Assalamualaikum Para Pembaca yang dikasihi,
Mudah-mudahan Ramadhan ini membawa kerbekatan kepada amalan yang kita lakukan. Semoga juga amalan kita diterima Allah swt.
Ada yang mempersoalkan kenapa kami tidak menyokong PG. Tok Guru PG sendiri sudah faham yang dari asalnya agenda kami berbeza, sebab itu beliau tidak menyuarakan sebarang persoalan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, team ini dicipta pada asalnya untuk menggalakan Muslim MENYIMPAN emas. Maka mereka yang berurusan dengan kami juga sudah sedia maklum akan perkara ini. Jadi tidak ada galakan untuk JUAL-BELI emas dari kami. Kami juga tidak mengenakan apa-apa spread seperti pihak lain. Dengan itu kami tidak sama dengan PG. Malahan sekiranya ada yang bersemuka dengan kami untuk urusan jual-beli emas, kami akan usulkan pihak lain.
Untuk makluman anda, agenda PG lain. Itu anda boleh rujuk sendiri kepada mereka yang terlibat dengan PG. Yang menjadi masalah ada segelintir agen2 PG penggunakan platform The Gold Dinar untuk kepentingan mereka. Ini amat mengelirukan orang ramai dan kami menerima banyak pertanyaan mengenainya. Oleh itu satu keputusan harus di buat supaya orang ramai faham kami tidak sama dengan PG.
Kenapa kami tidak menggalakan jual-beli dinar emas? Tujuan asal kami adalah untuk menggalakan orang menyimpan dinar emas untuk mengelakan penggunaan wang kertas yang menindas. Barang yang sama mempunyai harga yang berbeza di tempat yang berbeza disebabkan wang kertas (fiat money). Ataupun usaha yang lebih tapi dapat membeli lebih sedikit barangan dalam waktu yang berbeza disebabkan wang kertas. Sekiranya kami manggalakan orang jual-beli dinar emas, matlamat kami tidak akan tercapai iaitu untuk mengelakkan dari menggunakan wang kertas. Bermakna kita menjual-beli emas untuk memiliki lebih banyak wang kertas yang tidak bernilai.
Dalam satu pengalaman kami berjumpa dengan wakil Logam Mulia, kami cuba 'demand' banyak perkara, jawapan mereka "dengan menukarkan Ringgit kamu kepada emas, kami sebenarnya doing you a favour, kerana kami memberi kamu sesuatu yang bernilai sedangkan kamu memberi kami sesuatu yang boleh susutnilai atau mungkin tidak bernilai".
Oleh itu kami tidak menggalakan Muslims jual-beli dinar emas kecuali mereka terpaksa melepaskannya disebabkan kecemasan atau memerlukan pembiayaan dalam wang RM. Alasannya mudah sahaja, bangsa Yahudi sudah menyimpan emas beratus tahun dan bangsa China yang terkenal dengan kepandaian berniaga itu pun menyimpan begitu banyak emas (China Decision to Buy $80 billion of Gold, 2009) dan kita orang Islam nak menjualnya? Dalam article tersebut ditulis :
"In the years to come, China will continue to steadily build its gold reserves through domestic production. It will also attempt to purchase whatever gold it can on the world market through official sector purchases or whatever additional means it finds at its disposal."
Sources: The market Oracle, 2009
Oleh itu, apabila masyarakat dunia sibuk menyimpan emas untuk mengukuhkan ekonomi mereka, kenapa pula orang Islam sibuk nak menjualnya? Mereka sibuk membina reserves atau reservoir emas, kita pula sibuk mengosongkan reserves emas kita?
Pesan Rasulullah s.a.w:
Hati kamu akan tenang pada kebaikan dan ianya akan gelisah pada keburukan.
Maka fikir-fikirkanlah. Renunglah disudut hati anda samada anda tenang atau gelisah?
Wassalam.

No comments:
Post a Comment