hati untuk renungan kita bersama sekali lagi. Semoga kita tidak akan terus menerus menjadi mangsa penipuan percaturan dunia di rumah putih atau rumah merah yang boleh memesongkan kita dan anak cucu kita.


Saya merasa sangat yakin bahawa, telah sampai masanya kita mengkaji semula dasar dalam dan luar negeri kita. Sama ada akan terus menyertai gabungan-gabungan antarabangsa yang sudah menjadi 'gila' atau 'gila-gila' dan telah hilang pedoman kemanusiaan. Kita wajar mengkaji semula sistem kehidupan kita sendiri dan tidak terus mengikut sistem barat atau timur yang telah jelas membuktikan kepincangan yang merugikan.


Kita telah ada sistem yang TERBAIK yang wajib kita imani dan amalkan. Biarlah kita dibenci, tetapi berindentiti. Biarlah kita dicaci, asalkan berjiwa murni. Biarkan kita dimarah, asalkan kita bermaruah. Walaupun kita dicap sebagai kuasa kecil, tetapi kecil-kecilan cili api dan kecil sebagai sang kancil yang cerdik bukan lembu gemuk yang tongong.


Biar mereka kata, mereka kuasa besar, tetapi Allah Maha Besar adalah KUASA PALING BESAR; bukan mereka yang besar. Biar kalah bertarung tetapi tidak mengalah dikalung. Itulah umat dan bangsa yang gagah. Ingat pada pesanan junjungan BESAR Nabi Muhamad SAW, bahawa jika Allah mahu tolong kita, tidak ada kuasa yang boleh mengekang, walaupun semua manusia dan jin diseluruh dunia ini bergabung tenaga.


Semua ini hanya akan kita capai sekiranya kita menjadikan diri sebagai umat Islam yang BERANI. Kita tidak takut pada kehilangan harta atau nyawa bagi mempertahankan maruah Islam yang sedang dicemar di seluruh pelusuk dunia. Ada yang mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku adalah Islam sedang diuji. Saya berkata dengan tegas, jelas dan keyakinan yang padat lagi bulat tanpa merasa ragu atau was-was, bahawa bukan Islam yang sedang diuji. Islam yang tetap suci sepanjang zaman tak perlu diuji lagi. Yang sedang diuji bukanlah Islam, tetapi UMAT ISLAM itu sendiri. Ujiannya ialah adakah umat yang memanggil diri mereka itu sebagai Islam, benar-benar mengamalkan Islam? Adakah mereka beriman sepenuhnya kepada Islam? Adakah mereka patuh kepada perintah Allah yang menurunkan Islam? Adakah mereka mengikut ajaran Rasul yang membawa Islam? Adakah mereka mengamalkan ajaran Kitab Suci Islam?


Jika kita benar - benar mengaku Islam dan beriman kepada agama suci ini, kita tidak akan takut kepada kuasa selain Allah, walau sebesar mana sekalipun.


Jika kita benar - benar mengaku Islam kita tidak akan mengamalkan sistem hidup selain sistem Islam.


Jika kita benar - benar mengaku Islam kita tidak akan membiarkan Islam dicaci dan dihina sewenang-wenangnya.


Jika kita benar - benar mengaku Islam, kita tidak akan berbunuhan sesama Islam. Malahan kita akan bersatu padu dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk membantu saudara Islam kita dimanapun mereka berada. Tidak kira warna kulit, dalam atau luar negeri. Kita juga tidak akan berdengki sesama kita. Malahan kita akan bergembira jika saudara sendiri yang berjaya.


Dan jika kita benar-benar mengaku Islam, kita tidak akan takut kepada sesiapa atau apapun melainkan Allah. Kita akan menjadi umat paling BERANI di muka bumi ini, kita akan dihormati, disanjungi dan digeruni atau ditakuti jika perlu".


The Rights Privilege Berhad

www.rights.com.my


P/S:

Kami agak terkilan gambar-gambar dari blog ini yang disiarkan dalam Montaj SEDINAR 2009 tidak diberi kredit dengan sewajarnya. Tetapi disebabkan semangat setiakawan, kami menutup sebelah mata diatas kesilapan tersebut.