Pages

Monday, April 19, 2010

Perjalanan Jelajah Dinar & Dirham di Malaysia (April 2010)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi dapat bernafas, bergembira, bergelak ketawa dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Negara yang aman dan damai, udara yang segar, kemajuan yang dikecapi dan macam-macam nikmat lagi yang banyak kita tidak sedar. Hal ini berbeza dengan saudara kita yang berada di Palestin. Mereka pasti sibuk dengan strategi peperangan atau pun sibuk memikirkan bagaimana hendak melindungi Masjidil Al-Aqsa iaitu salah satu masjid yang digalakkan kita pergi selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagaimana agaknya keadaan saudara kita di sana? Bilakah kemenangan mampu kita kecapi? Adakah kita akan dipersalahkan di akhirat kelak kerana tidak berusaha melindunginya? Adakah kita rakyat Malaysia sudah selesa dengan hanya berlepas tangan sahaja dan membiarkan rakyat Palestin sahaja melindunginya. Renungkanlah dan fikirkanlah.

Ok, sebenarnya bukan topik ini yang hendak di bincangkan. Apa yang hendak dikongsikan hanyalah siri jelajah dinar yang sudah dijalankan beberapa minggu lepas. Pada 3 dan 4 April majlis “The Golden Revolution 2010” telah selamat dijalankan dengan lancar. Majlis yang dianjurkan oleh pelajar Islamic Banking & Finance MMU adalah bertujuan untuk berkongsi pandangan dan mendidik masyarakat kita berkenaan dinar dan dirham sekaligus menyemai benih-benih ekonomi yang sebenar secara tidak langsung. Ada juga segelintir foreigner yang tertarik dengan board ataupun pameran yang dihasilkan oleh para pelajar MMU ni. Mereka sibuk membaca dan memahami konsep wang kertas serta peranan dinar dan dirham dalam ekonomi. Impressive!! Dan apa yang lebih membanggakan adalah para pelajar MMU itu sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, semua pelajar yang menganjurkan majlis ini adalah berjumlah 180 orang dan 150 orang adalah pelajar bukan muslim termasuklah kaum Cina dan India. Pengetahuan mereka tentang dinar dan dirham adalah sesuatu yang tidak disangkakan walaupun mereka tahu ianya adalah senjata umat Islam dan perjuangan ini seharusnya dilakukan oleh umat Islam sendiri. Jika kebanyakan masyarakat kita memahami dinar dan dirham sebagai pelaburan dan tools untuk mendapatkan keuntungan sahaja, mereka lebih memahaminya sebagai matawang serta peranannya di dalam ekonomi.Congrats to MMU student!!

Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar sepanjang perjalanan majlis “The Golden Revolution 2010”.


Dari Kiri Adam (Putradinar), Zufi (Golden Trapezium), Faizal (Scogold) dan Nizam (Jentayu Emas Trading)

The Gold Dinar group

Sekitar majlis

Antara pameran yang menjadi perhatian.






Berikutan daripada majlis “The Golden Revolution 2010”, team The Gold Dinar telah dijemput untuk memberikan ceramah bagi muslimat pas di Markas Al-Munawarah, Alor Gajah, Melaka berkenaan dinar dan dirham serta peranannya dalam ekonomi Islam. Mereka ini ingin mendengar sendiri face to face daripada orang yang telah memperjuangkan ekonomi Islam selama 20 tahun dan juga pengasas kepada The Gold Dinar iaitu En. Abdul Halim Abdul Hamid, pensyarah Faculty Business And Law, MMU.

Sepanjang ceramah ini peserta telah didedahkan dengan sistem matawang sepanjang zaman, bagaimana sistem wang kertas sekarang (Fiat Money) dicipta, Kesan Riba (usury) kepada masyarakat, Sejarah Dinar dan Dirham, kepentingan menyimpan dinar dan dirham serta peranannya dalam ekonomi Islam. Selesai sahaja sesi ceramah pelbagai soalan ditujukan dan kebanyakan mereka mula sedar bertapa bahayanya wang kertas yang kita gunakan pada hari ini. Pandangan mula bertukar daripada membeli emas sebagai alat perhiasan dan pelaburan sahaja kepada menyimpan untuk digunakan pada hari susah dan bilamana matawang yang digunakan adalah dinar dan dirham.

Ada juga sesetengah mereka menanyakan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan daripada pembelian dinar dan dirham ini. Mereka masih belum faham dengan perjuangan sebenar memartabatkan dinar dan dirham ini. Tidak mengapa, mungkin ini kali pertama mereka mendengar ceramah sebegini dan masih belum faham konsep wang kertas sepenuhnya. Sebenarnya jika kita di dalam hati masih lagi mengagungkan wang kertas, masih lagi belum berniat untuk memartabatkan dinar dan dirham, masih lagi tidak memahami konsep Riba (usury) dalam penciptaan wang kertas dan masih lagi menginginkan keuntungan yang kecil di dunia ini, lupakan sajalah membeli dinar dan dirham. Belilah jongkong (bullion) Emas dan Perak sebagai pelaburan, cukuplah Emas dan Perak dimanipulasikan oleh kaum Yahudi (Jews) tetapi bukan wang sunnah nabi kita iaitu dinar dan dirham. Berhati-hatilah dengan soalan di akhirat kelak kerana mempermain-mainkan wang sunnah. Tepuk dada, tanya hati dan perut…..



Antara muslimat yang hadir pada sesi ceramah.







Seterusnya pada 13hb April, Jentayu Emas telah dijemput untuk memberi penerangan berkenaan dengan gold trading di Malaysia. Majlis ini adalah anjuran International Trade and Policy Student. Rata-rata pelajar yang hadir ingin mengetahui bagaimana selok belok perniagaan emas yang dijalankan di Malaysia. Selepas sesi ceramah, cabutan nombor bertuah diadakan dan antara hadiah yang mereka terima adalah dirham dan jongkong emas 1 gram. Alangkah bertuahnya siapa yang dapat hadiah tu kan, orang lain kumpul duit nak beli, dia orang ni datang ceramah je dapat lucky gold. Apa-apa pun tahniah kepada para pelajar MMU kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar. Brother in Jentayu Emas, “Keep Up The Good Work!!”. Lepas ni jangan lupa sumbang emas ke kawasan Johor pula ya J.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat d ambil di majlis "Rise Of The Golden Arch" anjuran student International & Trade Policy.


Sebelum majlis berlangsung


Ceramah oleh Nizam dari Jentayu Emas


Antara hadirin yang turut hadir


Sebilangan pelajar MMU yang hadir

Sesi soal jawab dari pelajar.



Perjalanan jelajah dinar dan dirham yang terakhir untuk bulan ini adalah di Surau Al-Furqan, Puncak Alam, Shah Alam anjuran Jentayu Emas. Sesi ceramah dari En. Abdul Halim Abdul Hamid adalah untuk membuka minda penduduk di sekitar Puncak Alam berkenaan peranan dinar & dirham serta kaitan antara dajal dengan emas serta wang kertas ciptaan yahudi. Antara lain isu-isu yang disentuh adalah bagaimana sistem ekonomi dan perbankan dikawal oleh yahudi, fitnah-fitnah akhir zaman, keburukan sistem ekonomi kapitalis sekarang, sistem ekonomi zaman Rasullullah S.A.W, siapakah dan bagaimanakah harga emas ditentukan setiap hari dan pelbagai lagi isu.

Sesi ceramah yang berlangsung selama sejam lebih ini lebih kepada sesi Mukadimah dan isu-isu yang disentuh hanya di takat permukaan sahaja. Banyak lagi isu-isu lain yang belum di kupas oleh empunya The Gold Dinar blogspot ini memandangkan mereka kali pertama mendengar ceramah berkaitan dinar dan dirham. Apa yang penulis nampak ramai di kalangan mereka agak terkejut apabila penceramah menerangkan penciptaan wang kertas dan kaitannya dengan Riba. Selepas sesi ceramah, pelbagai soalan diajukan kepada Nizam Jentayu Emas, berpeluh jugak kawan tu nak jawab, nasib baik kawan-kawan ada di sisi membantu..hehe.. Apa yang penting mereka memahami perjuangan dinar dan dirham bukanlah perjuangan golongan Fanatik Agama yang ramai orang luar salah faham, bukanlah perjuangan menentang Bank Negara dan bukanlah perjuangan menumbangkanmana-mana parti kerajaan tetapi perjuangan ini lebih kepada perjuangan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Manhaj Salafussoleh (cara hidup generasi awal Islam). Insya’Allah.


Ceramah oleh En. Abdul Halim Abdul Hamid







Sesi pertanyaan dari para jemaah.



Wakil Scogold (Ridhwan dan Faizal) bersama Nizam Jentayu Emas memberi penerangan.


Rakan-rakan seperjuangan dari Putradinar dan Golden Trapezium


Sesi perbincangan dan perancangan untuk masa hadapan

Di akhir tulisan ini,ingin saya akhiri dengan hadis yang menyuruh kita berpegang kepada sunnah Nabi dan para sahabat terdahulu. Sekian, wassalam.

"Aku berwasiat kepada kalian agar selalu bertakwa kepada Allah, selalu mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang hamba dari Habsyah. Sungguh, orang yang masih hidup di antara kalian sepeninggalanku, nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia erat-erat dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu. Dan jauhilah oleh kalian perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah kesesatan"(HR. Ahmad, at-Tirmidzi, al-Hakim. Dishahihkan oleh Imam az-Dzahabi)

No comments: