Hari ini kami akan menceritakan bagaimana anda boleh menempa Dinar Emas dan menukarkannya kepada RM sekiranya perlu. Sebenarnya kami tidak menggalakkan anda menjual balik Dinar kecuali terpaksa. Kerana, di antara wang kertas dan emas, emas sangat-sangatlah bernilai terutama bagi jangkamasa panjang. Oleh itu, sekiranya anda ada menyimpan Dinar, anggaplah ianya aset kekal seperti membeli rumah. Seboleh-bolehnya, tukarkan RM anda kepada Dinar Emas dari masa ke semasa untuk mengurangkan pergantungan ke atas wang kertas yang semakin hilang nilainya.
Penempaan Dinar Emas
Di pihak kami, penempaan Dinar Emas tidak dilakukan secara berkala (samada seminggu sekali atau sebulan sekali). Kami cuma akan menempa Dinar Emas apabila kami dapati harganya murah berbanding masa-masa lain. Selalunya apabila harga emas dunia jatuh ke paras USD750 kebawah untuk 1 Troy Ounce (bersamaan dengan 31.1gram), kami akan mula memantau harga emas. Ini adalah kerana dengan jumlah wang yang sama, kita dapat menempa lebih banyak Dinar Emas.
Apabila tiba masa yang sesuai untuk menempa, kami akan menghubungi Mariwasa atau Logam Mulia untuk mengetahui kos sebenar menempa 4, 2, 1, 1/2 dan 1/4 Dinar Emas.
Selepas mengira kos keseluruhan, kami akan memberitahu kenalan-kenalan tentang harga 4, 2, 1, 1/2 dan 1/4 Dinar Emas, samada secara sms, call atau email di sebelah pagi. Kami akan memberi anda 1/2 hari untuk membuat keputusan samada untuk membeli atau tidak. Ini adalah kerana harga emas berubah setiap hari. Oleh itu harga yang ditetapkan oleh Mariwasa dan Logam Mulia adalah sah untuk hari itu sahaja, iaitu sehingga pukul 5 petang. Di sebabkan itu anda perlu membuat keputusan samada hendak membeli atau tidak sebelum pukul 3 petang pada hari tersebut. Dengan kata lain, anda mendapat harga di sebelah pagi dan harus membuat keputusan sebelum pukul 3 petang pada hari yang sama. Oleh itu, kami cadangkan, apabila anda melihat harga emas jatuh keparas USD750 kebawah, anda sudah bersedia dengan wang simpanan anda dan membuat keputusan berapa Dinar Emas yang anda hendak tempa.
Sekiranya anda tidak berminat untuk menempa, anda tidak perlu membalas sms atau email, kerana kami berpendapat, diam bermakna anda tidak berminat. Tetapi sekiranya anda berminat untuk menempa Dinar Emas, balas sms atau email kami dan nyatakan:
1) Nama Penuh
2) Nombor MyKad
3) Alamat
4) Jenis Dinar Emas (samada 4, 2, 1, ½ atau ¼ Dinar) dan kuantiti bagi setiapnya. Seperti contoh:
1 x 4 Dinar (Bermakna anda mahu menempa 4 Dinar dalam 1 kuantiti sahaja).
5 x 1 Dinar (Bermakna anda mahu menempa 1 Dinar dalam 5 kuantiti).
Selepas membuat pesanan, anda diberi 2 hari untuk membuat pembayaran. Anda boleh bank-in ke dalam akaun kami (CIMB atau Maybank) dan pada hari kedua, kami akan menghantar semua bayaran ke Mariwasa atau Logam Mulia. Seterusnya, kami akan mengeluarkan resit bagi pembayaran yang telah anda buat kepada kami.
Penjualan Balik
Selalunya penyimpan-penyimpan Dinar Emas tidak mahu menjualnya kecuali terpaksa iaitu kerana kecemasan, untuk perbelanjaan anak-anak melanjutkan pelajaran, atau menunaikan Haji. Jadi, amat jarang kami berjumpa dengan penyimpan yang ingin menjualkan Dinar Emas miliknya. Adakalanya juga, ada individu yang menempa lebih untuk dijual, tetapi menukar fikiran selepas menerima Dinar Emas mereka, kerana sayang hendak menjualnya. Di sebabkan itu kami tidak ada menyimpan stok. Sekiranya penyimpan berminat nak menukar Dinar Emas mereka kepada RM, mereka akan memberitahu kami dan kami akan hubungi kenalan-kenalan mengenai informasi ini. Kami akan memberi nama dan nombor handphone penjual tersebut kepada kenalan untuk mereka uruskan sendiri penukaran tersebut. Di sini, penjual akan tentukan harga Dinar Emas mereka dan pembeli boleh berunding harga tersebut dengan penjual. Sebelum kewujudan blog ini, iklan mengenai penjualan balik cuma terhad kepada beberapa orang kenalan sahaja. Adakalanya kenalan ini akan forwardkan sms atau email tersebut kepada orang lain. Sesiapa yang berminat boleh
Nama Penuh
Handphone no.
Alamat / Lokasi
Nyatakan tajuk email: Mint Dinar
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment