Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dapat lagi saya menulis dan berkongsi pengalaman di sepanjang perjalanan dan perjuangan dinar dirham ini. Tulisan pada kali ini akan menceritakan sedikit pengalaman dari kami , Team The Gold Dinar berkenaan perkembangan Dinar Dirham di Indonesia. Pada 20 Julai sehingga 25 Julai, delegasi kami yang diketuai oleh En Abdul Halim bin Abdul Hamid (http://thegolddinar.blogspot.com/) telah dijemput untuk menjadi panel di dalam “Seminar Internasional Ekonomi Syariah: Kebangkitan Ekonomi Syari’ah di Tengah Krisis Ekonomi Global” yang berlangsung di Bandung, Indonesia. Acara ini sebenarnya adalah rentetan daripada seminar antarabangsa yang berlangsung di Jakarta pada bulan April yang lalu.
Acara sepanjang minggu ini adalah anjuran dan kerjasama antara Jemaah Hizbullah, Madrasah Al Fatah, PUSDAI (Pusat Studi dan Dakwah Islam) Bandung dan Pemprov Jabar.
Pada hari pertama majlis iaitu 21 Julai 2010, empat orang penceramah telah terlibat untuk memberikan taklimat. Acara dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi adalah dari En.Abdul Halim Abdul Hamid, Praktis ekonomi Syariah Malaysia dengan tajuknya “Matawang Hakiki Sebagai Jalan Menuju Kesatuan dan Kekuatan Umat” dan En. Muhaimin Iqbal (Presiden Gerai Dinar) dengan tajuknya “Dinar Islam: Dari Teori ke Praktik”.
Ceramah dari En Abdul Halim akan disiarkan di http://thegolddinar-tv.blogspot.com/ (Ceramah beserta montaj dan slide show untuk pemahaman yg lebih berkenaan ilmu dinar dan dirham yang sebenar).
Kiri sekali, En. Muhaimin Iqbal (Gerai dinar.com) dan kanan sekali En. Abdul Halim
Sesi soal jawab bersama wakil governer daerah Bandung
Pada waktu rehat selepas solat Zohor En Abdul Halim Abdul Hamid telah diwawancara oleh akhbar tempatan untuk dimuatkan di dalam berita tempatan.
Berikut adalah link berita dan gambar semasa sesi temuramah.
http://www.nyarticle.com/business/pasar-ukaz-online-pasar-syariah-online
Pada sebelah petang pula adalah dari KH Yaksyallah Mansyur, Pengetua Madrasah Al-Fatah dengan tajuknya “Peranan Kepimpinan Dalam Penerapan Ekonomi Syariah” dan Dr. Ahmad Riawan Amin dengan tajuknya “The Money Bubling Machine” (juga pengarang buku Satanic Finance)
Kiri sekali En Yakshallah Mansyur dan kanan sekali En. Ahmad Riawan Amin
En Abdul Halim bersama wakil Logam Mulia (Pak Subekti) dan Duta Hizbullah di Malaysia (Pak Udin)
Pada waktu malam pula kami telah dibawa sendiri oleh Pengetua Al-Fatah, Yaksyallah Mansyur untuk melihat sendiri persiapan bagi Pasar Ukaz. Pasar Ukaz adalah merupakan satu pasar kuno yang berlaku sebelum dan semasa kedatangan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Pasar ini menggunakan dinar, dirham kupon (gantian bagi wang kecil) sebagai matawang. Setiap orang yang ingin membeli produk-produk di dalam pasar ini dikehendaki untuk menukarkan dahulu rupiah mereka dan sekiranya ada lebihan mereka boleh menukar balik kepada rupiah mereka atau menyimpan terus. Tujuan utama pasar ini adalah untuk menjadi simulasi kepada perdagangan menggunakan dinar dan dirham selain memperkenalkan model pasar zaman nabi. Menurut Pak Yaksyallah apa yang lebih unik tentang pasar ini adalah produk-produk yang dijual adalah produk yang terpilih bagi seluruh Indonesia termasuk dari Kalimantan juga dan produknya bukanlah dari Bandung sahaja.Keadaan sebelum acara perasmian Pasar Ukaz
Kemudian keesokan harinya adalah hari perasmian dan lawatan di sekeliling Pasar Ukaz. Pihak kami dibawa ke semua kedai yang terlibat untuk diperkenalkan kepada kami produk-produk yang menjadi pilihan.
Gambar-gambar di sekitar upacara perasmian:
Ucapan perasmian dari En. Abdul Halim
Ucapan Perasmian
Bersama pemimpin-pemimpin tertingi Hizbullah:
Dinar dan dirham yang digunakan di dalam Pasar Ukaz:
Kupon sebagai gantian kepada fulus
Pada hari Jumaat, 23 Julai 2010 kami di bawa mendengar pengalaman pejuang kemanusian Gaza yang menaiki Mavi Marmara dan di serang oleh tentera Israil. Beliau adalah salah seorang yang terkena tembakan dan kebanyakan rakan-rakannya telah pun terkorban akibat dari tembakan itu. Keadaan beliau pada masa itu adalah seperti nyawa-nyawa ikan yang hampir mati, sukar dan sesak nafas, sejuk yang teramat sangat dan telah pun diajar untuk mengucap kalimah syahadah oleh rakan-rakannya memandangkan keadaan beliau yang pada logiknya akan meninggal dunia. Tetapi dengan kuasa Allah umurnya telah panjang dan dapat berkongsi pengalaman bersama kami. Orangnya masih muda, umurnya sekitar 20-an, mempunyai 2 orang anak dan telah pun mempunyai niat untuk syahid di jalan Allah, malah lebih dari itu telah merasa peluru senapang dan merasa saat diambil nyawa.
Tanyalah diri anda, adakah anda sudah sanggup menempuh liku-liku fisabilillah seperti beliau? Kami merasa diri ini amatlah kerdil jika dibandingkan dengan perjuangan dinar dan dirham yang kami lakukan ini. Sememangnya hari itu merupakan hari yang membakar semangat kami untuk terus berjuang dengan ikhlas di jalan Allah hingga ke akhir hayat. Insya Allah, Amin.
Menceritakan saat mencemaskan di sana
Jahitan tembakan di atas perut beliau
Pada hari berikutnya, 24 Julai 2010 iaitu hari sabtu adalah hari bagi kami bersiar-siar di bandar Bandung. Pihak kami telah dibawa melawat ke tempat-tempat tourist attraction seperti Takuban Perahu (kawasan gunung berapi), Kawasan air panas Sari Ater, Pasar Baru dan banyak lagi nama tempat yang tidak teringat namanya. Sememangnya satu hari untuk berjalan di bandung tidak akan cukup tapi kami tetap bersyukur yang teramat sangat dengan layanan yang diberikan kepada kami walaupun mereka sendiri sibuk menganjurkan Pasar Ukaz.Kawah gunung berapi
Selanjutnya pada hari terakhir, 25 Julai 2010 iaitu hari ahad adalah hari kemuncak majlis. Hari ini adalah hari dimana wakil dari Palestin iaitu duta Palestin sendiri hadir untuk memberikan ceramah. Selain itu muslimin dan muslimat yang hadir juga datang dari jauh hingga menyebabkan masjid dipenuhi dengan jemaah. Ramainya ibarat sembahyang Jumaat di masjid itu. Ada yang datang dengan menggunakan rombongan bas, ada yang datang dari Jakartadengan hanya menunggang motosikal dan ada yang datang dengan menggunakan keretapi. Adajuga yang datang dari Jakarta dengan keretapi dan hanya menggunakan tapak tangan sahaja (atau lebih tepat lagi orang OKU) untuk hadir menuju ke majlis ini,. Semangat seperti ni sememangnya jarang sekali kalau kita hendak lihat di Malaysia terutamanya yang melibatkan majlis ilmu.
Contoh bendera semasa perang Badar (bendera hitam besama tulisan Allahu Akbar)
Kesimpulannya apa yang kami dapat di sini penuh bermakna dan banyak perkara yang kami lihat dapat membuka minda kami. Mereka secara tidak langsung memberikan kami contoh dan teladan yang patut kita teladani. Bermula daripada layanan ke atas tetamu, semangat kembali kepada islam sepenuhnya, ikatan ukhwah sesama muslim, tolong menolong hinggalah kepada perjuangan yang tidak mahukan ganjaran dunia. Pernah kami berbual dengan seorang graduan degree yang belum ada pekerjaan. Dia datang dari Jakarta ke Bandung dengan motosikal, datang seminggu sebelum majlis bermula semata-mata untuk membantu, tempat tinggal hanyalah masjid yang sememangnya tiada kemudahan penginapan, tiada upah atau ganjaran dunia yang mereka dapat, dah lah belum ada kerja lagi, malah kena keluar duit sendiri lagi!! Inilah contoh perjuangan yang patut kita contohi, kita di sini patut lebih bersyukur dan lebih banyak melibatkan diri dengan aktiviti dakwah dan kerja amal kerana kita berada dalam negara yang lebih baik dari segi ekonomi dan keadaan. Kadang-kala kesibukan dunia yang terlampau menyebabkan kita lalai dan alpa terhadap tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi, hinggalah bila saat ajal hampir tiba masa tulah kita baru tersentak. Samalah ibarat orang tidur dibuai mimpi sahaja kehidupan ini. Jazakallahu Khairan Kathiran.
“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku”
Ayat 56, Surah Az-Zariyat.
No comments:
Post a Comment