Assalamualaikum Para Pembaca Budiman,
Kebelakangan ini kami kerap diuji sehingga hampir melunturkan semangat untuk berjuang ke jalan Allah. Dari kehadiran muka-muka baru yang tidak faham tentang dinar tetapi mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan membuat dinar sebagai bahan spekulasi, kepada konflik antara dinar 916 dan 999, tidak kurang juga pejuang-pejuang dinar yang tidak dapat bertahan dengan ujian-ujian yang mendatang. Kesemuanya terpaksa kami lalui dengan sabar dan redha.
Tetapi Allah tidak membiarkan kami terus berputus asa. Walaupun sedikit, ada juga muslim ummah yang ingin mengetahui tentang dinar emas ini dengan lebih lanjut. Dan kini semakin ramai yang tahu tentang dinar emas, malah sudah ramai yang menyimpannya. Tetapi kini ujian lain pula yang timbul. Sebagai insan biasa, kami juga mempunyai kelemahan dan melakukan kesalahan. Oleh itu kami memohon maaf atas segala kesilapan-kesilapan tersebut.
Kami sedar, ujian ini bukan bermakna Allah melupakan kami, malah itulah caranya Dia mengajar kami erti kesabaran. Kita kerap menyangka, apabila kita tidak diuji, Allah sayang kepada kita dan memuliakan kita, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
Kita kerap menyangka apabila Allah memuliakan dan memewahkan hidup kita, kita adalah mulia dan Allah redha kepada kita, sedangkan sebenarnya kita menjadi sombong dengan kemuliaan dan kemewahan tersebut. Dan apakah apabila kita diuji dengan kepayahan, maka Allah benci akan kita?
Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 16;
Sedangkan Allah sudah menjelaskan dalam ayat yg sama, ayat ke 17, yang bermaksud:
Kami akur, sesusah mana pun perjuangan dinar dan menegakkan agama Allah ini kami harus teruskan juga kerana Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud;
Oleh itu kami menyerahkan segala urusan kepada Allah. Pada pendapat kami Allah jualah yang menentukan siapa pejuang-penjuang dinar emas yang ikhlas dan dinar mana yang akan digunapakai ummat Islam. Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Mudah sahaja bagi Allah untuk membuatkan masyarakat jahiliyah untuk terus mengikut ajaran Rasulullah salallahualaihiwassalam, tetapi Dia tidak memudahkannya. Adakah Dia tidak kasih pada RasulNya? Tidak bukan, kerana kasihNya pada Rasulnya dia berikan berbagai bentuk ujian. Dan mudah sahaja bagi Allah untuk mengangkat darjat seorang gembala kambing menjadi seorang Rasul yang ajarannya diikuti sehingga kehari ini diseluruh dunia. Apakah kita tidak yakin dengan kekuasaan Allah?
Mudah-mudahan pengalaman yang kami lalui menjadikan kami lebih tabah, sabar dan redha dengan ujian dimasa akan datang. Semasa Rasulullah (salallahualaihiwassalam) mengutuskan Zayd bin Haritha menjadi ketua perperangan menentang Kerajaan Rom pada bulan Jamadilawal tahun ke-8 Hijrah, di medan perperangan cuma ada 3,000 tentera Islam, manakala 200,000 tentera Rom. Tetapi adakah mereka berundur dan mengaku kalah? Tidak! Mereka teruskan sehingga 3 sahabat yang Rasulullah (salallahualaihiwassalam) kasihi iaitu Zayd sendiri, Jaafar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawaha terkorban. Rasulullah (salallahualaihiwassalam) sendiri mengalirkan air mata mendengar berita kewafatan ketiga-tiga sahabat yang dikasihinya. Mereka juga kalah dalam perperangan tersebut.
Tetapi adakah mereka berhenti ketika itu. Jawapannya tidak, mereka terus berusaha sehingga Islam mendapat kemenangan besar. Oleh itu pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang dinar emas yang sejati, teruskan perjuangan kita. Kita bukan dinilai dengan harta, pangkat dan kedudukan kita didunia. Tidak kisah jika kita tidak dipuji dengan apa yang kita lakukan, kerana bukan itu niat dan kemahuan kita. Kita cuma mahukan keredhaan Allah.
"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
Dalam Surah Al-Imran ayat 200 pula, firman Allah yang bermaksud:
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.
(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.)"
(Surah Al-Baqarah ayat 156)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment