Pages

Wednesday, July 22, 2009

Berhati-hati Semasa Mendapatkan Dinar Emas

Assalamualaikum Semua,
Memandangkan sekarang sudah banyak pihak-pihak yang menjual Dinar Emas, kami ingin mengingatkan pembaca supaya berhati-hati dalam mendapatkan Dinar Emas. Ini adalah kerana tidak semua syarikat-syarikat atau individu yang benar-benar ikhlas mahu membantu anda mendapatkannya, ada juga yang melakukannya atas dasar keuntungan semata-mata. Sememangnya Allah mengangkat darjat emas dan perak dengan menyebutnya didalam Al-Quran sebagai harta yang berharga sehingga ianya wajib dizakatkan. Tetapi, ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan ini untuk mengautkan keuntungan. Oleh itu, sebelum mendapatkannya, ambil perhatian atas berberapa perkara seperti dibawah:

1) Siapa yang menjual Dinar Emas tersebut, adakah individu tersebut sudah lama dalam bidang itu, atau orang baru? Seelok-eloknya ambil masa untuk mengenali karakter orang tersebut dengan bertanyakan banyak soalan tentang Dinar Emas dan latarbelakangnya. Pastikan anda tidak dipaksa untuk membeli daripadanya secepat mungkin. Dan pastikan informasi yang diberi tidak bercanggah. Contohnya, minggu lepas cakap lain, minggu ini cakap lain. Setelah anda betul-betul yakin, barulah berurusan selanjutnya dengan orang tersebut.
2) Apa pengetahuan yang dia ada dalam Dinar Emas? Samada dia melakukannya dengan ikhlas untuk membantu Ummah atau memperkatakan tentang untung semata-mata. Ini adalah kerana ramai yang kehilangan duit untuk membeli Dinar Emas tetapi tertipu dengan cerita keuntungan sebegini.
3) Sekiranya syarikat yang menguruskan penjualan, pastikan kesahihan kewujudan syarikat tersebut. Perhatikan prosesnya samada ada "terlalu bagus" atau tidak. Adakalanya yang terlalu bagus, tidak semestinya bagus. Mungkin indah khabar dari rupa. Tunjukkan dan bincangkan operasi syarikat tersebut kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mahir tentang Dinar Emas.
4) Lakukan banyak analisa dengan membuat rujukan di internet dan bertanya kepada kawan-kawan atau memasuki forum yang bercerita tentang Dinar Emas. Perhatikan feedback orang lain tentang sesuatu jenis Dinar.
5) Ambil masa untuk menyimpan dalam Dinar Emas, anda tidak perlu rasa terburu-buru. Memang elok jika dapat menyimpannya dengan segera, tetapi anda perlu mempersiapkan diri anda dalam ilmu Dinar Emas, iaitu benar-benar memahami kenapa anda perlu menyimpannya dan dari siapa anda patut mendapatkannya.
6) Banyak-banyak bersabar untuk mendapatkannya, kerana yang baik itu kadang-kadang sukar, tetapi yang tidak baik senang sahaja nak mendapatkannya.

Sekiranya ada sesiapa yang nak menambah lagi, silakan di bahagian forum kerana perkara yang baik elok dikongsi bersama.

4 comments:

JENTAYU EMAS RESEARCH GROUP said...

Salam semua,Saya bersetuju dgn pandangan Pengerak Dinar Emas. Lately ni terlalu byk company yang menjual gold bar dan gold dinar, mcm cendawan tumbuh selepas hujan.Disebabkan orang ramai telah mula sedar akan kepentingan EMAS, maka ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan.Pelbagai program pelaburan yang memberi pulangan yang baik dijanjikan setiap bulan. Sambil menyelam minum air. Dah lama menyelam kenyang dgn air dah tak boleh timbul.At last company tutup sbb isu illegal deposit taking.
Apa yang penting,kena berhati hati dalam apa jua pelaburan. No such thing as Low Risk High Return.

cdanhash said...

Salam...

Mengapa perlu menggunakan orang ketiga atau sekim... sedangkan kita boleh terus berurusan dengan syarikat / bank yang berjual beli emas. Kita juga boleh gunakan teknik pajak dgn ar-rahnu untuk tujuan menambah pelaburan yg sedia ada, ketika harga rendah.

Mungkin ramai yg tertarik dengan hibah yg ditawarkan dan mungkin dapat meraih keuntungan yg lebih. Tetapi jika hibah terhenti, tidak kah pelabur akan mengalami kerugian besar.

Pilih:
Beli emas dapat emas...
atau...
Beli emas dapat hibah...

JENTAYU EMAS RESEARCH GROUP said...

Salam

Saya setuju dengan komen cdanhash.
Ramai yang tertarik dengan hibah yang diberikan. Sepatutnya pelabur perlu pastikan beli emas dan dapat emas. Kita pajakkan sendiri di Ar Rahnu. Duit yang kita dapat boleh dilaburkan di account Gold Saving Account Public Bank. Lebih terjamin sbb ia produk Institusi Kewangan yang Berlesen. Bila harga naik, boleh jual emas di Public Bank. Saya masih baru dalam emas. Tapi Alhamdulillah, kaedah ini telah memberikan saya pulangan yang tinggi. Walau apa pun, kita semua perlu lebih berhati hati dan berwaspada. Emas ni adalah kurniaan Allah yang tak terkira, sebab tu digelar PRECIOUS METAL.

Salam

mustafakamaljebah said...

gold coin OUB je sesuai wat pelaburan emas sebab spreadnya yang rendah.Kijang emas,DK,DM,PG dan dll tak sesuai wat pelaburan emas sebab spreadnya yg tinggi..